Written by serenity | October 26th, 2015

Minggu lepas, Maria Farida didakwa oleh satu laman gosip sebagai perampas suami dan peruntuh rumahtangga pengasas KR Beauty Care iaitu Karen Rahman. Menurut gosip itu Maria turut menggunakan ayat guna-guna (mandrem) untuk mendapatkan lelaki berkenaan. Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria telah merampas suaminya.
 photo Maria Karen.jpgSemalam, Melodi TV3 telah menemubual Maria Farida dengan anak-anak Karen untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari mereka. Maria mengakui dia dan bekas suami Karen sedang menjalinkan hubungan. Apabila ditanya mengapa dia membiarkan dirinya dituduh merampas suami Karen kerana duit dan gilakan harta, dia menafikannya:-

Kerana saya tahu ia tak benar. Saya bekerja dah 25 tahun. Saya boleh survive. Saya boleh besarkan anak dengan duit hasil penggambaran sahaja. Jika saya nak kaya-raya, dah lama saya kahwin. Saya mencari seseorang yang boleh betul-betul sayang saya kerana diri saya yang sebenar.

Saya dah terfikir bahawa orang ramai akan menyalahkan saya. Mereka bercerai, saya tiada kena-mengena. Saya tidak rampas suami sesiapa. Orang yang tuduh saya itu sudah dua kali cerai. Dia saja nak burukkan nama saya.

Dia mendakwa saya yang mengganggu dan hancurkan rumahtangganya. Itu tidak benar. Dia kata saya berhubung dengan suaminya. Sudah tentu saya berhubung dengan mereka berdua kerana kami memang rapat sejak dua tahun lepas termasuk dengan anak-anaknya. Suaminya ialah majikan saya (Maria ialah bekas duta produk keluaran Karen Rahman dan bekas suaminya).

Ikuti komen-komen dari anak-anak perempuan Karen Rahman tentang ibu mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Maria turut menafikan bahawa dia mengatur langkah untuk menghubungi bekas suami Karen dengan niat jahat:-

Saya berhubung dengan dia dan suaminya ialah kerana dia sendiri menyuruh saya hubungi dia tentang pengesahan kontrak. Saya keluar masuk ke rumahnya kerana dia yang menjemput. Sebagai duta, saya kena dengar cakapnya.

Saya berhenti menjadi duta produk itu pada Ramadan lepas kerana dia berhenti membayar untuk perkhidmatan saya dengan alasan hasil jualan tidak memberangsangkan, padahal sebenarnya jualan meningkat. Dan saya tidak saman dia, tidak ambil apa-apa tindakan.

Semasa saya keluar dari syarikat itu mereka memang sudah bermasalah dan bergaduh. Saya tinggalkan mereka dan saya tak tahu apa-apa. Kalau dia teraniaya kenapa keempat-empat suami ceraikan dia? Saya lagi yang jahat kah?

Dia yang hentam saya di Facebook dan Instagram, telefon saya setiap hari, mesej, maki hamun semua, ugut saya melalui anak-anak, sampai nak simbah asid ke muka saya, nak upah orang tembak saya, langgar saya dengan kereta. Dan baru baru ini kereta saya kena simbah dengan cat merah. Saya dah beberapa kali membuat laporan polis. Tetapi, saya masih tak mengambil apa-apa tindakan kerana saya tak mahu perkara ini berlarutan.


Ketika ditanya sama ada Maria tidak memberikan peluang untuk Karen berbaik dengan bekas suaminya, pelakon jelita itu memberitahu:-

Saya dah tanya, mereka kata tidak, mereka tak mahu Papa dan Mamanya kembali bersama. Saya dah cakap, kenapa tak tengok, mungkin mereka boleh bersama semula supaya saya boleh pergi dari hidup mereka.

Anak perempuan Karen yang bernama Anis menceritakan perangai sebenar ibunya:-

Kak Maria tidak pernah suruh atau hasut Anis untuk buat apa-apa kenyataan sebagai anak yang dia tak pernah peduli. Dia lahirkan Anis dan tinggalkan Anis kepada keluarga nenek sebelah Papa. Dia kembali semasa Anis berumur 21 tahun. Memang dia jaga (Anis) elok-elok untuk kawan-kawan dia tengok. Tapi jika di rumah dia maki hamun sampai dia paksa Anis kahwin dengan pilihannya sendiri. Setelah dua bulan, Anis mengandung dan bekas suami Anis tidak serasi dengan mak Anis kerana mak mengajak Anis keluar untuk berseronok di kelab malam. Bekas suami Anis dihalau dari rumah dan Anis diberi dua pilihan. Gugurkan anak dan kembali pada emak atau ikut suami. Tetapi Anis memilih suami Anis. Setelah ada Danish (anak Anis), Anis balik berjumpa emak kerana rindu.

Semasa Anis dalam pantang, Anis dengar dia (emak) kena tangkap basah. Papa beri dia peluang untuk berubah. Setelah dua tahun, dia kembali keluar malam, masih berhubung dengan lelaki yang ditangkap basah dengannya. Tahun lepas dia paksa Anis bekerja yang tak elok, melayan ******. Itu emak ke? Papa dan emak bukan tak mampu jaga Anis.

Anis tidak buat seperti permintaannya, tetapi Anis dihalau dari rumah. Kemudian pembantu rumahnya lari, baru Anis dipanggil balik ke rumah kerana tiada siapa yang hendak menjaga adik-adik. Habis bekerja, Anis terpaksa bergegas balik rumah untuk memasak buat adik-adik. Mereka telefon saya di pejabat beritahu mereka lapar dan tiada apa untuk dimakan. Papa kata mengapa adik tidak tanya pada emak, mereka jawab emak ada dalam bilik tak henti-henti bermain telefon.

Nenek telefon Anis beritahu tentang betapa teruknya dia layan emak dia sendiri. Nenek yang tak sihat tu kena **** dekat rumah, nenek sendiri mengaku dia dah habiskan beribu untuk ****kan Papa, tetapi nak bagi nenek dua ratus untuk beli ubat tiada duit.

Apabila ditanya oleh Michelle Melodi kepada kedua-dua orang anak Karen iaitu Anis dan seorang lagi masih kanak-kanak sama ada mahu Papa dan Mommynya kembali bersama, keduanya mengatakan tidak. Yang kanak-kanak mengatakan dia memilih Auntie Maria Farida dengan Papanya:-

Kerana Mommy marah dan bergaduh dengan Papa. Mommy saya tipu dan adik beradik saya juga disuruh menipu Papa jika tidak kami akan dimarahi.

Anis memberitahu:-

Papa tak gembira bersama emak Anis. Mommy layan Papa teruk, tak jaga makan minum Papa, tak hormat Papa. Anis tak salahkan kak Maria kalau kak Maria boleh jaga Papa. Kak Maria bukan perampas.


 photo mk.jpg

Namun begitu Maria memberitahu dia amat terkesan apabila anak lelakinya turut diheret dan dikutuk oleh orang ramai. Dengan sebak, dia menjelaskan:-

Perkara yang menyakitkan saya ialah apabila ia melibatkan ahli keluarga saya. Macam mana pun orang hentam saya, saya boleh terima tetapi bila ia memberi kesan pada keluarga saya, ia melukakan hati saya.

Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ibu saya pun ada tanya sama ada saya pasti yang saya mahu teruskan perhubungan (dengan bekas suami Karen). Saya kata, ya. Dia seorang lelaki yang sangat baik. dia boleh jaga saya dan anak saya. Kalau jodoh saya dengan dia, saya terima. Kutuklah macam mana pun, kamu semua tak tahu cerita yang sebenar.

Kadang kala masalah orang lain sebenarnya lebih kompleks dari apa yang kita ketahui dan boleh ketahui. Hanya mereka yang terlibat saja yang tahu apa sebenarnya yang telah atau sedang berlaku. Kita ikuti apa penjelasan dari Karen Rahman berhubung perkara ini dalam entri kami yang seterusnya.

36 responses to Kalau Dia Teraniaya Kenapa Keempat-empat Suami Ceraikan Dia? – Maria Farida

  1. melati says:

    Rita no 2..is coming..’;’

    1

    0
    • Kiah says:

      dah la tu. dua2 ekor ni patut move on, beristikomah dan ….yg penting sekali berhijab.

      k bye.

      0

      0
    • Anonymous says:

      dua2 muka plastik, dua2 muka boleh belah dan dua2 rumah kata pergi kubur kata mari.

      0

      0
    • senget sangat kannnn says:

      yg tak tahan nye…”dia jaga sy dengan baik”…puiii
      kalau bukan mamat tu berduit…takda nye ko nak kan maria jalang kaki kikis oi…

      n anak minah ni pn..skali mommy..skali emak..skali mak…mana satu ntah pening aku…sedap mulut ko jek puji yg ini..yg ibu kandung ko aibkan seluruh malaysia…elok sangat la tu..mentang2 ayah tirin suapkan DUIT…terus puji melambung…PUIIII…sama jek anak n mak…

      0

      1
  2. mak long says:

    Yang pomouan seksi di atas tu, karen or anis.yang anis tu pun, rojar sungguh dok burukkan mak hang kat media.hang suka ka dak, diam ja la. Dah la papa hang tu buman ayah kandung pun. Truk sungguh anak2 zaman skrang.

    0

    0
    • miss N says:

      mcm mana teruk pun dia tetap mak kau.. mengandung kan kau selama 9 bulan, bertarung nyawa utk lahirkan kau kat dunia nie.. seteruk2 karen tu pun dia seorang ‘mak’ darjat dia lebih tinggi dr kau.. bukak aib org lain pun dah berdosa besar nie kan pulak bukak aib mak sendiri biar 1 dunia tau.. simpan sendiri dah la.. ape nak jd la dunia skarang nie! nauzubillahiminzalik

      1

      0
      • Anonymous says:

        warga Nara selalu cakap jangan menganiaya org lain. zaman sekarang Tuhan bayar cash. itulah dia kot.

        0

        0
  3. Anonymous says:

    Kat dlm gambar ni dua2 nampak sosial bebenar .. umur dah brapa makcik?.. but maria nampak baik sikit lah

    0

    0
  4. Anonymous says:

    apa beza la maria dgn ex bini dato tu?? seksi maut.. yg ank dato yakin sgt maria sesuai tuk bpk dorg konon nk ckp yg mummy dorg teruk!! oii ank oii maria tu blom jd mak tiri korg lg jgn dok puji sgt.. org kata blom dpt lg mmg la layan AAA punyer.. nk dpt bpk tackle lu hati ank.. dh dpt nnti blom pasti korg jd kesyangan mcm skrg..

    0

    0
  5. Gogi says:

    Indirectly mayb dia ni penyebab runtuhnya umah tangga org. Even majikan, itulah elakkan dr berhubung dgn suami org lebih lebih lg org tu tgh ada masalah dlm umahtangga. Wallahualam. Yg bini tu pun buat2 bertaubat. Yg si suami pun sama x leh nak bimbing isteri tu ke jln yg lebih..kalo sayang isteri la kan, mesti tau ajak isteri tu ke jln Allah. Apa2 pun benda dh jd..korg selesai lah elok2.

    0

    0
  6. N says:

    kita ikuti episod seterusnya……

    0

    0
  7. Fizi Bin Hakim says:

    Bertaubatlah kamu semua. maria ,karen, anak karen n rahman. Allah da tunjuk, apa2 yg kalian laukan di dunia ini, walaupun kaya macam mana kalau hidup tidak berlandaskan al quran n sunnah pasti bermasalah

    0

    0
  8. Saerah says:

    Kesian…byk duit tapi hati xsenang juga…anak org kaya tapi xdapat kasih sayang juga…Muka lawa2 belaka tapi masih berebut jantan yg satu je… (semua komen ni based on gossip ni je eh..kalo nampak cam sided one side, sorry la eh)…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    “Aabila ditanya oleh Michelle Melodi kepada kedua-dua orang anak Karen iaitu Anis dan seorang lagi masih kanak-kanak, keduanya mengatakan tidak.”

    Kedua-duanya mengatakan tidak kepada apa weh?

    0

    0
  10. mawar says:

    Ya Rabbi…tgk dari pic pun dh tau mcm pompuan jalang…suami mana yg tahan kalo isteri kaki clubbing

    0

    0
  11. Anonymous says:

    jahat2 pun ko buat kawan.. jd duta jgk pada produk si karen ni.. bhaya kawan camni.. baik ada makna.. dh x kawan abis dia crita aib si kawan..

    0

    0
  12. pmsis says:

    Baguih laaa perangai 2-2 ni sama je, kejar duit si encik rahman tu. Padahal dia bukan berduit pon, hutang company sana sini. Si Anis anak Karen ni dok backup papa dia pon ada sebab. Iyelah, nanti kalau x backup sapa laaa nak bagi duit bulan-bulan. Apa punya anaklah bukak aib mak sendiri. Seteruk-teruk mak pon, tu lah yg lahirkan kau pun. Bela sampai besar, takde duit mak tu yang bagi, mintak kat laki dia. Haih dunia akhir zaman. Demi duit sanggup tolak mak sendiri. Si Maria Farida ni, takde ke laki single mingle yang dia nak? Dah selalu gi rumah member tu, gi bercuti sama-sama, yang pandai sangat pi bercinta dengan laki member tu? Logik la sikit. Awak runtuhkan masjid orang, tengoklah balasan Allah tu macam mana. member sendiri kot.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dah jodoh cm jln ceritanya begitu. .doakan sj diorg berbaik.2×5 x matang sbb saling memburukkan.soal balasan Allah kita x layak ckp.

      0

      0
  13. yayazhamila says:

    weh weh.. baca pasal anak dia Anis tu rasa sedih pulak.

    Bunyinya macam, Karen dengan Suami dia ni memang kepala senget. Karen tu memang la dah tahap iblis, tapi suami dia pon sama je – Sebagai seorang bapak, kau biar kan je bini kau hantar anak balik kampung dijaga nenek? kau biar je bini kau herdik, halau anak anak kau ? Kau biar kan je hidup diorang rosak cam tu je? BAPAK JENIS APA KAU NI

    Maria Farida, aku rasa kau dah hook up dengan seorang DAYUS. no Balls.

    BTW : bukan diorang ni Datuk and Datin ke..? bukan kaya raya ke? asal bunyi cam takde duit je manjang?

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ibu saya pun ada tanya sama ada saya pasti yang saya mahu teruskan perhubungan (dengan bekas suami Karen). Saya kata, ya. Dia seorang lelaki yang sangat baik. dia boleh jaga saya dan anak saya. Kalau jodoh saya dengan dia, saya terima. Kutuklah macam mana pun, kamu semua tak tahu cerita yang sebenar.<—- D`ohhh…

    0

    0
  15. BolaKerandot says:

    Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ibu saya pun ada tanya sama ada saya pasti yang saya mahu teruskan perhubungan (dengan bekas suami Karen). Saya kata, ya. Dia seorang lelaki yang sangat baik. dia boleh jaga saya dan anak saya. Kalau jodoh saya dengan dia, saya terima. Kutuklah macam mana pun, kamu semua tak tahu cerita yang sebenar.<—d`ohh…makne nye….jeng jeng jeng…

    0

    0
  16. Muhasabah diri says:

    Sama2 lah kita doakan mereka kearah jalan yg diredhai Allah SWT. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Semoga apa yg berlaku menjadi iktibar buat mereka. Yakin pada kuasa Allah SWT..Walau harta tinggi menggunung tidak menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan. Saya juga kenal mereka. Mereka baik..tp mungkin teralpa seketika. Kembalilah kepadanya..Inshaallah. ” Kullu nafsin Za iqatullMaut “

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Ap beza karen ngn maria farida ni? Jk datuk rs karen ni xbaik, cr lh yg lebih baik.. ni cari sama je seksi. Ingt nk cr yg elok2 ckit..ni sma je

    0

    0
  18. Yekeni says:

    Kalau si lelaki tu cari yg sama level, walaupun dah rasa hidup dgn isteri yg so called, according to them tak baik, maknanya si lelaki tu pun dua kali lima = gedegak… Ataupun sama level dgn dorang.nak yg seksi aje. Sebab kalau dah merasai kehidupan berumahtangga yg tak baik, pastinya akan serik dan akan mencari yg lebih baik.

    Apa2 jelah. Ke tiga2 sama. Dunia di mana kekayaan dan wang ringgit berada di atas segala galanya.

    Tapi kesian dgn anak2 kerana melalui apa yg telah mereka lalui. They must be in great pain growing up until they can say such things abt their mother. These kind of parents do not deserve to have kids. There are couples who want to have kids tapi belum ada rezeki. They run to maria because maria shows and gives them what they were missing. Samaada maria berlakun ke tak, the kids must have felt some love there.

    Lastly, kepada mereka yg tak bersedia jadi ibu bapa, tolonglah jangan beranak! Janganlah rosakkan kehidupan anak2. Buatlah family planning! I paling benci org yg tau beranak, tapi tak tau tanggungjawab! You hv no right to destroy other people’s (your kids’) lives! They are human and will grow up to be individuals. Tu pasallah makin banyak kes schizophrenic dan bipolar! Idiots!

    1

    0
  19. Kisah benar says:

    Apa sy cerita ini adalah melalui pemerhatian selama sy follow fb Karen dan IG Maria. Sebelum kes ni.Maria mmg baik dgn Karen sbb Maria jd duta produk Karen.Dulu produk Karen ni baru nk naik..Maria la yg byk promote produk ni smpai produk ni laku. Karen ni mmg sosial yg amat.Gi clubbing,bik gmbr meriah dgn lelaki.Mcm x de suami n anak. Pastu sy terfikir.Suami dia ni sosial man jgk sbb tu la dia x kisah Karen ni nk sosial.Pastu bila Karen bik gmbr ank dia.Sy dok fikir..sape la yg jg anak dia sbb dia kan bz bisnes n bersosial. Kalau betul la Maria akn kawin dgn suami dia.Maria x salah sbb Karen yg slalu ajk Maria dtg umh dia dan kuar dgn suami dia. Bg sy lah.. Kalau tgk gmbr2 kat IG.Maria lg baik dari Karen.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Klu karen ntah apa tu x kenal pun..mcm inject2 je muka..apapun dua2 x matang nak uruskan hal neh..silap maria..perlu tegah anak tu dr burukkan mak dia dan biarlah murai berkicau…x payah susah2 nk bg statement.klu wartawan nak tahu sangat..1 huruf minta 5k..sanggup x sanggup

      0

      0
  20. huhuhu says:

    sejahat-jahat dia… dia tetap mak ko bodoh… dia perempuan yg melahirkan ko…anak apalah buka aib mak ko satu malaysia… simpan sudah…

    0

    0
  21. Abu Sufian says:

    Apebende ni ayam tue nak pencen berebut barang.awang hitam kan ade lagi sado beso bapak timun

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Drama je semua ni. Tak bercerai pun. Maria no 2.

    0

    0