Written by Bella | January 23rd, 2017

Sejak kebelakangan ini, pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Janna Nick sering dihimpit dengan pelbagai gosip dan kontroversi. Janna juga dituduh sering berlagak diva dan tidak begitu mesra dengan pihak media.

Namun, Janna tidak cepat melatah dan memberitahu beliau bersedia untuk bertemu empat mata dengan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengannya, untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Janna bukanlah seorang yang suka untuk melarikan diri daripada masalah kerana tidak mahu perkara terus berpanjangan.

Andai ada masalah dengan saya, datanglah berjumpa dan saya boleh jelaskan serta pastikan segalanya diselesaikan dengan baik.

Walaupun ada sekelumit rasa tidak seronok, datanglah jumpa saya dan selesaikan. Saya sangat terbuka dan tidak akan simpan dalam hati. Saya biarkan mental kawal emosi lebih daripada emosi mengawal mental saya.

Memang tidak seronok kalau ada orang bercerita perkara yang tidak benar dan main cakap belakang sahaja. Janna pun sudah tawarkan diri untuk selesaikan cara baik sekiranya ada yang tidak puas hati dengannya.  Tidak elok juga memanjangkan sesuatu perkara.

Sumber Berita : Harian Metro

[jetpack-related-posts]

3 responses to Kalau Tidak Puas Hati Jumpa Sahaja Saya – Janna Nick

  1. kakikucinghitam says:

    aku je ke yg rase muke die mcm lee min ho

    1

    1
    • Miss Unibes says:

      Hmm ye ke macam lee min ho? Taktau lah sebab aku tak tau lee min ho siapa. Lepas ni aku google. Tapi aku rasa JN ni iras2 Bunga Citra Lestari. Lagu JN “mungkin saja” pun ada bunyi2 lagu BCL “jangan gila”. Tak pun kalau JN lagi kurus baru ada nampak iras2 BCL. Entahlah. Mata aku rosak kot. Apa2 pun i love u JN. Tak kisah kau demanding ke, lagak diva ke, tak mesra alam ke, imej tomboy ke imej sewel ke aku tetap sokong kerjaya kau.

      1

      2
  2. minah says:

    pereka pesyen study la sikit personality artist sebelom syok design baju ikut hati sendiri. kalo tgk dia ni gaya.. mmg payah nak suh pakai gaun walau labuh.

    6

    0

Leave a Comment

Optional