Kalau Budak Kecil Pun Mereka Nak Kecam, Maknanya Hati Mereka Hitam – Rita Rudaini

Hiburan

Kalau Budak Kecil Pun Mereka Nak Kecam, Maknanya Hati Mereka Hitam – Rita Rudaini

Seorang ibu pasti tidak mahu anak mereka dikutuk, apatah lagi oleh orang luar yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka. Begitulah juga Rita Rudaini yang berang dengan seorang individu yang mempertikaikan rambut panjang anaknya, Airti Qaqa Arjuna baru-baru ini.

Advertisement

Merasakan tidak wajar untuk mengecam seorang kanak-kanak, Rita menyifatkan individu tersebut berhati hitam.

Bagi saya, orang macam itu penuh dengan sifat dengki dan iri hati sesama manusia. Kalau dengan budak kecil pun mereka kecam, maknanya hati mereka hitam. Itu anak saya dan saya tidak menyusahkan netizen. Jadi, kenapa perlu melayangkan komen sedemikian.

Rita memang sudah biasa menerima pelbagai kecaman daripada netizen namun ia tidak bermakna beliau akan terus membiarkan orang memijak kepalanya.

Saya akan jawab semua komen yang saya nampak sangat bermasalah. Kalau individu tersebut masih lagi melayangkan komen mengarut, saya akan menyekatnya. Apa yang boleh saya katakan, walaupun saya sudah lali dengan komen negatif, tetapi artis bukan dilahirkan untuk menjadi patung dan terima sahaja kecaman yang datang.

Memang wujudnya sesetengah pihak yang bukan sahaja mencari kesalahan artis tetapi turut mengaitkan keluarga ataupun anak mereka dalam sesuatu isu. Tak salah hendak menegur cuma caranya kena betul.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...