Kakak Datuk Seri Vida Anggap Gosip Dengan Pembantu Peribadi Mampu Calar Reputasi Adiknya

Kakak Datuk Seri Vida Anggap Gosip Dengan Pembantu Peribadi Mampu Calar Reputasi Adiknya

Minggu ini kisah antara Datuk Seri Vida, 46, dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, telah menjadi viral. Ia bermula apabila Netizen mempersoalkan siapakah pemuda itu yang sering memuat naik gambarnya bersama Vida di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

jadi makin hangat apabila Ahmad Iqbal membuat pengakuan kepada Harian Metro bahawa dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodohan dengan Vida. Malah, ibu Ahmad Iqbal yang berusia 49 tahun juga tidak menolak sekiranya Vida dijodohkan dengan anak lelakinya dan menjadi menantunya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bagaimanapun, anak perempuan Vida yang berusia 12 tahun, CIk B, awal-awal lagi menolak untuk menerima Ahmad Iqbal menjadi bapa tirinya. Ini disuarakan melalui kapsyen yang ditulis di Instagram. Dan kini, orang kuat Vida iaitu kakaknya Azizah Othman, 47, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah juga hairan dengan gosip yang timbul. Dia memberitahu BH Online yang dia  ada menghubungi pembantu peribadi adiknya, Ahmad Iqbal Zulkefli, bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang timbul.

Gambar: Mak Jah

Bagaimanapun, dia tidak mendapat kerjasama yang baik dari Ahmad Iqbal, dan berharap gosip itu tidak terus disensasikan kerana ia mampu mencalarkan reputasi usahawan popular itu.

Saya ada menghubungi Iqbal bagi mendapatkan penjelasan mengenai gosip yang timbul, namun gagal mendapatkan kerjasama daripada pihak beliau. Hubungan mereka sekadar majikan dan pekerja, namun dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Gosip yang timbul ini mampu mencalarkan imej Datuk Seri Vida sebagai usahawan kosmetik, kerana saya bukan saja memandang dari sudut peribadi, sebaliknya dari aspek kerjaya juga.

Saya tidak mahu orang memandang rendah terhadap beliau kerana sering terpalit dengan gosip sebegini. Bagaimana beliau yang mempunyai reputasi tersendiri boleh mempunyai hubungan dengan pembantu peribadinya pula?

Bagi Mak Jah, isu itu tidak perlu disensasikan kerana tuan punya badan tidak ada di tanah air kerana menunaikan ibadat umrah:

Kalau boleh, memang lebih baik tunggu sehingga beliau pulang daripada umrah, tetapi saya tidak mahu perkara ini disensasikan lagi.

Biarlah Datuk Seri Vida beribadat dengan tenang dan jangan membebankan dirinya dengan gosip sebegini.

Dan apa yang menarik, Vida memberitahu BH Online bahawa siapa saja lelaki yang bakal dikahwininya perlulah direstui anak dan kakaknya.

Sebenarnya, mungkin terlalu awal untuk perkara ini dibangkitkan, namun jika Ahmad Iqbal benar-benar serius, dia haruslah bekerja keras membuktikan keikhlasan hatinya untuk mengelakkan tanggapan negatif masyarakat. Apatah lagi, Vida baru saja berpisah dengan suaminya yang ketiga. Anda rasa? – beautifulnara.com

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...