Kami Bercerai Bukan Kerana Orang Ketiga Tetapi Konflik Dalaman – Fezrul Khan

Hiburan

Kami Bercerai Bukan Kerana Orang Ketiga Tetapi Konflik Dalaman – Fezrul Khan

Berita penceraian yang terjadi antara Fezrul Khan dan isterinya, Noorhafizah sememangnya mengejutkan orang ramai. Mana tidaknya, pasangan ini dilihat sangat ‘sweet’ ketika muncul di kaca televisyen baru-baru ini. Benarlah kata orang, jodoh itu di tangan Tuhan. Sememangnya tiada sesiapa mahukan perkahwinan berakhir dengan penceraian, namun siapalah kita untuk menolak takdir. Sekurang-kurangnya penceraian Fezrul dan Noorhafizah berlaku bukan kerana kewujudan orang ketiga, namun atas sebab konflik antara diri mereka berdua.
fezrul khan cerai

Hasil perkongsian hidup, Fezrul dan Noorhafizah telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Farrel Khan yang kini berusia 2 tahun. Rumahtangga yang terbina hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja. Kata Fezrul:-

Advertisement

Benar saya sudah bercerai talak satu. Jodoh kami tidak panjang untuk meneruskan lagi perkahwinan ini. Kami bercerai bukan kerana orang ketiga tetapi konflik itu terjadi antara kami sendiri.

Buat masa ini saya sedang bekerja dan perlu memberikan sepenuh tumpuan supaya tidak hilang konsentrasi. Kalau boleh saya tidak mahu memikirkan atau membincangkan perihal perceraian ini.

fezrul khan cerai

Masih ada harapan untuk cinta antara Fezrul Khan dan isterinya bertaut kembali. Mana tahu tempoh edah selama 3 kali suci akan memberikan masa untuk mereka berdua berfikir tentang saat-saat manis bersama. Apa pun diharap walaupun sudah bercerai, Fezrul dan isteri tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak mereka. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...