Written by Bella | July 23rd, 2015

Soal hubungan percintaan antara Kamal Adli dan Emma Maembong bukanlah cerita baru dikalangan peminat industri hiburan tempatan, tetapi ramai juga ingin tahu sejauh mana hubungan mereka sebenarnya kerana kedua-dua nampaknya hanya ingin berdiam diri mengenai perkara tersebut.

Berbicara mengenai hubungan mereka, adik kepada Emma iaitu Chacha Maembong memberitahu beliau menyokong hubungan kakaknya itu bersama Kamal yang dikatakan pandai mengambil hati ahli keluarga mereka.

Mereka pasangan yang comel pada pandangan saya, Kamal bukan sahaja cukup menghargai perasaan Emma tetapi juga keluarga saya. Sebab itu kami agak rapat. Sebagai adik memang saya sokong hubungan mereka, cuma soal lain saya hanya boleh berdoa sahaja agar hubungan mereka ini berjalan dengan baik.

Pada masa yang sama Chacha juga berkongsi bahawa beliau juga kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang sudah dikenali olehnya hampir setahun yang lalu. Baru sahaja menganjak usia 19 tahun, Chacha bagaimanapun buat masa ini enggan memikirkan soal perkahwinan dan fokusnya kini hanya  tertumpu kepada karier dan masa depan yang lebih baik.

Kami sudah berkenalan hampir setahun dan saya hanya boleh katakan, dia merupakan kawan lelaki yang cukup rapat dengan saya kini. Mungkin kerana sikap memahami dia terhadap saya dan kerjaya memudahkan lagi hubungan ini. Jujurnya  kami masih muda dan masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain.

Kalau adik sendiri dan ahli keluarga lain sudah boleh menerima kehadiran Kamal Adli rasanya Emma Maembong tidak perlulah tunggu lama lagi untuk benar-benar serius dalam perhubungan. Kata orang kadang-kadang bercinta beberapa tahun pun belum tentu jadi dan lebih manis serta indah untuk bercinta selepas kahwin. Siapa tahu mungkin hubungan kali ini akan  berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

 

 

16 responses to Kamal Adli Pandai Ambil Hati Keluarga – Chacha Maembong

  1. minah jambu says:

    huh !

    0

    0
    • Anonymous says:

      ala baru2 bcinto memang lah, sume bagus, baek..taik bau perfume..
      belum ape2 jgn gebang sgt lah.
      sok kena tinggal lagi, meroyan lagi..dah nampak yg buruk je..

      0

      0
  2. minah jambu says:

    ah suda lah huh !

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Kadang Allah memang sengaja mahu kite berjumpe dgn org yg salah sebelum kite berjumpe dgn org yg btl supaya kita belajar sesuatu dari itu..Ada iras gak emma n kamal ni yek..

    0

    0
  4. AKU says:

    tgh baik..bleh la…

    0

    0
  5. CHA says:

    eleh. baru lg memang laa sume kemain baik lagii. itu baik ini baik. kentut pun wangi. nnt kalau dah tak ada apa time tuu sume busukkk. geli betul aku

    0

    0
    • legasi maembong says:

      nape la ade org yg busuk ati sgt…patutnyerr korg doakn yg baik2 je…
      walaupon aku tk berape minat ngan ikan kembong ni tp tkla smp nk ckp yg bukan2..tgk je sudah ape jd nnt!

      0

      0
      • jingle_jick says:

        hahaha….ikan kembong…tak baik la ko…ko ckp tak minat tp ko kutuk artis nie jugak :P

        0

        0
  6. Skywalker says:

    Alaaaaa…baru bercinta..belom kawin lagi..

    Kata tak mengaku bercinta tapi update gambar asyik2 berdua..peminat luar sana tu bukan buta lagi..bukan tak ada otak nak pikir…pastu bg statement ‘kitaorg just friend’ ‘ ‘kitaorg bff’ …sudah2 laaa..kalau tak bercinta tak yah upload…

    satu lagi..tak yah gebang sgt cerita2 bercinta ni…lom ada ikatan lagi…dah nak kawin baru bercerita…itu baru syiok!

    0

    0
  7. Anonymous says:

    eee… boringlah… tau tak geli kami… pi main jauh jauh, pi

    0

    0
  8. maya panda says:

    nextttttttttttttt…………………………………………………

    0

    0
  9. anon says:

    Masa bercinta & baru kenal mmglah puji melambung, esok2 bila putus, keluar cerita lain pulak..

    0

    0
  10. pompom says:

    kalo dh mcm ni sape laa yg curang dulu agaknya..zizan ke emma? dua2 sama curang..huahuahua

    0

    0
  11. bojojo says:

    “…fokusnya kini hanya tertumpu kepada karier dan masa depan yang lebih baik.”
    Finding the cure for cancer? Discovering new planets? Hahahahhahahahahaha kesian melihat keturunan beliau ini. Harap lebih kan usaha memperbaiki genetik.

    0

    0