Written by Bella | July 24th, 2015

Kaka Azraff dilihat tidak cepat melatah apabila sering dikaiktan dengan kontroversi panas lebih-lebih lagi apabila beliau dikaitkan dengan perpisahan antara Tasha Shila dan teman lelakinya Hans Wong.

Buat Kaka beliau  tidak akan berbicara secara terbuka berhubung kisah peribadinya untuk tatapan umum kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan kerjayanya. Walaubagaimanapun, sebagai seorang selebriti beliau tidak akan pernah menyorok status sebenar dirinya dan akan berterus terang sekiranya ada yang bertanya.

Seperti sekarang anda bertanya dan saya tidak menyorok untuk memberitahu saya tidak mempunyai teman lelaki. Tetapi untuk berbicara tentangnya secara terbuka mungkin tidak kerana ia tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai penyanyi.

Saya juga mempunyai hak untuk tidak mendedahkan butiran mengenai kehidupan peribadi kepada umum seperti mana orang lain.

Pada masa yang sama, Kaka berharap selepas ini namanya tidak dihimpit kontroversi lagi kerana ingin fokus kepada karier beliau. Sebenarnya beliau juga tidak pasti mengapa setiap kali wujudnya gosip dan kontroversi oleh artis lain namanya juga akan turut dikaitkan.

Hendak kata kontroversi yang ditimbulkan sendiri oleh saya rasanya tiada tetapi saya sering terpalit dengan isu artis lain. Tolonglah henti kaitkan saya lagi selepas ini.

Jika dipandang dari sisi yang positif, kontroversi mampu membuatkan seseorang artis itu lebih matang dan tabah untuk terus kekal dalam industri hiburan. Bersabarlah setiap dugaan akan ada penghujung atau hikmah yang baik satu hari nanti.

Sumber Berita: mStar Online

 

4 responses to Kaka Azraff Tidak Mahu Terlalu Dedahkan Kisah Peribadi

  1. Nak tau says:

    Dgr kata kaka ni dah start belakon, betol ke? Klau betol bole ke die belakon?? Tgk insta ramona zamzam ngan fathia latif upload gmbar dowang shooting skali??

    0

    0
  2. lili says:

    nape xde org komen?bese ramai

    0

    0
  3. melati says:

    Aper yg nk didedah kan , kalau dia dedah kan body pun org tk kenal…sian dia ni…

    0

    0
  4. lia says:

    Pelik muka Ella..

    0

    0