Written by Bella | March 28th, 2017

Semalam demam Lofattah kembali melanda dan peminat mereka cukup teruja apabila Neelofa mengesahkan beliau dan Fattah Amin akan kembali bergandingan didalam telefilem raya, Suri Hati Mr Pilot.  Tentu anda masih ingat, sebelum ini Fattah dan Neelofa masing-masing memberitahu enggan lagi berlakon bersama disebabkan beberapa kontroversi.

Menurut Fattah,  beliau lebih selesa untuk melupakan apa sahaja yang berlaku antara mereka sebelum ini dan bersikap profesional ketika berada di hadapan kamera. Malah, mereka juga masih berkawan dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Industri kita ini kecil, pusing-pusing pun tetap muka yang sama yang kita jumpa. Antara saya dan pihaknya pula memang tiada masalah. Malah, kami masih berkawan.  Cuma, apa yang saya boleh kongsi, antara saya dengan dirinya, kami mengamalkan sikap profesional dalam mengendalikan setiap tugas yang diberikan. Jadi, saya melihat kerjasama antara kami sebagai sesuatu yang positif.

Saya pun tidak pernah terfikir kerjasama kami dalam dunia seni akan berakhir. Apatah lagi kami sendiri senang bekerjasama. Beberapa hal berbangkit sebelum ini terjadi atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Keputusan itu juga mungkin yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Adakah gandingan mereka kali ini akan lebih romantis seperti didalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot? Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

20 responses to Kami Masih Berkawan Dan Tiada Masalah Untuk Kembali Berlakon Bersama – Fattah Amin

  1. Danish says:

    dah start dahhhhh…..menyalak demi drama bodoh ni.

    17

    0
    • Anonymous says:

      kan…cakap berbelit-belit…mampus org nk percaya korang lagi. zzz

      6

      0
      • pak guard istana says:

        hari tu ustazah gedik ni tengah aim nk masuk istana. tup..tup..si anak raja ada org awam nmpak keluar dgn minah freehair yg lebih sensasi. so skrg…si gedik balik la semula kepada rakyat marhaen biasa.
        hahahaha…eee…malunya.

        14

        0
    • LOL says:

      buku apa pulak akan keluar lepas ni??

      11

      0
      • jgn buat2 x paham says:

        nanti koleksi terbaru tudung2 lopah semua ada dlm drama tu. mcm x boleh baca taktik marketing lapuk diaorang ni. kan dekat time raya selalu minah ni keluar koleksi tudung2 baru.

        5

        1
    • Anonymous says:

      Biasalah. Nama dah suam-suam suku. Cari jalan hidupkan balik.

      4

      0
  2. Anonymous says:

    Partner duet Fazura di Indonesia di serbu polis kerana syabu???

    2

    0
  3. Ludah dan Jilat??? says:

    Hari tu beriya-riya x nk dikatikn apa lah.
    RMS dah rejek ko ke Lopak?

    6

    0
  4. Neelupak says:

    xde harapan nk masuk istana. berlakon je lah.. boleh promote tudung sekali. raya pun makin hampir…anugerah era pun ada. undi saya lagi tau. kepada yg bodoh x mampu berpikir lah…

    6

    0
  5. Anonymous says:

    apa2lah patah oi….esok lain pula statement…

    5

    0
  6. Anonymous says:

    muallll

    3

    0
  7. Anonymous says:

    kut ye pun berkawan and professional…tunjuklah muka manis sikit bila duk sebelah lofa….ni macam merajuk jer….muka kelat memanjang….mcm baru lepas kena molest….badget suci….apa daaaaa….hehe

    2

    3
  8. Sudu says:

    Apesal rasa nak sekeh je korang berdua ni? Cakap berbelit2!

    2

    0
  9. cik piNgu says:

    lopa kene reject yestana kah??

    2

    0
  10. Anonymous says:

    Haritu bukan main lagi. Pi mai pi mai tang tu. Macam2. X matang. Haha. Drama drama. Peminat minat sgt. Xda peminat x popular lah diaorg walaupun blakon x la hebat sgt (sbb ada yg lagi hebat tp diaorg x la teruk sgt)

    Anugerah meletop era mesti fattah amin n neelofa menang and suri hati mr pilot sbb peminat nya syok sgt.

    Malas nak layan

    0

    0
  11. Kuku says:

    Adui sudah lah fattah.ari tu trowback drama ak tngk ko live, mmg hauk. Tah ap lah pemint ko banggakn sngt.yg lopak plk.xdpt ank raja balik semula ke pangkuan patah. Ari tu ckp lain ni ckp lain.hah! Molek lah ! Bosan! Menyampah!

    0

    0
  12. Keisha says:

    keisha suka sangat bershabatan antara Neelofa dan Fattah.

    1

    0
  13. melly yllem says:

    neelofa tak cantik. fattah kacak

    0

    0

Leave a Comment

Optional