Written by Bella | March 2nd, 2015

Sebelum ini, kita pernah mendengar khabar angin hubungan Diana Rafar dan Zamarul Hisham sedang berantakan. Semalam, Zamarul telah membuat pengakuan gempar mereka sudah bercerai sejak 15 Januari lalu.

Pengakuan Zamarul telah menjawab teka-teki tentang status hubungan mereka dan ramai yang mendoakan pasangan ini dapat kembali bersama setelah 8 tahun menyulam cinta dan 6 tahun bergelar suami isteri.

Diana yang tidak pernah memberikan sebarang komen mengenai rumah tangga beliau akhirnya bersuara dan meluahkan isi hatinya.

Saya menjalani kehidupan macam biasa. Rutin harian menjaga anak, perniagaan dan karier sebagai anak seni berjalan seperti selalu. “Terlalu banyak yang saya pelajari atas perpisahan ini. Mungkin ada rahmat di sebalik dugaan perpisahan ni berlaku.

Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul.

Apa yang berlaku menjadi ruang untuk saya sendiri menilai mana sahabat dan orang yang benar-benar ikhlas untuk urusan perniagaan ataupun persahabatan dan yang mana lawan serta sebaliknya. Insya-Allah saya lebih berhati hati selepas ni.

Saya tak nafikan ada orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku. Mungkin juga orang terdekat, sahabat atau sebagainya tapi bagi saya biarlah semuanya ini menjadi iktibar supaya saya lebih berhati hati selepas ini

Saya bangga dengan kenyataan Zamarul yang matang dalam mengatasi situasi dan keadaan. Apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. Saya tidak sekali pun membenci atau gembira dengan apa yang terjadi.

Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah

Zamarul dalam pengakuan beliau tanpa berfikir dua kali mengakui masih lagi mempunyai perasaan sayang buat bekas isterinya itu. Apakah Diana juga  sama seperti Zamarul?

Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah.

Zamarul Hisham dan Diana Rafar berkahwin pada 16 Mei 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kashfi Haiqal.

Agak sedih juga apabila membaca luahan hati Diana Rafar. Siapa yang mahu melihat rumah tangga hancur di tengah jalan bukan? Namun, takdir telah menulis segalanya.

Sumber Berita: Berita Harian

7 responses to Kami Berpisah Secara Baik- Diana Rafar

  1. ....... says:

    Be strong akak

    0

    0
  2. ye berpisah dengan baik jangan bermusuhan anak perlu tetap merasakan bahwa tidak ada perpisahan antara kedua orang tua

    0

    0
  3. sara says:

    hurmm…mingu lepas jln2 kat sunway piramid…ternampak zamarul ni ngan perempuan lain…nampak mesra dan baju sedondon gitu…sekejap nye dpt penganti kan…

    0

    0
  4. eh eleh says:

    Maaf,mcarut skit.aku tengok,artis mekap nipis ala kadar lebih cantik dpd mekap tebal2.cantiknya pic Diana kat atas tu mkap nipis.Tok Ti bkn main tebal mekap,nampak hodoh.kan manis kalau ala kadar je

    0

    0
  5. minah jambu sayang nenek says:

    artis pompan kalau dh betudong mesti nk cerai punyeeeee apesal eh ? mungkin bila dh betudong laki tk boleh tegor sikit tak ? asal laki tegor aje bini gi makamah failkn peceraian itu kah yg di namakn bini yg soleha ? makin betudong makin mengarot terok prangai huh ! lagi sape2 artis pompan yg betudong tknk gi makamah failkn peceraian ke ???? kalau dh tk sehati n sejiwa cepat2 gi makamahhhh jangan pulak sayangkn laki pastu makan hati !

    0

    0
    • middlefinger says:

      sebab tu pompuan tua kawen laki muda tak berani pakai tudong. takut laki cari pucuk muda. contoh ehlla ngan chek toa. shella mahjed lagi satu.

      0

      0