Kami Jumpa Atas Urusan Produksi – Afifah Nasir

Hiburan

Kami Jumpa Atas Urusan Produksi – Afifah Nasir

Kecoh satu Malaysia petang ini apabila berita Aliff Aziz mengasari isterinya, Bella Astilla menjadi bualan ramai. Kejadian itu berlaku di sebuah pusat karaoke di mana Aliff Aziz bersama dengan seorang wanita. Identiti wanita itu didakwa sebagai Afifah Nasir, adik kepada pelakon popular Anzalna Nasir.  Mereka berdua dikatakan sedang berkaraoke ketika kejadian tersebut berlaku.

afifah nasir

Advertisement

Namun menurut Afifah Nasir, pertemuannya dengan Aliff Aziz adalah atas urusan produksi dan bukannya urusan peribadi. Terang Afifah Nasir:-

Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan. Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut. Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.

Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis. Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan

afifah nasir

Sama-sama kita nantikan lebih maklumat tentang kejadian ini. Sudah pasti ini satu kejadian yang amat menggemparkan lebih-lebih lagi Bella Astillah, isteri Aliff Aziz baru sahaja melahirkan anak sulung hasil perkahwinan mereka. Kita tunggu dan lihat terlebih dahulu. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...