Written by AbangNara | October 25th, 2013

Ingat lagi dengan artikel Shah Iskandar yang menganggap Diana Nasir (kakak Anzalna) hanya sebagai kawan biasa sahaja? Banyak pembaca BeautifulNara yang menyatakan Diana Nasir syok sendiri dan hanya bertepuk sebelah tangan. Sikap Diana Nasir yang berdiam diri selepas Shah Iskandar mengeluarkan kenyataan tersebut sedikit sebanyak seolah-olah mengiyakan tanggapan orang ramai.

diana nasir

Namun menerusi portal Astro Gempak, adik kepada Diana, Anzalna tampil memaklumkan yang kakaknya bukanlah syok sendiri seperti yang kita sangka. Anzalna siap dah baca beberapa SMS antara kakaknya dan Shah Iskandar yang menunjukkan seolah-olah mereka berdua bercinta. Kata Anzalna:-

Saya dah baca beberapa SMS daripada Shah kepada Diana dan daripada pandangan mata kasar saya, perbualan mereka itu menampakkan seperti mereka pasangan yang sedang hangat bercinta.

Tetapi entahlah, bila pihak yang sebelah sana bermati-matian menafikan, Diana pula berdiam diri…Itu menampakkan seperti kakak saya yang melebih-lebih.

Kakak saya tidak akan sesekali memberi gelaran “baby” atau apa-apa gelaran istimewa kepada Shah atau mana-mana lelaki jika mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa.

Kalau anda sendiri yang membaca SMS itu anda akan tahu yang kakak saya, Diana bukanlah syok sendiri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

anzalna

Yeah ~~ Apabila adik sudah bersuara untuk “backup” si kakak, inilah yang kita mahukan. Mesti Anzalna sedikit sebanyak bengang juga kerana kakaknya dianggap orang ramai seperti terhegeh-hegeh kemarukkan cinta Shah Iskandar. Tambah Anzalna lagi, dia percaya kebenaran akan terbukti jua kelak.

Saya tak rela kakak saya dipermainkan begini dan dipandang serong oleh peminat…Tapi tak mengapa, lambat laun perkara sebenar akan terdedah jua.

Saya tidak akan menyimpan dendam terhadap dia (Shah)…Cuma saya kesal, kenapa dia keluarkan kenyataan sedemikian…Apa motif sebenar dia…? Saya betul-betul sedih bila dia buat kenyataan macam tu

Abang Nara rasa si Shah Iskandar mungkin sengaja buat ayat kawan biasa untuk “coverline” percintaannya dengan Diana Nasir. Biasalah saham tengah naik. Kalau tiba-tiba status bertukar jadi “in a relationship”, takut peminat lari pulak. Harap-harap Shah dan Diana dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Jangan tak pasal-pasal clash pulak. Hehehe.

P.S: Mercedez F1 atasi rekod pit stop Redbull

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 responses to Kakak Saya Tak Syok Sendiri – Anzalna Nasir

  1. Anonymous says:

    bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi,mr arrogant sangat.hati kata sayang mulut kata tidak.jujur lah bukan susah sangat pun.

    0

    0
    • Kak Enon says:

      pulak dah… tu la.. perempuan jgn murah sgt.. harga diri kena mahal.. jgn mudah memberi pada yg tak pasti :)

      0

      0
      • Fahrin Ahmad says:

        Awak ada kakak ker?
        no phone pliss..atau klik me..

        0

        0
        • udang geragau says:

          yeke anzalna,, ape kata tunjuk skali printskrin perbualan tu,,
          bru la org caye..ckp sje x gune..
          kalo betull,, bia abang ajar si shah tu,,,
          apa die ingt die sorang je macho
          anyway bgtau kat kakak tu…..jual mahal skit, jgn jual murah mcm ND
          duit smata ker……………………………… huhuhuhx

          0

          0
        • Senduk says:

          kau duduk diam2 dah lah Anzalna, tak payah campur urusan kakak kau.
          aku rasa Shah tu tak nak mengaku nak jaga saham, lari lah peminat kalau dah berpunyer..eh Shah tu ada peminat ke ? elok lah kau kapel dgn Diana..sama2 sendu kah kah kah booooo

          0

          0
      • Aaron Aziz says:

        Kakak saya tak syok sendiri,
        cuma bertepuk sbelah tgn jerr.
        klik me pliss…

        0

        0
    • dena says:

      true..

      anzalna sgt cantik…

      to shah, kalau tak nak kt org yg sms pelik2 sgt lah…hati perempuan ni lain mcm sket… bg ayat bunga2 jiwang2 pastu sudahnya bg statement yg mmalukan pompuan tu sorang2… mungkin bg laki mat bunga die boleh hantar sms yg sama, ayat yg berbunga2 kt beberapa pompuan tanpa perlu ‘perasaan’ tp pompuan tak macam tu…tak baiklah kan mainkan perasaan org..

      to diana, awak bukan artis..shah tu artis, sepatutnya selagi shah x show off pasal korang, awk patutnya senyum sorang2 je…share with ur sisters sudahlah..not to public sampai org boleh printscreen n gelakkan awk beramai2 …
      skang ni belum sempat awak ade peminat awk dah ade haters. kesian sgt.

      ni ikhlas kesian..bkn sarkastik.

      0

      0
    • erkkk says:

      Shah pun satu….mengaku jela, xyah nak nafikan kalo dah betul…popularity tu xkan jatuh kalo ko tu dh mmg berbakat ….

      0

      0
    • lynn says:

      si shah ni cakap kawan je dgn diana sebab taknak kecurangan dia diketahui oleh perempuan yg ada dgn dia dlm gambar yg sebelum ni. yg pakai tudung yg korang kata mcm makcik tu. hihihi.

      dia ckp perempuan tu sekadar peminat, tapi takkan lah peminat bergambar sakan dekat2 dgn si shah tu. kan?

      0

      0
    • cik leen says:

      Jujurlah sayang aku tak mengapa
      Biar semua jelas telah berbeda
      Jika nanti aku yang harus pergi
      Ku terima walau sakit hati……

      =,=’

      0

      0
    • nenek lanjut usia says:

      kesimpulannya lain kali klo brcinta x yah la nk post kt fb twiter ig bgaiiii… wechat, whatapps, viber, line, kakao talk kan adaaaa.. x yah la cu menunjuk2 sgtttt klo ye pn bercinta dgn artis, setakat artis sendu tu org x heran la. ni kan dh malu sndiri

      0

      0
    • ira says:

      dipandang serong peminat ? err. sejak bila kakak dia ada peminat ?

      0

      0
  2. ziziz says:

    senang cerita kalau jd perempuan tunggu la org lelaki bersuara, tgk style wanita skrg semakin hilang rasa malunya.

    0

    0
    • noni says:

      betol weh. ak skong.

      kdg2 laki wt ayat sweet2 tu, saje2 je nk usik nk b’gurau or nk bramah dgn kite. kite lyan je. tp phm2 la sndiri. slagi die xdeclare ppe, diam jela. jgnlah pndai2 bg prasaan tu kt die. ni kire dh kes perasan pn ye jugk ni. kesian.

      0

      0
  3. kk says:

    Who d heck is Shah Iskandar? sedeyy -_-“

    0

    0
  4. paukaya says:

    sian..nk glamor sgt..tkpe..pasni mesti kakak die glamor gak..

    0

    0
  5. peeiii says:

    rosyam nor tu beranak pinak dah…jamal abdillah kahwin cerai berkali2..kluar masuk serenti pun ramai gak peminat…..yg penting bakat…kalu takat gedik & retis sana sini…boleh blah

    0

    0
  6. gigi emas says:

    Minah tu dah kena tebuk Shah….apa nak tunggu lagi….kau baby la sorang2, si jantan kabaret tu dah dapat merasa free2

    0

    0
  7. KeraniNyanyukSukaMainGameBola says:

    To Diana Nasir, cri lelaki len please..si shah ni bkn hnsem sgt, ape yg die ade??
    blakon pon Non- hadoooo.. blahh jela cri len rugila cntik2 dpt shah.

    0

    0
  8. Mak Senah AKA Radio karat says:

    Anzalna adalah adik yang baik, dia sanggup pertahankan kakak dia, i loike… cara Diana mendiamkan diri itulah adalah jalan terbaik yg Diana dapat fikirkan buat masa sekarang, mungkin dia tak mau mnunjukkn yg dia terhegeh2 kat nan adoo Shah Iskandar tu, yang si Shah ni pulak.. awat yang hang dok main2kan perasaan orang lain? hang tu bukannya encem tera manapun, belakonpn tak daklah bagoih sangat pun (haaaa.. kan dah terkeluaq bahasa ibunda Mak Senah) ni yang buat MS emosional ni… tak suka tau klu lelaki buat lagu tu kat pompuan….

    0

    0
    • dianajanda says:

      ko backup2 ni mesti diana kan? ye la diana kan orang utara . tak payah laa dah syok sendiri tu mengaku jela. dlu dgn fizo, kena tolak dgn fizo. ko cari shah pulak. nak retis je ko ni. gilo glamour betol. gojes sgt ke ko

      0

      0
      • Mak Senah AKA Radio karat says:

        Kalaulah Mak Senah ni Diana, Mak Senahlah manusia yang paling hepi kat dunia ni, sebab cun….. kau ni dianajanda, sebab tulah kau jadi janda, sebab kau suka memfitnah dan cari dosa kering, tak pasai-pasai pulak MS jadi Diana, hak.. hak.. hak…

        0

        0
  9. mak lampir says:

    “Saya tak rela kakak saya dipermainkan begini dan dipandang serong oleh peminat…”
    peminat sape yg dimaksudkan??? kakak die? anzalna? shah??
    klo rase belum dpt anugerah ape2 or drama sendu2 je xyah sebut peminat..sebut je “ORANG RAMAI”.. dah mmg ko 2 beradik feeling kot..yang shah tu pon feeling drama ape pon mak xtau..

    0

    0
    • Anon says:

      Peminat Anzalna n si shah nan hado tu la..
      xkn itu pn nk dijelaskan…kakak die bkn artis, mne nk ade peminat…
      bengong la…x semestinya x dpt anugerah tu xde peminat…
      ko tgk artis lain tu xdpt anugerah ape pun, ade je peminat…

      0

      0
    • Same ade si kakak coming soon dlm industri hiburan or nak glamerkan si anzalna…ala…kes anzalna n neelopak gaduh smpai kes mahkamah dlu tu tak berjaya sesangat nak memfofularkan melaun 2 org ni…skrg cari strategy lain pulak si anzalna.yelah…neelopak umumkan yg dia lg 6 thun dlm bidang hiburan ni.pastu die nak pencen…

      0

      0
  10. farah says:

    tak sangka…kenapa dorang buat semua ni.amat memalukan…….

    0

    0
  11. farah says:

    ARIEL ZAFRIEL DAN WAWA ZAINAL MEMANG RAPAT KE, TAK TAU PUN DAH KAHWIN TIBA TIBA AJE……?

    0

    0
  12. Lavender Sweet says:

    Tu sbb sbg pompuan lbh baik diam drpd brckp lbh2 pd benda yg x brp psti.
    Jd pompuan mesti de harga diri sikit dik oiii

    0

    0
  13. nonamanes says:

    Elok la berdiam sekarang sbb dia sepatutnya berdiam dari first place lagi. Confident sangat update status centu mmg saja bagi bola tanggung la. Sebab tu orang kata kalau ada rahsia cerita dengan Allah, jangan dengan manusia.

    0

    0
  14. MR NICE GUY says:

    ada aku kesah dgn cerita diaorang ni? ntah siapa2 diaorg ni..popular ke? abg nara..next story plsss

    0

    0
  15. milo beku says:

    jika si diana sesaat bagi si shah, jangan biarkan si diana ni terlanjur menyayangi. haaa… kann parah.. anzalna ofkos la back up fmly dia.. huh..

    0

    0
  16. milo beku says:

    aku suka komen !!

    0

    0
  17. Anonymous says:

    kalau aku jadi diana mesti bengang tahap gaban sb bertepuk sebelah tangan…

    0

    0
  18. loveydovey says:

    Samaada DN bertepuk sebelah tangan atau tidak kita tak tau, Shah Iskandar sudah komen ” hanya kawan biasa” Andai ada bukti tunjukkanlah (Berani kerana benar,Takut kerana Salah) ,bukan kerja kita untuk menghukum atau bersangka-buruk terhadap mereka….

    0

    0
  19. minah jambu merah biru says:

    elehhhhhh jantan ni kadang2 macm siallllll sengaja nk malu kn pompannnnn kalau minah jambu jantan kalau buat pengakuan cngitu padahal kite mateair minah jambu dh tknk lagi lah ngan dia gi mampos lah ! bukan Nye tkde jantan lain yg nk di buat mateair huh ! jangan2 si shah ni dh ada mateair kt Singapore huh ! babtu dia buat kenyataan cmgitu nk malukn si Diana…..sabar aje lah Diana ..u jangan pikir2 sangat pasal ni semua…shah tu mungkin kepala hotak dia belom matang lagi…u jangan harapkn dia sangatttttt u kn cantek n cute jangan heran lah muka macm shah ni !!

    0

    0
  20. […] Nasir syok sendiri dan hanya bertepuk sebelah tangan Sikap Diana Nasir yang berdiam diri selepas Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Anzalna, Kakak, Nasir, Saya, Sendiri, Syok. […]

    0

    0
  21. mamatcomel says:

    Nyampah lak baca ayat. >..kebenaran akan terbukti jua kelak…<

    Mcm pnh baca jeeeeeee….

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Lain kali kalau rindu-rinduan, tak payah nak tweet2 sangat lah. Hantar la text msg/ sms terus kat orang tu. Kau tu bercinta dengan artis. Cover line la sikit.

    0

    0
  23. kurt says:

    klu laki tuh ikhlas, dia tkkn menidakkn. bkn isu coverline ke else tp pendirian laki tuh sendiri. maknanya dia just nk bermain n nk test power je tuh. baik tgglkn laki yg mulut manis mcm nih… tk rugi pun. salute kat izzue islam, no matter how people said about his wife, tp dia tetap berterus terang. tkyah nk mcm2x sangat. kat situ dah nmpk ciri2 laki yg baik dlm diri izzue.. thumbs up to izzue. :)

    0

    0
  24. zaza says:

    shah tkot jatuh saham. dia teringin nk menang anugerah kt ABP.kalaw ada awek hilanglah peminat. itu lah yg dia pikir.
    hashtagbodohpunyashah

    0

    0
  25. jaja says:

    Sesunguhnya kalau dia benar2 ikhlas pasti dia benar2 jujur terhadap kamu. Full stop

    0

    0
  26. Enter Your Name says:

    Kemarin dah nengok Melodi. Anzalna siap bagi tunjuk sms Shah ngan kakak dia… mmg tul ah lelaki ni mempermainkan pompuan. Tak sedar diri langsung. Kita tunggu Shah bagi comment pas Anzalna tunjuk bukti… apa dia nak kata.

    0

    0
  27. kesian says:

    kesian ko diana. tu la. caya sangat dengan si shah ni..ala..ko cantik..besepah orang nak kat ko. tak yah nak frust sangat. pasni ko jangan pakai seksi dah. pastu slow-slow ko pakai tudung. baru la laki tak mainkan ko. nampak ko tak murah. ko jangan terasa la. mungkin ko ni senang nak ajak kuar si shah test market kat ko. pasni jangan senang sangat.

    0

    0
  28. […] Kakak Saya Tak Syok Sendiri – Anzalna Nasir (45) […]

    0

    0