Kalau Perut Membesar Nanti Adalah – Abby Abadi Jawab Gosip Sudah Hamil

Hiburan

Kalau Perut Membesar Nanti Adalah – Abby Abadi Jawab Gosip Sudah Hamil

Beberapa hari lepas, kecoh juga dengan berita dimana Abby Abadi dikatakan sudah hamil selepas komen Norman Hakim yang  mengatakan Abby  sebagai mak buyung mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan pihak media, Abby akhirnya menjawab spekulasi tersebut di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Abby nampaknya tidak mengiyakan ataupun menafikan gosip berkenaan. Berikut penjelasan Abby :-

Pagi tadi dpt msg dari wartawan Kosmo nk interview Sy. Sy tak balas sbb…. Sy segan nk nk di interview, segan nak masuk paper dah. Tiada yg penting tentang Sy utk diberitakan. Tak lama lepas tu wartawan tu cal (lelaki… ). Baby besar Sy angkat. (ikut Sy takkan angkat cal sbb penyakit tak suka cakap phone, huhu..) Wartawan tu kata buleh tak Sy nk interview akak? Sy kata berkaitan apa tu?

Ada terbaca conversation akak dgn abg normanhakim dlm insta. Betul ke Akak mengandung skrg? Pastu Sy jawab: Buleh tak kalau Sy tak nak jawab soalan ni? Sebab Sy takut bila dah jadi cerita, masuk FB… masuk laman gossip,.. cerita baik ke, cerita buruk ke, semua kena hentam. Kata kita nk bercerita sangat, walhal wartawan yg cal tanya ni….. Takuttt dgn sikap org Malaysia skrg ni.

Caci maki org selamba je. Macam tak kenal dosa, pahala. Sy tknaklah jadi mangsa hentaman tu…. Pastu adik wartawan tu mengiyakan apa yg Sy kata. Betullah tu kak… tp betul tak akak mengandung ni? ( nk tahu juga tu, hehee) Sy kata takpelah, biar dorg tahu sendiri.

Doakan je yg baik2 k. Dia sambut lagi… takdelah kak, Sy tanya sbb mungkin ada yg nk tahu perkembangan akak. Dah lama kan akak tak muncul kt mana2. Sy jawab takpelah dik. Biarlah rahsia je buat masa ni… Ok kak, ok… dia jawab. Sy pun letak, jadi tak jadilah buat cerita pasal Sy hehee.. sekiannnn hehe..

Ada juga yg tanya dlm ni: Kak Abby mengandung ke? “Biarlahhhh Rahsia” Kalau perut membesar nanti adalah. Kalau takde perut, makna takdelaaahhh ye hehee..

Abby masih lagi ingin bermain teka-teki dengan peminat, hehe, tidak apalah Abby asalkan anda dan suami bahagia.

Sumber Berita : Instagram Abby Abadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...