Written by Bella | April 23rd, 2015

Konflik percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong nampaknya belum lagi surut meskipun kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing. Nama Kamal Adli juga terpalit dengan kontroversi kerana didakwa  sebagai orang ketiga  dalam hubungan cinta pelawak dan aktres tersebut.

Cinta Kamal dan Emma dikatakan berputik ketika mereka disatukan dalam sebuah drama terbitan RTM 1 iaitu Syurga Tanpa Cinta. Walaupun Kamal pernah menafikan gosip itu, ia kembali menjadi bualan hangat apabila Emma berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran Kamal di Instagram.

Kamal yang sebelum ini mengakui masih terlalu awal untuk mereka bercinta, menegaskan buat masa ini pintu hatinya belum terbuka untuk bercinta selepas hubungan cinta selama lebih 6 tahun bersama Intan Ladyana putus. Buat masa ini beliau sedang fokus pada kerjayanya.

Saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah jenis seorang lelaki yang ‘kebulur’ mencari teman wanita. Soal bercinta bukan keutamaan buat saya sekarang. Selepas putus cinta pada tahun lepas, saya sibukkan diri dengan urusan kerja. Tiada langsung istilah mencari cinta dalam diari hidup saya buat masa ini.

Berbicara soal foto sambutan hari jadinya yang diraikan oleh Emma, Kamal tidak mempunyai sebarang masalah jika Emma ingin berkongsi foto tersebut agar beliau boleh melupakan kisah duka hidupnya.

Saya tidak kisah kalau Emma melakukan perkara itu dan berkongsi mengenainya di laman Instagram. Itu hak dia. Kalau dengan cara itu, boleh melupakan cerita sedih dalam hidup dia, apa salahnya. Asalkan dia bahagia, itu tidak memberi apa-apa kesan kepada saya.

Menyifatkan Emma seorang gadis serta rakan yang baik dan penyabar Kamal tidak menolak andai dijodohkan dengan beliau.

Saya lihat Emma seorang gadis dan rakan yang sangat baik. Malah, apa yang lebih penting, dia sangat penyabar orangnya.Mengenai jodoh pula, saya anggap itu semua sebagai ketentuan Tuhan. Saya manusia biasa dan tiada hak untuk menolak andai dijodohkan dengan dia atau sesiapa sahaja.

Kamal Adli dan Emma Maembong masing-masing mempunyai kisah duka dalam percintaan, bukannya mudah untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta didalam hati kita selama bertahun lamanya, berilah masa buat mereka merawat luka di hati sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Sumber Berita: Kosmo Online

 

24 responses to Kamal Adli Tidak Tolak Jodoh Bersama Emma Maembong

  1. sakit mata says:

    Hadoiiii..bosan la..next

    0

    0
  2. anon says:

    tak de citer lain ke, zizang, emma, kamal dora……buhsannn

    0

    0
  3. naruto says:

    kentot lar!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    lepas ni mesti citer wak doyok plak,lepas tu cerita hans,lepas tu citer awie balik..lepas tu korea puaka..wakaka

    0

    0
  5. pink says:

    aduhh bosan la citer ni… -_-zzZZZ

    0

    0
  6. marah sgt ni says:

    woi bella….aku dh naik meyampah dgn artikel ko ni..bkn ke artikel mcm ni dh kuar sblm ni..nape ko asyik tulis benda yg sama…dh meluat tgk dgn hasil tulisan ko…asyik repeat bnda yg sma…yg nara pulak asyik kopipes….aku hantuk kepala 2 ekor ni konfem koma seminggu…phuiii

    0

    0
  7. mrs pip says:

    biasa lah retis msia ni … hari ni nafi ketat ketak tak bercinta … cer tengok dua tiga bulan lagi, kot kot dorang ngaku dah berchenta … tup tup kawin … kalau part kawin tu alhamdulillah la kan … tapi kalau gosip liar je memanjang, very the bosan …. p/s: emma cute dalam drama isteri separuh masa … peace.

    0

    0
    • cicakman says:

      Emma, I love you, jgn tinggalkan I

      0

      0
      • Anonymous says:

        kalau kou nak lagi cun aku ada kenal,emma gak namanya,lagi cun lagi kiut dari emma mak embong tapi ada skit kekurangan ler,bawah dia ada belalai.

        0

        0
  8. madu kelulut says:

    tolak je la..ko pun da menuju kesesuaman peringkat jingga..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Bella ni tutup mata ke masa taip entri ni? Kesian Intan jadi Instan. What is wrong with you Bella? Proofread lah dulu sebelum publish. Janganlah pemalas sangat!

    0

    0
  10. aku says:

    sailanggg kwn weiiiii

    0

    0
  11. rohani says:

    Bosan ngan cite diorg bukan ada faedahnya…dah mcm artis hollywood asyik tukar tgn ke tgn…udah2 la tu…esok lusa lain pulak citenya…bosan sesgt

    0

    0
  12. ustaz kazim says:

    kalau dah jodoh…..

    0

    0
  13. Sg. Lui Mari says:

    Tokoh Cuci Mangkuk Muka Jawa millenium.
    Buat malu org Pahang je aok ney.

    Mung nengok skit org ganu tuhh… Steadyyyyyy baq hang

    0

    0