Written by Bella | October 24th, 2016

Percintaan Kamal Adli dan Emma Maembong baru-baru ini dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi. Malah, Emma dikatakan menjalinkan hubungan dengan Raf Yaakob.

Ramai peminat mereka kecewa lebih-lebih lagi ada khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.

Terbaru, teka teki mengenai status hubungan mereka akhirnya terjawab apabila Miss J daripada Utusan Online melaporkan Emma bakal “diikat” dengan Kamal.

Difahamkan, satu majlis merisik bakal diadakan pada penghujung tahun ini bagi menandakan Emma milik Kamal seorang. Wah, nampaknya hubungan mereka sudah ke tahap yang lebih serius.

Malah, kedua-dua belah keluarga sudah mencapai persetujuan untuk mengadakan majlis berkenaan. Khabarnya, Emma sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjadi seorang isteri.

Harapnya perancangan mereka ini akan dipermudahkan dan menjadi kenyataan. Kami rasa Emma Maembong dan Kamal Adli cukup sepadan bersama. Semoga jodoh antara mereka kuat sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : Utusan Online

17 responses to Kamal Adli Bakal Merisik Emma Maembong Hujung Tahun Ini?

  1. Lolita says:

    K..bosan lah kisah cinta budak2 y bru nak up..nextttttt

    6

    0
  2. Anonymous says:

    Takyah risik tunang sangat…kawin terus. Lama sangat dah cerita cinta budak sekolah rendah ni.

    5

    0
  3. sentap says:

    bosan tul couple ni…xyah tunang la..kawin trus…takut ti dah tunang sik gaduh2…kuar citer korg lg…

    4

    0
  4. bukan haters... says:

    merisik hujung tahun ini???
    question mark lagik..
    maknanya belum confirm!!

    4

    0
  5. kipashijau says:

    tak pernah padan pon. dedua ni perlu kan org yang lebih matang… ni dedua perangai budak sekolah.. adehh

    4

    0
  6. sakit mata says:

    BORINGGGGGG…..

    2

    0
  7. IkanKembongSakitPerut says:

    Tak yah susah2 nk merisik ke apa..
    Buang masa aje layan ikan kembong ni …..

    2

    0
  8. dina says:

    kamal……tolong lah carik perempuan lain….pleaseeeee

    4

    0
  9. sam says:

    carilah calon suami atau isteri yang dapat ubah anda jadi lebih baik dari sekarang.
    kalau perangai masih kebudak2an…abaikan sahaja.

    3

    0
  10. Hamba Allah says:

    Semoga semuanya dipermudah oleh Allah S.W.T Amiin ya Rabbal alamiin

    0

    1
  11. Who cares says:

    Kdg2 aku xpaham konsep merisik utk couple yg dah bertahun2 bercinta ni..ko nak risik ape..risik dh berpunya ke blm?klaka baiiii..kalau tunang tu aku leh hadam lg

    1

    0
  12. johnny bravo says:

    Emma ni cantek, rugi betol berpasangan dgn si kamal poyo ni…

    1

    2
  13. Anonymous says:

    Kwen ni seumur hidup. Klau rs ragu2 asek gado asek majok baik xpyah dik. Nk merisik semata2 nk pujuk pmpuan tu..huhu klu la emma ni x cantik. Ad ke kamal nk? Klu stakat cantik tp pangai cam kanak2 tht is very risky. Silap aribulan makan pakai semua ko kne buatkn kamal. Nways..hrap2 x jd gtu la ya. Ak pn rs kamal ni x matured. Klu matured xdela xpndai pilih bini. Huhu

    9

    0
  14. Baby?T_T says:

    Emma dan Kamal ni bgi tw lh pda Baby bila korang nk khwin baby suka Kong brlakon sama² so sweet ???*^?^*

    0

    0