Kamal Adli Nafi Kahwin Dengan Emma Maembong

Hiburan

Kamal Adli Nafi Kahwin Dengan Emma Maembong

Sejak beberapa hari lepas, timbul khabar angin yang mendakwa pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong sudah sah bergelar suami isteri susulan beberapa foto “pernikahan” mereka vial di media sosial.

Advertisement

Walaubagaimanapun, menerusi portal Harian Metro Kamal telah menafikan perkara tersebut dan memberitahu foto yang tersebar itu merupakan babak lakonan beliau bersama Emma didalam drama Jodoh Sebelah Pintu dan sudah lama memuat naik foto berkenaan di akaun Instagam miliknya untuk tujuan promosi.

Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya.

Tambah Kamal, beliau yang kini sedang mengenali hati budi Emma tidak akan pernah menyorokkan berita gembira tersebut jika mereka dijodohkan bersama.

Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT.

Berita Kamal Adli dan Emma Maembong berkahwin mula disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab dimana blog tersebut turut mengakui kononnya majlis pernikahan mereka diadakan pada 27 September lepas di Terengganu.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...