Written by Bella | October 11th, 2016

Gara-gara sering memuat naik foto mesra bersama dengan agak kerap di akaun Instagram, pelakon Fattah Amin dan Neelofa dikatakan sedang bercinta. Mereka mula rapat selepas digandingkan bersama didalam drama Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang.

Bagi mendapatkan kepastian tentang gosip tersebut, pihak media telah menghubungi Michael. Menurut Michael, kedua-dua pelakon berkenaan sedang menjalinkan hubungan cinta di lokasi penggambaran Suri Hati Mr. Pilot.

Namun, Michael enggan memberikan komen lanjut mengenai gosip berkenaan kerana tidak mahu mencampuri urusan peribadi Fattah dan Neelofa.

Ya, mereka memang bercinta di lokasi drama ini. Tetapi, di luar set saya tidak tahu sama ada mereka memang intim atau sebaliknya.  Keserasian mereka membintangi drama ini jelas kelihatan dan masing-masing sangat ‘memberi’ apabila membabitkan babak intim. Itulah yang saya mahukan,

Kalau benar mereka bercinta, itu hak peribadi mereka. Tetapi, di dalam set saya, mereka memang benar-benar bercinta. Saya juga tidak sangka, Neelofa bukanlah seperti apa yang saya dengar daripada mulut orang.

Wah, semakin hangat nampaknya gosip mereka berdua sedang bercinta ini. Tidak mustahil juga, kalau sudah terlalu rapat dan sering melakonkan babak cinta bersama, mungkin juga  akan ada  sedikit bibit cinta yang timbul didalam hati Fattah dan Neelofa. Tidak apa, kita tunggu kenyataan daripada mereka berdua nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

13 responses to Kalau Benar Mereka Bercinta, Itu Hak Peribadi Mereka – Michael Ang

  1. wanchong says:

    suko benor kalo duo org ni bercinta dan kawin. secocok sangat.. tak perlu kerabat-kerabat ke ape. ni just nice hihi :)

    8

    1
  2. sentap says:

    biar la..janji dua2 single…sepadan la…
    jgn cam si hanyir faye tu udah…ketandusan jantan

    3

    0
  3. Anonymous says:

    alahaiii si fattah amin ni…mcm2 gosip mamat ni…kejap dgn org tu kejap dgn org ni..aritu bkn main lg gosip dgn mira filzah…bajet hot je..muke jambu..

    1

    1
  4. nea says:

    laki mane yang tak nak nealofar….cantik..kaya..sopan bertudung…. sesuai gak die ngan Fattah ni…

    4

    1
  5. liza says:

    si neelopah ni ..ko tu ah ler berhajah..rugi jah p buat haji tapi batas pergaulan x jaga

    2

    2
  6. patah aman says:

    abes drama nanti keluar lah statement “kami tak sehaluan” puik!

    1

    0
  7. anon says:

    Dah hajah, bersara je dari dunia seni, Ke tujuan gih mekah semata2 nak doa psl jodoh dgn vip je…

    0

    0
  8. Cantik Lofa says:

    “Saya juga tidak sangka, Neelofa bukanlah seperti apa yang saya dengar daripada mulut orang.”

    What do you mean, Michael Ang?

    0

    0