Written by AbangNara | August 9th, 2015

Hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak sudah lama tamat. Kedua-duanya pun kelihatan seperti sudah ‘move on’. Emma Maembong kini mesra bersama Kamal Adli sementara Zizan pula satu ketika dahulu mengumumkan bakal berkahwin (tapi tak kahwin-kahwin sampai sekarang). Namun hari ini industri hiburan dikejutkan dengan kata-kata daripada Emma Maembong yang jelas ditujukan kepada Zizan.
emma maembong

Memang pedih dan makan dalam sungguh kata-kata Emma yang ditulis menerusi akaun Twitternya itu. Tulis Emma Maembong:-emma maembong

Fuh. Ayat “kalau sudah playboy itu mengaku sajalah” memang menimbulkan banyak persoalan. Menariknya Emma turut sama berbalas kata-kata dengan Michael Ang, sekaligus membongkar lagi beberapa rahsia Zizan Razak.
emma maembongemma maembong

Kelantangan Emma Maembong bersuara ini adalah kerana Zizan telah pun membuat onar dengan membuat cerita negatif tentang dirinya. Kata Emma:-

Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya.

Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama.

Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini.

Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri.

emma zizan

Nampaknya Emma Maembong sudah tidak tahan dengan perangai Zizan Razak yang terus menganggu hidupnya walaupun mereka sudah tiada apa-apa hubungan. Fuh!!! Tertunggu-tunggu juga jika Emma akan membuat pendedahan tentang sikap sebenar Zizan. Pasti ia akan mengejutkan para peminat. Namun diharap agar masalah ini dapat diselesaikan secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak. Masing-masing mencari makan dalam industri yang sama. Bawa berbincang dan duduk elok-elok. Selesaikan sebelum ia menjadi lebih besar. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to “Kalau Sudah Playboy Itu Mengaku Sajalah”, Kata-Kata Pedih Emma Maembong Kepada Zizan Razak?

  1. Mak Jemah says:

    Habisla ko zizan… Masa naik x ingat dunia… Betul la dunia ni sementara ja

    0

    0
    • Karim bin zema says:

      Mesti zizan penah mintak gamba bogel emma kat whatsapp

      0

      0
    • Lovelyvic says:

      Habis kalau zizan dah tak suci….. takkan ko plak suci ye tak emma?? LOGIK kan??
      Ahaaaa…. sendiri masuk perangkap… satu jari tunjuk depan… 4 jari kena diri sendiri balii.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Hahahha ngam2… dah2 la.. x perlu nak kompang 1 dunia siapa salah siapa benar klu akhirnya kembali kebatang hidung…

        0

        0
  2. didi says:

    bila dah putus.. dua2 saling perli-memerli.

    0

    0
  3. jingle_jick says:

    sibuk je michael ang nie…

    0

    0
  4. jingle_jick says:

    zizan..cuba jd jantan sikit….org pmpuan tak lebih2 pun…ko pulak yg over….buat malu kaum ko nie

    0

    0
  5. Pe mende says:

    Aiii..bukn tu ke jntan yg ko trgila2 kn dlu??cium dlm kpal tebang..??skrg ni hua haa lbih2

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dh trg2 pun dlu..apedaaa…Ko dlu x penah ske org lain yg ko dh x ske skg ke?Ke smua jntn yg ko penah minat ko msih gle byg smpi skg?..ewww…ofkos la dia terhua2 skg sbb jntn fevret ko c zizan tu buat onar buat cerita negatif psl dia…slama ni ada dia cmtu, xde bkn, ada sbb mlmpau la tu..stakat sentap je pn, bkn ema kuar cerita buruk2..lain la ko, org sebar buat cerita bruk, ko x sentap punya, lg ko suka wakakaka…

      0

      0
  6. Apa apa je says:

    Memang zizan mcm tu ke? Kalau ada masalah melarikan diri? Semasa dengan Leez AF pun macam itu.. Tup tup menghilangkan diri dari Leez dan Leez pun tak tahu kenapa..lepastu ada gossip bercinta dengan Juliana evans.. Lepas juliana evans bercinta dengan Emma Maembong.. high Taste sungguh ko ya zizangggg..

    0

    0
  7. Rahsia says:

    Kan dah ckp.. Mmg pun gatai nak mampus.. Masa theater tajuk bini ape tah ngn nora tu, kita xpyah queue dia kasi dpn terus snap pic pls. Since tu terus xminat lsg2 akak ni dah kawin ada anak dik oii hahaha kami semua xyah beratur senang ja. PA dia pun sama gatai huhu

    0

    0
  8. GURLZZ says:

    Adoi.. Emma pon satu hal.. dah putus udah lerr.. xyah nak buruk2 kan lagi.. tengok Zizan xde la burukkan sesape.. media je yg mandai pasal kete la ape la.. Zizan lari dr media tu pon da kire bagus sbb mungkin die x nk burukkan sesape n x nk keruhkan keadaan.. Sorie.. aku pon bukan peminat Zizan mahupon haters Emma

    0

    0
  9. DonJuan says:

    Sapa pelawak yg bg gambo lucah kat peminat tu? Si beruk hidung beso ni le kut. Bongkar je la emma… abang pun nk tau juge

    0

    0
  10. lava says:

    abg dia pun sama gatall. pernah nak try aku ajak balik umah dia, time takde orang. nauzubillah.

    0

    0
  11. well says:

    dua2 sama ja ingt lg gosip keluar pasal kamal adli ambil emma di airport padahal masatu msh couple dgn zizan. skang tekejut dgr dia couple dh dgn kamal. sbb kesian pulak kalau kesalahan diletakkan di atas bahu zizan. btw dua2 kena bawak bincang elok2. just forgive and forget InsyaAllah semuanya akan okeyh.

    0

    0
  12. peeiiiii says:

    Memang hodoh pun perangai mamat ni….rasakan…lepas ni kata restu mak ayah & ahli keluarga yg penting bg saya budget menyucikan diri gitew….poddaaah la…johan the best ever “tetiba plak”

    0

    0
  13. lantakkoranglah says:

    On the other hand, this girl had also proudly announced her so-called “great” intelligence, perhaps without her intention since well, you can guess the reasons, right(….) Perhaps we should forgive her ignorance. haha.. A believer should always remember that Allah forbid us in revealing others’ shames or mistakes. We need to keep it to ourselves, thus ours will be kept by Him later at Mahsyar.

    ” O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah ; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful.” (49:12)

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Dulu bersweet sweet. Sekarang dah putus semuanya nak keluarkan kenyataan masing2. Sudah2 lah tu. Orang pun boring asyik baca kisah yang sama dengan muka yang sama. Huh

    0

    0
  15. mak jah says:

    Ak sorry, ak rase sape xsakit hati , zizan yg baru bagi statement indicate pasangan sebelum xcukup ilmu agama sbb tu lah hub bermsalah. ap hal dia nak wat statement gitu. ckp jela nak cr pasangan solehah xpayah nak aibkan org. ak plak yg skit hati. orang da move on ko burukkan org tu. Aku rase emma da sakit hati terlampau tu

    0

    0
    • Anonymous says:

      wth…???..omg ketebalan najis apeka ini, dia berganda teruk lingkup berbanding ema x sdr diri, wakakaka, adoiyaiii malunyeeee, dia teruk gile ngalahkn lelaki lain dn ema, ada hatiiiiiii nk slhkn ilmu org lain, ada hti nk kata tu punca, diri tu klu dh gitu prngai, campak kt ustazah terbaik pun ttp hbungan boleh hancussss…ema tu setia ngn dia yg rope nanhado tu, ema tu pn bkn sosial, dia yg sebaliknya brlwanan ngn ema, ada hati tu bajet2 sucii smpt lg tu nyalahkn org lain…

      0

      0
  16. jojoyah says:

    dua-dua kalau TIDAK EDUCATED bertambah pulak akhlak pun tak semenggah. blueerghhhhj jauhka dari genetik keturunan mereka.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    dua2 bangang

    0

    0
  18. Anonymous says:

    dua dua takde kejo lain. hang tipu dia ka, dia tipu hang ka.. kami tak kisah pung…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    uneducated dah mula bermukadimah.. susah ni

    0

    0
  20. cedric says:

    cerita jelah hal sebenar pasal perempuan yg ko cakap nak kawen tu. selagi ko tak disclose sape perempuan tu nampak sgt ko nak divert cerita yg ko da move on lepas putus dgn emma. ntah2 ‘perempuan’ yg ko nak kawen tu xwujud pun hmmm

    0

    0
  21. mrs pip says:

    adohai … mcm ni eh kalau putus cinta? sesama burukkan satu sama lain … adus!

    0

    0
  22. Skywalker says:

    Nama je bertudung..tapi bahasa tu kemain lagi..kurang sesuai…tak payah saling berbalas…diam je cukup lah..biar yg tau hanya yg terdekat… tapi abis dgn ayat ‘acah2’… hurmmmm….

    0

    0
  23. aon says:

    sebernanya ke sebenarnya :p

    0

    0
  24. adudu says:

    masa sayang, kentut pun wangi. kehkeh.

    0

    0
  25. cik kiah kipidap says:

    zizan mmg playboy la..aku tau la sbb jiran kg aku yang keje gro slalu kluar ngan zizan tu ms tu blm clash ngan emma lagi

    0

    0
  26. amy says:

    ntah apa apa la diorang ni…lepas satu satu budak tak sekolah ni keluar statement..tapi kenapa mamat bajet alim bajet suci bajet pandai tu tak keluar apa apa statement pun…rasanya xpernah baca lagi apa apa statement dia yg memburukkan sesape…kenapa ye..bajet baik la kot ye…hhahahaha..whatever…satu je nak cakap..setakat bercouple je kot takat bercinta je kot..xpayah la nak over sgt pasal relationship tu ye…xkemana pun….

    0

    0
  27. hm`` says:

    ada orang melaga2kan dorang ni. baca statement pun tau..ni citer kawan tikam belakang kawan

    0

    0
  28. sshhhh says:

    hahahaha…..kan aku dh ckp..jantan y muke cam jamban x siap mmg playboy pun..bg aku zizan ni sbb die artis pastu sweet talker tu y rmai awek2 gro,uneducated boleh cair..klu awek2 y ade pelajaran mmg xnk laa dgn zizan ni..low class..keh keh…bertabah lah zizan..sbb tu time kt tgh berada di puncak jg tingkah laku..bkn selamanya kt berada di ats..lambat laun perangai buruk kt tu org kan tau jgk..perbuatan sama ada baik atau buruk akn diketahui oleh org jgk.klu baik y dicanang bgs laa tp klu y buruk y dicanang kan malu..sekali bl kt buat taik selamanya org akan pndg serong..wlpn sejuta kali pun kt buat baik..y buruk tu ttp org ckp…

    0

    0
  29. AwanNano says:

    Wahkahkahkah…

    0

    0
  30. Anonymous says:

    memang buruk pun perangai zizan tu…adlah citernya…

    0

    0
  31. emma ikan kembong says:

    emma, ko pun sama la.. ntah2 lg teruk dr zizan.! ko dah buat maksiat ngan kamal adli, beromen dlm bilik, lepas tu ko tuduh org tu pulak. aku x fitnah, aku ada bukti.! sudah2 la emma, jgn buka pekung sendiri.

    0

    0
  32. ABC says:

    dulu masa bercinta kemain lah semua nak pakai sama-II nak tunjuk 1 malaysia yg engkorang je yg bercinta, yg sweet muit sampai si zizang tu shoot jelajah jepun pun kau ngikut nyeee.. lepas putus, benci membenci baq ang !

    0

    0
    • Mrs says:

      Kalau awak x fitnah..tunjuk lerr buktinye..hehe

      0

      0
      • ABC says:

        nak kate bengong kang marah.. dulu aku follower tegar diorang sbb rase sweet.. tapi makin lame dah jadi issue pasal diorang je rase mcm boring.. pergi lah tgk ig diorang, mase zizan buat shoot jelajah jepun emma siap ikut -,-”

        0

        0
  33. Ntahnye... says:

    Macam ni ke perangai bila dah berpisah..aibkan & burukkan antara satu sama lain sampai satu dunia dgr??Baru bercerai couple, bukan bercerai kawen..apa lor salahnya doakan antara satu sama lain…cuci hati, ramadhan baru berlalu..syawal pun tak habis lg..sedey tgk manusia begini…chill..move on..

    0

    0
  34. Anonymous says:

    zizan ni mmg playboy la dia asalkan boleh je…

    0

    0
  35. zaza says:

    zizan tuduh emma apa? kereta mewah? knp dgn kerete mewah?
    ada sesapa yg taw? huhu

    0

    0
  36. Zizan Razak says:

    Hi semua, Zizan kat sini. Just nak bagitau semuanya baik baik saja.
    Tuggu official statement dari saya minggu depan.
    Press conference kat Royale Bintang.
    Semua dijemput hadir.

    Love.
    Zizan

    0

    0
  37. dee says:

    Dah suam2 kuku dah.. bersedialah. menuju kejatuhan.. i respect johan more..

    0

    0