Written by Bella | September 1st, 2016

Tinggal kurang daripada 10 hari lagi pelakon Nazim Othman akan sah bergelar suami kepada Bella Dally. Tentu sekali debaran semakin hangat dirasai oleh pasangan berkenaan.

Bakal bernikah disebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, Nazim memberitahu beliau memilih bulan September untuk berkahwin kerana mempunyai simbolik tersendiri  buat dirinya dan Bella.

Pada masa yang sama, Nazim akui beliau tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh dengan seorang gadis Sabah.

Pemilihan bulan September sebagai hari bahagia kami ada simbolik tersendiri. Kami lahir pada bulan sama. Jika saya lahir tarikh 16 September, Bella pula pada 27 September.

Jika mengikut MyKad, saya memang lahir di Sabah. Bapa saya sering bertukar lokasi kerana bekerja sebagai kelasi.  Cuma saya membesar di Johor Bahru. Akhirnya jodoh saya dengan orang Sabah.

Berbicara mengenai perkahwinan beliau,  Nazim dan Bella memilih konsep majlis yang ringkas dan hanya menjemput 1000 orang tetamu.

Majlis resepsi sebelah Bella berkonsep moden manakala saya pula memilih tradisional kontemporari pada majlis menyambut menantu di Johor pada 17 September.

Nazim akan menggayakan  persalinan hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Bella pula akan mengenakan rekaan Tengku Syahmi bagi majlis nikah, Nurita Harith untuk resepsi di Sabah dan Rizman Ruzaini untuk majlis di Johor.

Mereka juga mendapat beberapa tajaan dari segi pelamin yang ditaja oleh Prettyphannatiq Weddings milik ibu saudara Nazim untuk majlis di pihak lelaki. Pelamin di Sabah pula ditaja oleh Damalee Wedding.

Nazim dan Bella juga mendapat tajaan fotografi dan videografi daripada CST Production dan Lightcatchers.

Sumber Berita : BH ONLINE        

19 responses to Kami Hanya Jemput 1000 Orang Tetamu Dan Konsep Majlis Agak Ringkas – Nazim Othman

  1. Great joob says:

    Bagus . Alhamdulillah .. Bukan apa nak buat apa membazir jemput VVIP nak buang duit . Tak elokkkk !!
    Cara begini lebih mudah dan ringkas .
    (º_º)

    0

    0
  2. haron says:

    Dah artis, duit pun tak cukup so kena kahwin budget la. Pasai tu sapa suruh pi kahwin dgn artis sendu, nanti bila ada anak nanti lagi sengkek le

    0

    0
    • Shut up Haterss says:

      Tak tau nak Respect orang betul Engkau nie . Amalan mulia bersedarhana dalam perkahwinan pun tak tahu lagi kee .. Sedih sisa hidup engkau !

      0

      0
    • Anonymous says:

      Allah dah tetapkan rezeki tiap anak yg dilahirkan.so xyah persoalkan rezeki anak yg bakal lahir. Rezeki engko pun same.

      0

      0
      • haron says:

        masalahnye aku kaya dia miskin….macam mana nak jaga anak kalau duit nak sara diri sendiri pun tak cukup. Yang paling tak faham mak bapa mana yg bagi anak pompuan mereka kawen dgn artis, masa depan gelap. Aku nak nasihat sikit le yg nak kawen tu cari jantan yg ada potesi untuk masa hadapan yg cerah, cari yg berpendidikan supaya genetik yg di turunkan ke anak tu yg baik dan cerdik. Kalau harap kan muka je tak kemana. Dah banyak sangat orang melayu yg semakin hari semakin mundur baik dari segi kekayaan dan kepandaian

        0

        0
        • Anonymous says:

          Susah nak cakap dgn orang yg akalnya cerdik nie ..

          0

          0
        • natalie says:

          Baik nye kata2… jgn cakap besar. Allah bole tarik segala harta yang awak ada. jangan cakap seperti org takde ilmu. Rezeki smua Allah yang kasi. Artist ke tak tak kira. Jangan sedap je cakap nanti kena kat diri sendiri, anak atau keluarga baru tahu.

          0

          0
        • Anonymous says:

          mungkin dia hidup dlm imaginasi dia

          0

          0
    • Mumia says:

      Ish….ish…haron ni jenis manusia biadap.
      Bersederhana pada pandangan nazim dan bella mungkin “mewah” bagi org lain. Apa2 pun tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke jannah kepada nazim dan bella.

      0

      0
  3. Amin says:

    Bila artis buat sederhana, ckp x ckup duit. Bila buat besar besaran ckp tu sume penaja yg bagi. Amende laaaaa~ doakan yg baik2 sudah la. die nk mendirikan masjid jer bukan buat bnde jahat. *peace

    0

    0
  4. hanon says:

    hmmm..tak taw ke si nazim ni active model..tak ya la bongkak sgt mkn kalo mkn gaji 2-3k tiap2 bulan tu..celah gigi dorang ni je..sekali modelling earn lebih dari gaji 3bulan ko..

    0

    0
  5. Jambu air says:

    Haron??Tuhan Haron dah mati youu???

    0

    0
  6. mak kuntum says:

    x habis2 isu ko ni..kecoh je lebih, popular sangat ke ko ni..mengantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    0

    0
  7. my name is bond...james bond says:

    Bersederhana adalah yg terbaik..apa yg penting majlis itu Rahmatan lil ‘alamiin…

    0

    0
  8. Boring ko reti x??? says:

    Cite psl kawen je pn. Tp dia punye kupasan sampai blh buat pecahan2 nk bg cerita tu kuar berhari2. Sementara nk tggu tarikh kawen tu pn ada lg esok lusa kuar lg cite bab ni je.
    Ni blm bab putus2 cinta retis2 sendu yg dia hapdet berhari2 lg.
    Kemon la nara! Bangunnnn!!!!

    0

    0