Written by AbangNara | June 29th, 2011

Hidup Abang Nara memang sentiasa sibuk, sibuk dan sibuk gila. Kadang-kadang seharian tak dapat nak menonton rancangan TV kegemaran. Tetapi sejak kehadiran Astro B.yond PVR dalam hidup Abang Nara, memang Abang Nara tak pernah miss rancangan-rancangan kegemaran. Ini bukan propa tapi betul-betul kenyataan.

astro pvr

Selaku penulis blog hiburan sudah tentulah Abang Nara kena tengok rancangan-rancangan hiburan macam Mentor, Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan drama-drama kat TV untuk update info-info terkini. Ok korang akan kata kalau termiss rancangan tue boleh tengok kat Youtube je. Tapi feel tengok kat TV memang beza dengan tengok kat Youtube. Lagi-lagi kalau internet slow tahap siput babi.

Kadang-kadang kalau hari Jumaat time Maharaja Lawak on air Abang Nara tak sempat nak tengok sebab pergi main game Dota dengan kawan-kawan (time bujang dulu). Hari Sabtu Ahad pun macam tue gak. Kadang-kadang ada event sampai terlepas rancangan Mentor, AF dan Cerekarama. Tapi Abang Nara tak gusar sebab Abang Nara tau Cik Nara dah rakamkan semua rancangan tue guna Astro B.yond PVR.

astro pvr

So hari Ahad Abang Nara akan bangun awal pagi dan layan rancangan-rancangan yang telah dirakam. Cara nak rakam tue senang sangat sampai mak mertua Abang Nara pun dah pandai guna dah sekarang. Seronok jugak bila berkumpul ramai-ramai di pagi Ahad dan gelak sama-sama sambil tengok Maharaja Lawak. Terasa macam family gathering pulak.

Oh by the way Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Eyriqazz sebab menang pertandingan Astro B.yond PVR dan dapat pergi trip ke Kota Kinabalu. Serius jeles. Tapi tak apalah, sebab Abang Nara pun dah selamat pergi dan balik dari Korea berhoneymoon. So tak berapa jeles sangat.

Yang penting sekarang Abang Nara nak layan final Maharaja Lawak yang telah dirakam oleh mak mertua kesayangan guna Astro B.yond PVR. Terima kasih mak mertua dan terima kasih Astro B.yond PVR.

Baca Yang Ini Pulak:-

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Kalau Anda Seorang Yang Sentiasa Sibuk Sampai Tak Sempat Tengok TV

  1. sha says:

    bz bz

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. Hamba Allah says:

    yeke boleh recod? apsal aku punya astro beyond xleh recod? kata orang yang pasang AB kat umah aku aritu dia kena tambah lagi duitnya untuk dapatkan kalau nak recod…pelik aku bukan semua org dah war2 kan ke yang AB tu boleh recod ni kena tambah duit pulak kalau nak recod…propa btl!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
    • akuu laa 2 says:

      ye laaa….same la ngn yg kt umah aku pnye….kate org yg pasang astro 2 kene tmbah pe ntah kalo nk yg bleh record…tipu je smua2 ni…..

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  3. kucigmengiau says:

    ape kene mengena ngan pic jozan -.-”
    umppph

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
    • ita says:

      kan maharaja lawak ada jozan..tu yang ada gmbr jozan tu..ada kena mengena ape..tak kan gmbr sepah je..kan 4 finalis ari tu

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. kasihsuci says:

    poyo la astro..semua duit…xde yg free pon..BOIKOT ASTRO..KALAU RAMAI YG BOIKOT MESTI ASTRO TURUN HARGA..MARI BOIKOT ASTRO..MARI MARI..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 0
  5. KASIH SUCI says:

    BOIKOT ASTRO

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  6. Madam Emi says:

    Abang nara jadi promoter astro ker ? alah, takyah record sebab astro memang ulang-ulang tayang..apa motif plak nak rakam2., kena bayar lain plak lagi. saya tak dapat pun tengok final ML tapi saya tengok yang ulangtayang nyer… boleh kan gitu..takyah nak abis2 duit ponnnn…

    Hot debate. What do you think? Thumb up 12 Thumb down 3
  7. hacker says:

    mari kita BOIKOT ASTRO!!!! jom join kami Abg Nara..

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  8. Kalau tak ingat rekod camne? Mungkin boleh set reminder dalam handset pulak :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. picture only says:

    rumah aku lom ada astro..nak oder ada tapi dengar depa nak naikkan bill..aku tunggu lagi..hehehehehe

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. sarah_nina says:

    kena bayar berapa ya utk dapat yg record tu??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. kelahiran says:

    mmg bgus btul astro beyond ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 6
  12. geng tosai says:

    aik dh kena tipu dgn ASTRO still ada hati nk promote??
    LAME betullah nara ni

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  13. miss annur says:

    x yah nak promote2 ASTRO ni BG NARA oi.. service dah la LEMBAP, hujan xleh tgk.. ada hati nak naikkan byran pulak.. baik potong je astro ni.. tgk tv1,2,3 lg bagus…. blah la lu ASTRO!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  14. De palmasss says:

    Entahnye, harga naik, time ujan xde siaran. Pastu apsal 8tv pny desperate housewives lg laju dr starworld? Kan starworld tu byr..ptt lg hup to dhate

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  15. fiz says:

    dulu bukan ke dah de entry pasal astro beyond ni??siap ade awek suntut bergambar lagi ( tunang abg nara)….
    sampai skrg nk promote lagi benda yg same. udah2 ler tu nara. ko g jelah concentrate dgn “honeymoon” ko tu….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  16. aryanna says:

    dulu lgi korang kate nk boikot astro..nk tgok tv 1,2,3 konon…tp x buat jugak…astro 2 jugak korang tgok..lau byk sgt masalah astro ni x yah la langgan…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  17. Razer.SlaYeR says:

    wakakkaa…lawak la…..nie msti da rmi buang mustika….tu yg smpi kena promote lak kew???…..bape agk2 astro bayar ko nara??

    muahhahaahhaa

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0