Kami Hanya Terima RM4,000 Dan Fauziah Ashari Bakal Terima Royalti Lumayan – Alaf 21, Penerbit Novel Ombak Rindu

Hiburan

Kami Hanya Terima RM4,000 Dan Fauziah Ashari Bakal Terima Royalti Lumayan – Alaf 21, Penerbit Novel Ombak Rindu

Fuh ~~ Makin hangat nampaknya kisah pembayaran royalti kepada penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari. Sebelum ini Fauziah menyatakan yang bayaran yang diterima olehnya hanya sekadar cukup untuk tambang dari Johor Bahru ke KL, namun perkara tersebut telah disangkal oleh penerbit novel tersebut, Alaf 21.

novel ombak rindu

Advertisement

Berikut adalah penjelasan daripada penerbit novel Ombak Rindu, Alaf 21:-

Kami hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus daripadanya yang berjumlah RM1,600 telah kami berikan kepada Fauziah Ashari.Kami sudah mencetak kembali lebih 40 ribu naskah novel “Ombak Rindu” dan setengah daripadanya sudah habis dijual. Jika cetakan yang ke-24 ini habis terjual di pasaran, Fauziah akan menerima lagi RM50,000 royalti dari Alaf 21 selepas ini.

Dan sebenarnya ini adalah strategi daripada pihak penerbit untuk melariskan kembali penjualan novel tersebut.

Pihak kami telah menjelaskan kepada penulis-penulis kami untuk membaca dan memahami sepenuhnya kandungan kontrak sebelum tandatangan. Malah, di dalam kontrak, terdapat klausa yang menyatakan pihak penerbit boleh melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis sama ada diadaptasi kepada pelbagai bentuk tanpa perlu merujuk kepada penulis. Projek filem adaptasi ini merupakan satu langkah promosi untuk melariskan kembali jualan buku yang kini sudah kembali dicetak sebanyak 40 ribu naskah

Untuk makluman, novel Ombak Rindu sudah pun dicetak sebanyak 23 kali dan Fauziah Ashari sudah pun mendapat royalti yang berjumlah RM219,000 sejak tahun 2002. Dan nampaknya strategi penerbitan filem untuk melariskan kembali penjualan novel Ombak Rindu sememangnya berjaya apabila cetakan ke 24 sudah pun terjual 20 ribu daripada 40 ribu yang dicetak.

Nampak gayanya Fauziah Ashari sebenarnya kaya raya dengan penerimaan royalti yang begitu lumayan. Adakah kontroversi sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu untuk melariskan lagi jualan novel ini? Kalau benar sengaja diadakan, sememangnya anda berjaya. Tahniah ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...