Written by serenity | November 28th, 2013

Pasti anda tertanya-tanya apa yang menyebabkan pelakon Kamal Adli merasa terkilan dengan Fizz Fairuz.

Sebenarnya, sebelum ini Kamal dan Fizz berganding untuk persembahan kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi Liga Lawak Superstar (LLS).

Bagaimanapun, baru-baru ini Fizz memberitahu melalui Twitter yang dia telah disingkirkan dari program itu, sedangkan TV3 memberitahu Fizz telah menarik diri. Menurut Kamal Adli melalui mStar Online:-

Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.

Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia.

Dakwa Kamal, dia telah dijemput ke United Kingdom (UK) oleh Rafflesia untuk menyertai rombongan tersebut:-

Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil

Fizz dan beberapa pelakon lain dibawa menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City dengan Manchester United (MU) di UK pada 24 November.
 photo image.jpgTempat Fizz telah digantikan dengan Syafiq Kyle, namun Fizz turut menyatakan melalui Twitter yang Syafiq Kyle sepatutnya tidak boleh menyertai kumpulan itu dan ‘pentingkan diri sendiri’ sekiranya tetap menggantikan tempatnya dalam kumpulan itu yang juga dianggotai oleh Didie Alias.

Syafiq Kyle memberitahu dia ada membaca tweet itu, tetapi membiarkan saja kerana dia menyertai LLS atas jemputan TV3.

Pada pendapat kami, mengabaikan komitmen bukan saya kepada majikan, malah kepada rakan yang memerlukan kerjasama kumpulan untuk menonton perlawanan bola sepak juga perbuatan pentingkan diri sendiri.

Apa pendapat anda?


Saksikan Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2013 pada 30 November (Sabtu) ini. Anda dijemput menyaksikan pertandingan ini secara live di Auditorium Perdana, Angkasapuri mulai jam 8.00 malam, atau saksikannya secara langsung di TV2, mulai jam 9.00 malam.
Seramai 11 peserta pertandingan akhir terdiri daripada Syed Junaid Raza dari Pakistan dengan lagu Itu Kamu dari kumpulan Estrange; Cai Meiling, China (Cinta Abadi – Soo Wincci), Shanaka Nirmal Sirinanda, Sri Lanka (Perpisahan – Anuar Zain); Chogyal Nuchu Dorji, Bhutan (Cukup Indah – Alif Satar); Sayed Mohammad Hasheimian, Iran (Kepadamu Kekasih – Datuk M Nasir); Nurul Bagitova, Kazakhstan (Patah Seribu – Shila Amzah); Mbasu Benard Okaro, Kenya (Dwihati – Aizat & Yuna); Senyange Shaban, Uganda (Jangan Nakal – Alif Satar); Taniguchi Mami, Jepun (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza); Kazi Yasin Islam, Bangladesh (Bahagiamu Deritaku – Hafiz) dan Brunhilde Marie Julia Geuth, Belgium (Kalis Rindu – Elyana).

 

57 responses to Kamal Adli Terkilan Sikap Fizz Fairuz Abaikan Komitmen

  1. saya ok jer!! says:

    gittew.. nak ke UK punya pasal kaannnn.. hahaha

    0

    0
    • Copy Paste says:

      kau taknak copypaste gosip johan asa’ari lamar lana nordin ke bang nara? kehkeh

      0

      0
      • Ones says:

        Eh….tak habis-habis menipu ke? Almy…nampak tak? Tak nampak eh? Nak i belikan teropong?

        0

        0
        • Ikan Tuna says:

          siakap senohong…gelama ikan duri
          fizz berbohong…rupanya tarik diri
          bercakap bohong…satu hari nanti pasti memakan diri
          almy awek tanjung tokong…jangan kena tipu lagi

          oppsss…almy awek balik pulau kot :)

          0

          0
        • Wawa Zainal says:

          komitmen hapenyeee..
          suka hati dia lah!klik me pliss..

          0

          0
        • didi says:

          Fizz Fairuz bangang. Acanelah ada org boleh sangkut kat dia ni? Semenjak gossip tunang tk jadi dia tu, macam dah tak betul dah perangai dia ni. Pls fizz. jgn ingat anda disayangi ramai.

          0

          0
      • ntah pape says:

        Fizz nie yg pentingkn diri sendiri…boleh la ngata org lain….xde tggjawab betol la…cuba la berubah jd matang ckit fizz oii….

        0

        0
      • Abby Adabi says:

        Tu baru abaikan komitmen dalam pertandingan berpasukan..SOK KALAU DAH BERUMAHTANGGA ABAIKAN KOMITMEN RMH TANGGA PLAK..Komitmen terhadap ALLAH pun blum tentu cukup 5 waktunya tu..

        0

        0
        • minah jambu merah biru says:

          betol cakap kau tu abby minah jambu sokong kau….si fiz ni kepala hotak dia macm bedengong gitu kan tol tk……sangop tinggalkn kawn klakar dia semate2 nk gi tengok bola kt uk mengarot betol ! macm ni nk buat laki ! salah silap kalau dh kawin nanti dia asek2 dudok kt kedai kopiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii siang malam pagi petang aje main dam tinggal kn bini kt rumah tol tk abby ?? helo abby tol tak !!

          0

          0
    • Lembu Gemok says:

      Fizz ni makin lama makin banyak cerita buruk pasal dia…berubah ke arah keburukan ke budak ni?and btw, ko tak lawak mana laa budak…takyah nak rasa diri diva!bajet lawak sbb hantu kapcai tu…puiiiii!!

      0

      0
    • jm says:

      Dia nak g dgn duit sndri , blm tntu mampu. So, org taja bkejaranlah dia pegi. Lgpon, msk LLS, bape sen sgt dia dpt kot. Gituh ha. :p

      0

      0
  2. Lola says:

    Aku rase dia ni kata-kata tak blh pakai.
    Aku pn tgk dia pegi UK kat instagram . Haihh

    0

    0
  3. mohaimin says:

    kesal dgn sikap fizz yang selalu putar belit dan lepas tangan… lebih teruk tidak bertanggungjawab… ada ke partner tak pg dia pulak yg pegi UK… malu sunggoh!..
    sama jela mcm kes almi… sorry to say.. Fizz u SXXK big time!

    0

    0
  4. Mak Jah says:

    Mak Jah x kesah sangat citer murahan macam ni…. bio la yob …

    0

    0
  5. iphoneuser says:

    Serious aku tak paham baca tweet..kahkahk

    0

    0
  6. cleopatra says:

    dah mmg perangai dia mcm tu agaknya…dgn almy pun tgk dia bt mcm mana..sadis3..

    0

    0
  7. Build says:

    betul ke Johan dgn Lana Nordin…? bkn dgn shilala?

    0

    0
  8. sue says:

    FF ni memang jenis yang kuat menipu rasanya. Pentingkan diri. Bercinta dengan orang lain, bertunang dengan perempuan lain. Kantoi tunang tu bini orang, kata kena buatan lah pulak. Tak tau lah nape Almy sanggup terima dia balik. Kalau dia berani buat macam tu sekarang entah apa dia berani buat lepas kahwin nanti. Kita tunggu je apa jawapan TV3. Banned je terus, biar padan muka

    0

    0
  9. eleh says:

    artis2 miskin belakon pon ke laut…sah2 la nak pi uk pakai duit sendiri tak mampu kan

    0

    0
  10. kekeke says:

    SERIOUS AKU TAK SUKA MAMAT NI!

    0

    0
  11. Fizzpoyo says:

    ala org kampung kemaruk nk g UK ouls..what u expect.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    haaaa…d sini kita leh lihat n tahu mcm mane fizz punya perangai…kalau sy jadi kamal adli pn akan naik angin…klau y pergi tu org lain x pe la..ni member untuk satu kumpulan ap kasih toq…tpi sy ttp suka kumpulan OMG….dia org memg best….

    0

    0
  13. miu miu says:

    Selepas banyak kontroversi ttg mamat ni, aku mcm dah tak leh nak percaya apa dia cakap da.. Voleh Vlahhhhhhhh ..

    0

    0
  14. lulu says:

    senangnya soalan matematik hari ni

    3 + 1 = 4

    0

    0
  15. Anonymous says:

    ishhhhh…malu btl le dgan perangai si fizz ni…kamal adli tu sanggup x g kerana kawan punya pasal n dh terikat ngan ap kasih toq…tup2 member kumpulan dia plk y pergi….d situ kita leh lihat betapa busuknya hati si fizz ni..mcm mane le si almy ni leh tunggu lagi si fizzz ni..pd aku si almy ni pn sama2 bongok ngan si fizz………..buka la mata mu tu luas2 si almy oiiiii…..

    0

    0
  16. dia says:

    sikap penting kan diri sindiri mmg tak leh d buat kawan.
    kalau dia berterusan perangai mcam nee, jgn heran suatu hari nanti tak de org yg nak berkawan dgan dia. kalau nak cover diri sendiri pom agak2 lee coz kebenaran akan terbuka jua, cuma tunggu masa jew.
    entah lee kenapa tak suka ngan sikap dia nee. skali tgk mcam kaki kencing juga dia nee.
    harap2 dia berubah lee. sampai bila nak idup ngan gaya idup camtu kan.

    0

    0
  17. KAMJAT MUSIBAT says:

    Fizz Fairuz mmg dasar KAMJAT MUSIBAT

    0

    0
  18. linda says:

    rasanya peminat sume patut sedar dah fizz ni mmg kaki propa, depan ckp lain belakang ckp lain. insaflah fizz, awak tu bukan muda lg. tkde glamer sgt pun tp berlagak mcm superstar. to Almy, kesian sgt lah kalau awak kawen ngan kaki propa nih. ntah apa dia dah tipu awak kan. kesian…..

    0

    0
  19. Hantu says:

    to almy..baik and sabar biar kena tempat..jangan zalimi diri sendirii,iaitu tak meletakkan sesuatu di tempat yang betul..kdg2 perempuan ni dia risau dia kawen lambat..tp dalam zaman sekarang ni..manusia mcm2 perangai..kena hati2..kalau lambat kawen sekalipun,itu Allah dah tentukan…

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Isu ini bukan isu abaikan komitment atau sikap pentingkan diri sendiri. Kamal Adli sendiri telah menolak tawaran ke Cardif . Apabila melihat rakan2 hero macho yang lain ramai yang pergi termasuk Fizz , Kamal mula rasa cemburu dan mengeluarkan kenyataan yang pedas pada Fizz.. Sebagai rakan Kamal sepatutnya mengalakkan Fizz pergi. Jangan menolaknya seperti apa yang telah dia lakukan. Fizz bukan abaikan kawan atau elakkan komitmen. Fizz telah mendapat pelepasan dari TV3 dan mereka tiada masalah untuk menggantikan tempat Fizz. Lain la kalau Fizz tidak dibenarkan langsung untuk tarik diri dan meninggalkannya begitu aje barulah boleh dikatakan tidak ada komintment terhadap kerja. Walaupun Fizz selalu propa tapi dalam isu ini dia mengambil tindakan yang betul untuk pergi. Peluang bukan datang selalu. Sekali seumur hidup. Bagi orang yang tak minat bola mungkin tak kesah tapi bagi peminat bola …untuk menyaksikan Manchester United beraksi di UK adalah satu peluang seumur hidup yang tak mungkin akan dilepaskan.

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Mula2 sy kenal & minat Fizz masa berlakun Nur Kasih- very nice. Lepas tu minat merundum masa buat lawak tak jadi “Ultraman” semasa gempabumi di Jepun, pas tu keep on dropping masa kes Almy, tunang tak jadi, kelentong sana sini dan terbaru kes ni.. Sekarang minat paras negatif

    0

    0
  22. sweet says:

    come on la fizz,dh nk smpai final wat hal lak…
    ak punyer la sokong team korg..
    pe2 pun ak harap sgt Apa Kasih Toq jd juara..
    kamal n kak didie,korg mmg best!!!

    0

    0
  23. kati pari says:

    awat hang buat loklaq fizz oii…tak boleh buat kawan laa lagu niii…

    0

    0
  24. eryda21 says:

    Makin minat dengan kamal adli. nampak sgt dia bersungguh-sungguh dlm stiap pkerjaan yg dia buat.

    0

    0
  25. kek cokelat kesukaan aku says:

    Fizz kuat propa. Almy bukak mata buka minda celik hati. Sekian.

    0

    0
  26. Audrey Hepburn says:

    Sejak Fizz ni tinggalkan Almy dan bertunang dgn orang lain, pastu putus tunang tiba-tiba sebab tunangnya isteri orang dan dia kata dia disihir, lepas tu dia berbaik balik dgn Almy dan cakap nak meminang, tapi sampai ke sudah pun tak pinang-pinang, AKU MEMANG TAK PERCAYA SEPATAH PERKATAAN PUN YANG KELUAR DARI MULUT DIA.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ha sekarang baru korang tau si fiz tu sape ha ha…helo kamal ! u baru tau ke prangai si fiz tu cngitu? huh ! kite2 ngan 1malaysia semua dh tau dia ni suka memainkn orang ! u tengok sendiri la ape yg dia dh buat ngan mateair dia si almy tu ! dlm mate2air ngan si almy dia boleh tunang pulak ngan orang lain ! bini orang pulak tu cheh apeeeeeeee punye jantan cngini….si almy pulak sanguppppppppppppp tunggu si fiz yg telah menderhaka ngan dia !! lama2 buah si fiz tu kecot dengan bergitu sajeeeee cian kan….

      0

      0
      • minah jambu merah biru says:

        eh kenape kelabu pulak minah jambu Nye kaler ni kt atas ni ??????????? dh tkde kaler lagi ke???????? ni mesti bang nara Nye pasal !! bang naraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! nanti kau bang naraaaaaa minah jambu dapatttttttttttttttttttttttttttttttt minah jambu gigit gigitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt idong tu biar padan muka huh !!

        0

        0
  27. PisPerus says:

    Fizz ni memang kaki propa…bukan komitment dengan TV3 je dia buat hal, dengar cerita masa jadi cikgu kat AF pun sama. Ajar entah apa benda, rupanya bodoh si Fizz ni. Tapi berlagak macam pandai and bajet bagus. Sebab tu persembahan bebudak AF tu teruk rupenya cikgu feeling lebih tapi tak reti apa pun sebenarnya.

    Kamal Adli i love you, i harap u takyah kawan lagi dengan orang macam ni.

    Padan muka kau Fizz. Lepas ni apa pulak ko nak jawab kat Twitter bangang ko kan.

    0

    0
  28. beautifulgara says:

    fizz ni tak habis2 wat hal. dlu ko ajak ex aku dating.. tp msa tu aku xknal ko.. walaupun aku pnah call ko sb ko slalu ggu ex aku. tp spatutnya aku biarkn.. ko tau ape mksud aku. masa adlin aman ramli kawin tu bkn aku xizinkn dia ikut ko tp ko ckp ko suka dia pon sb ‘muka dia mcm almy..’ itu aje. bro, kalau ko nak dia.. ambiklah. lgpon crita lama..

    0

    0
  29. nonamanes says:

    apa kes si iqram pulak jadi juru cakap fizz? rasa bersalah letewww

    0

    0
  30. upin says:

    citer konon ex tunang die tuh 2nd wife org lain tu pon salah satu temberang si ff nih..

    0

    0
  31. kila says:

    pelik aku tengok fizz nie….ermmm membohooooooong jo

    0

    0
  32. kila says:

    ……………….

    0

    0