Written by AbangNara | May 20th, 2015

Kritikan Ogy terhadap kumpulan Bocik nampaknya menimbulkan rasa kurang senang hati sesetengah pihak. Seperti yang kita tahu, Abam ada mengeluarkan kenyataan agar kritikan yang dilakukan tidak menjatuhkan maruahnya. Pembaca BeautifulNara juga berbelah bahagi. Ada yang menyokong Ogy, ada yang menyokong Abam. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Abang Nara secara jujur menyebelahi Ogy kerana kritikan tersebut jujur dan untuk kebaikan kumpulan Bocik.

ogy ahmad dau

Enggan ambil pusing dengan kata-kata Abam, Ogy tidak melenting apabila membaca kritikan yang ditujukan kepadanya. Bagi Ogy, segala apa kritikan yang dikeluarkan adalah untuk kebaikan para peserta Qu Puteh Bintang Mencari Bintang. Kalau tak nak terima kritikan, bukan dirinya yang rugi. Kata Ogy:-

Saya tidak marah atau perlu melatah dengan tindakan mereka cuma kalau macam itulah sikap mereka, memang susahlah hendak maju pada masa akan datang. Soalnya bukan saya tegur mereka dengan ayat-ayat negatif atau memalukan mereka. Semua kritikan saya berlandaskan mutu persembahan mereka semata-mata.

Peminat mengundi mereka tapi mereka tidak bertanggungjawab terhadap kandungan jenaka mereka. Kalau itu pun tidak boleh terima, mereka yang rugi bukan saya. Saya langsung tidak menyentuh aspek lain apatah lagi memperlekehkan mereka melainkan menegur idea dan konsep mereka yang tidak habis-habis menggunakan fizikal Abam untuk buat penonton ketawa dengan cara mudah.

Teguran itu sepatutnya diterima untuk kebaikan mereka sebab sudah banyak pihak termasuk kawan-kawan saya dalam dunia korporat yang pernah mengundang mereka buat persembahan merungut perkara yang sama. Apatah lagi kedua-dua mereka dipilih oleh saya dalam ujibakat Bintang Mencari Bintang sebelum ini. Jadi saya tahu mereka boleh buat lebih dan berpotensi besar.

Semua orang sudah tahu cara saya mengkritik tapi isinya seua berlandaskan fakta dan profesionalisme. Ia tidak menyentuh hal-hal peribadi. Yang membimbangkan saya jika mereka semakin leka dengan apa yang mereka sedang nikmati sekarang sehingga membuatkan mereka ambil mudah pada amanah dan tanggungjawab kerja itu. Sepatutnya hal ini tidak perlu menjadi isu langsung.

abam bocik

Ambik kau punyalah panjang lebar penerangan Ogy. Ada betulnya juga kata-kata Ogy ini. Selaku seorang senior dan lebih berpengalaman dalam industri seni, kata-kata sebegini haruslah diambil oleh pelawak-pelawak baru untuk dijadikan panduan. Secara jujur memang agak membosankan apabila lawak menggunakan modal yang sama. Sekali sekala cubalah cari idea baru. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to Kalau Itu Pun Tak Boleh Terima, Mereka Yang Rugi Bukan Saya – Ogy

  1. penonton says:

    Aku sokong Ogy walau aku pon minat Bocey
    Sebab xsudah2 melawak psl saiz si abam ni

    0

    0
    • Mira says:

      Tak padan dengan artis baru kena kritik sikit terus melenting !!! Aku ingat mamat ni memang tak lama dalam dunia hiburan… Kena tegur sikit dah nak kecik hati … Aku tak tahu la Kalau dia ni masuk dunia korporat .. Hari2 kot kena kritik ..

      0

      0
      • mutiara says:

        semalam dgr kat hot fm abam jawab..die umpamakan, tak semua org makan ikan tak semua org makan ayam..kiranya tak semua org suke lawak pasal fizikal tak semua org nak lawak macamtu..apa yg ada terima je.
        bila dgr tu aku rse abam sombong sgt.

        ahkak ogy tu tegur bukan sebab die yg nak tengok, tapi sebab die juri..
        sekali ahkak ogy jawab pasal hastag tak suka boleh jalan, abam bukan level die..haa hambekkk..

        0

        0
        • Hatiku besar kuman says:

          Klu dia x kesah citer pasal saiz tu. Suke ati le. Betul ke mutiara? mcm sombong jer. Mmg ada yg trima tp ramai yg dah bosan tahap gunung everst. Mira klu abam ni dok dunia korprt bukan kene kritik hari2 tp kene maki hamun berguni2. Should dengar Ceo maki sampai putus ank tekak kat Gm dlm board meeting. Manager2 kene maki kaw2 dngn org ats. Ini kene kritik sikit dah jd kecik mcm semut ….

          0

          0
        • mutiara says:

          haah..dgr kat hot fm ler. tp part ahkak ogy sebelum tu xsempat dgr..just ade ulang sekerat2 je..

          pastu bila ditanya hubungan sebenar maksudnya real life die ngn ahkak ogy macamane die kate, ok je, takde ape, org laen yg suke laga2kan..siap buat pesanan jgn suke laga2kan org..

          whatt?? haih laen pulak peginye bukan dia yg tak puas hati ke, tuduh2 org laen jadi batu api laga2kan pulak..statement nak selamatkan diri ke..

          tp bagusla ahkak ogy, die tak heran sgt..betol tu yg rugi sapekan..
          takde pon ogy drop water face abam, abam je cepat sentap..
          nak makan ayam ke ikan ke g la melantak huhuhu..

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          To be honest, aku tak anggap Ogy seorang pelawak senior sbb lawak dia mmg over dan mmg tak lawak langsung…tp dr segi kritikan, Ogy mmg bijak memberikan kritikan membina kepada peserta..tak kira laa utk mana2 competition…so Abam, sbg orang baru dalam bidang seni, usah laa ko berbahas benda2 kecik cam ni..amik sbg nasihat dan lunaskan ia di persembahan masa hadapan… Bocey dah naik nama, jangan kerna nila setitik, rosak habis sebelanga….and one more thing, gemok tak ohsem k….terima itu walaupon pedih…terima…kuruskan sikit badan, tenangkan hati, terima pendapat orang, and please be humble…..baru orang respect sampai bila2…..wachaaaaaaaaaaaa!!!!

          0

          0
  2. apa2 jela says:

    Nama kumpulan ni bukan bocey ke@ ke dah tukar jd bocik?

    0

    0
    • bocik says:

      Kalau fad n abam = BOCIK.. masuk maharajalawak combine dgn ACHEY..tu y jd BOCEY

      0

      0
    • Kak Mah says:

      Meh Kak Mah tolong jawab.. Bocey tu special project “Bocik (Fad & Abam) + Achey” untuk MLM jek.. Sumber : Sembang Teh Tarik 3 Edisi Abam, ulangan malam td..
      Sekian.

      0

      0
  3. akukesah says:

    lawak sampah…bodoh

    0

    0
  4. Xyz says:

    Klau ikutkan kak ogy mmg x lawak time buat prsmbhan dkt mlm dlu…tapi kritikan beliau ada betulnya..bocey sptutnya luaskn lagi skop lawak tanpa membahankn abam dlm stp persembhn..utk berjaya, amik kritikan trsbut sbgai cabaran..sy sygkn bakat anda bocey, sbb tu sy tegur..peace yo..sekadar pandangan

    0

    0
  5. hamba Allah says:

    Apa yang kak ogy tegur tu betullah. Asyik2 kalau gemuk…buat lawak kutuk orang gemuk. Kalau hitam kutuk pasal hitam. Something else la.

    0

    0
    • cik tata says:

      Iye la…Dorang ni malas nk buat research, ce tengok charlie chaplin, p.ramlee, mr. bean, gilligan island dan memacam lagi lawak2 dulu2….dah berkurun2 tapi bila tengok masih lagi nak tergelak….

      0

      0
      • anon says:

        Gilligan Island!!!! Memang lawak, tak kering gusi, tu citer faveret aku masa kecik2

        0

        0
  6. Anonymous says:

    fad x lawak

    0

    0
  7. aku cantik says:

    setuju dgn dato ogy. dah lama dah aku jomen benda ni, tapi takde org dengar hohoho. bocey tak harus melenting. cuba tgk lawak sepah semasa mereka mula2 masuk raja lawak. diorang x ada pun asyik fokus pada fizikal mamat, suip atau jep. walaupun ada juga lawak vodoh yang mngutuk muka suip.

    0

    0
  8. Melati putih kuning batang kering says:

    Mmg da takde apa yg nk dimodalkan pun.
    Tu la balik balik topik lawak arah pat Badan BOYAK tu jgk ..
    Statik

    0

    0
  9. safiq copot says:

    dengar tu abam…ko tu kalo da jatuh payah nak bangun ;)

    0

    0
  10. Anonymous says:

    kira okey ler lawak si bocik tu dari lawak si Sepah..dah ler lawak ulang ulang sampai bosan,ngarut lagi,sampai orang tua punya rambut pun di hinanya masa MLM tu hari.Tu pun boleh menang ngak akibat porpular..wakaka.Untuk ogy plak,sudah sudah ler tu,kou tu cuma pelakon je,bukan pelawak,yg kau jadi juri pertandingan lawak,lepas tu mau over,lagi karut,masa kau buat lawak ngan jalur itu ari,dah ler tak lawak,over plak tu.So kau pergi jadi juri pada bidang kou,jangan campur bidang lain.wakaka.

    0

    0
    • cikrara says:

      Ahahaha.. Lawak bocik x setaraf sepah.. Sgt jauh ok…
      If sepahtu ade wat lawak ulang,bocey pon ade buat benda yg sama.. Mlm aritu tiap2 mgu guna lawak psl gemuk.. Punchline hanya fizikal abam… Siap letak mop,rim ke badan abam utk org gelak… Tu lg teruk.. Lama2 org akan menyampah..
      Btw ape yg kak ogy ckp tu mmg betul,smpai bile nak guna fizikal abam sbg bahan lawak?? Xde modal lain dah?? Drpd org lain yg komen mereka buat x amik kesah,nahhh amik ogy dah ckp.. U nailed it kak ogy????

      0

      0
      • Anonymous says:

        so nampak sangat ler yang merapu dalam ni sepah punya fans,jep tergolek kalah pada abam,lepas mau jadikan abam mangsa…wakaka

        0

        0
        • cikrara says:

          Alahh xkesah la abam menang xde hal pon.. Last year jep menang, sblm tu johan, sblm johan,zizan..
          So its not a big deal… Rezeki masing2, cuma x pro laa baru menang 1 award pon nak dah besar kepala.. Rilex2 sudah.. Sblm menang abph xde plak gini…
          Tu psl sbg retis kena fikir sblm nak update ape2 status..

          0

          0
  11. lova says:

    aku xminat ogy sbb die jenis menggeletis…. aku peminat bocik/bocey… tp psl kes ni aku stuju gn ogy… bocik korg br nak naik.. trima la positif kritikan tu.. aku tgk kritikan ogy xdelah menjatuhkan maruah korg… psl tu jer abam melenting…??/ sgt x matang…

    0

    0
  12. Mummy77 says:

    Buat ABAM… awak masih baru dalam dunia glamor ni dah pandai nak angkat muka, “Lu Sapa!” apa Klass ko??? baru menang satu award dah BODOH SOMBONG!…kalau tak der pengkritik tak der la ko dalam dunia hiburan ni.. ibarat seorang ibu menegur anak jika buat silap, anak kena dengar bukan BIADAP!.. inilah zaman sekarang, orang tua bagi nasihat untuk masa depan jugak bukan nak menJAHANAMkan.. kalau tak puashati “FACE TO FACE” la.. bukan meroyan dalam twitter/inst… Nampak sangat tak matang dan kebudak-budakkan.. akakkkkkk rasa kalau ko jumpa “SIFU OGY” secara direct luahkan apa yang terpendam comfirm dia dengar coz Ogy Nampak garang tapi garang dia bertempat.. ok

    0

    0
    • Anonymous says:

      sifu taik kucing,bidang ogy bukan lawak tapi bidangnya filem melayu cintan yg mengarut ngarut…wakaka.

      0

      0
  13. Biskut says:

    tak rasa pun ogy menjatuhkan maruah sapa2. abis tu bila tiap kali buat lawak pasal fzikal abam bukan ke tu yg sbnrnya menjatuhkan maruah? bila seseorg bg kritikan atau komen, amik la scr positif. kalau dh mmg tiap kali persembahan guna bahan yg sama, siapa2 pun akan bosan. nama baru nk naik, tp bila d tegur sikit dh melenting. nampak gayanya, takkan ke mana la ko abam…

    0

    0
  14. ain suzana says:

    ogy pun sama..tak boleh terima kritikan. kalau komen skit psl dia..dia meroyan

    0

    0
  15. miss h says:

    Kadang2 apa yang dikatakan oleh Ogy memang betul tapi… cuba dengar balik apa yang dia komen kat Bocik untuk persembahan hari tu..dia kata, kalau menang pun sebab atas undian peminat kat luar sana, bukan sebab persembahan. Habis tu, kalau atas undian peminat, ingat kalau diaorang tak minat persembahan tu, dia orang nak vote ke? Kadang2 kata2 kak Ogy sendiri pun boleh mengelirukan. Betul macam cakap Ain Suzana. kalau dia sendiri yang dikomen, terus tak boleh terima.

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Ogy dulu hebat sbb xramai pelakon jgn perasan lebih2. Dia pernah jadi undangan buat kumpulan tu ke laut

    0

    0