Kamal Adli Terkejut Lihat Gambar Intan Ladyana Ditemani Kekasih Baharu Di Venice

Hiburan

Kamal Adli Terkejut Lihat Gambar Intan Ladyana Ditemani Kekasih Baharu Di Venice

Fuh~~ Pasti hancur remuk hati Kamal Adli. Walaupun sudah putus cinta dengan Intan Ladyana, Kamal Adli melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat gambar Intan Ladyana bersama ‘kekasih baharu’ di Venice, Itali. Walaupun ditemani oleh rakan-rakan lain, kehadiran si lelaki ini sehingga di Itali pastinya menggambarkan kerapatan hubungan yang sudah terjalin antara dirinya dan Intan Ladyana. Iyerlah, takkan kalau ‘kawan biasa’ nak gi teman bercuti sampai ke Itali. Ye tak?

intan ladyana dan kekasih baharu

ini gambar kat Venice

Sebelum ini juga beberapa gambar Intan Ladyana bersama lelaki ini telah pun tersebar di laman sosial. Namun Intan sekadar memaklumkan yang si lelaki itu adalah kawan biasa. Hmmm. Mungkin mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Mungkin juga si lelaki yang diperkenalkan oleh Liyana Jasmay ini ada ‘business trip’ di Venice. Alang-alang pergilah teman Intan Ladyana sekali kan?

Advertisement
intan ladyana dan kekasih baharu

ini gambar kat Malaysia

Kamal Adli juga melahirkan rasa kekecewaannya kerana bekas kekasihnya itu begitu pantas bertemu pengganti dirinya. Malah pelakon ini juga kesal kerana Liyana Jasmay memperkenalkan lelaki tersebut kepada Intan tatkala dia sedang cuba memujuk rayu. Kata Kamal:-

Dalam tempoh saya baik pulih semula hati ini, saya cuba lupakan kisah kami tetapi saya di tagged pula gambar dia bersama kekasih baru di Instagram bersama teman-teman lain di Venice.Tambahan pula kami baru sahaja beberapa bulan berpisah dan dia pula sudah temui cinta baru. Memang saya tak nak lagi fikir mengenai hal kami yang lepas tapi bila dah jadi seperti ini, hati saya bertambah sedih.

Apabila saya dengar Intan mengenali seorang jejaka menerusi Liyana, saya rasa sedikit kecewa. Bukannya saya marah tapi saya tidak faham kenapa dia perlu lakukan begitu sedangkan saya betul-betul ingin berbaik semula dengan Intan. Saya tidak mahu hal seperti ini menyebabkan saya dan Liyana tidak berkawan pula. Jadi biarlah saya undur diri. Intan pun kini sudah jadi milik orang

kamal intan

Tak apalah Kamal Adli. Sememangnya ubat putus cinta yang terbaik ialah mencari pengganti terbaik. Nak buat macam mana kan? Intan pun dah jumpa orang lain, kini tiba masa anda cari kekasih lain juga. Tak payah nak makan hati sangat. Jadi lelaki kena macho. Buktikan kemachoan anda. Good luck and all the best. Lagi beberapa gambar percutian Intan Ladyana di Venice dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
tormjonP.S: TORMJON adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% beg tangan authentic yang mampu dimiliki seperti H&M, Zara, Charles & Keith, Mango dan banyak lagi. Tormjon menawarkan potongan harga sehingga 70% berbanding harga di butik. Tormjon juga berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan iaitu ERIN ZAMREE didalam rekaan pakaian kasual dan ‘custom made’ .Layari Instagram Tormjon dan juga Instagram Erin Zamree untuk melihat dengan mata anda sendiri.

intan

intan

intan

intan

intan

intan

intan

intan

intan

intan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...