Written by Bella | May 9th, 2016

Baru-baru ini kami ada menyiarkan artikel dimana Kaka Azraff kelihatan mesra bersama seorang jejaka ketika Kaka bercuti di Eropah baru-baru ini. Foto itu mula tersebar di Internet dan ramai yang mendakwa jejaka berkenaan sebenarnya kekasih baharu Kaka.

Tidak mahu peminat salah faham dan mencetuskan spekulasi, Kaka menerusi portal BH ONLINE memberitahu jejaka tersebut adalah teman rapatnya dan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Kami sudah lama bersahabat, sejak dulu lagi. Jadi rasa geli hati pula apabila timbul gosip sebegitu. Mungkin kerana kami bergambar rapat hingga ada yang membuat andaian sebegitu.

Saya ke luar negara atas urusan kerja bersama rakan kongsi, terjumpa pula dengan dia di sana. Kalau benar bercinta pastinya saya berkongsi kepada umum mengenai hal itu. Apa yang dapat saya katakan, buat masa ini, fokus diberikan sepenuhnya kepada kerjaya. Urusan cinta dan sebagainya belum terlintas lagi.

Kaka berjanji jika beliau sedang dilamun cinta nanti, pasti beliau akan memberitahu perkara tersebut kepada orang ramai. Namun, Kaka masih belum terfikir soal cinta buat masa ini.

Gambar boleh memberikan seribu satu tafsiran, bak kata Kaka mungkin cara mereka bergambar terlalu rapat membuatkan ramai yang menyangka mereka sedang bercinta.

Sumber Berita : BH ONLINE

8 responses to Kaka Azraff Nafi Sedang Hangat Bercinta

  1. Tentera Barisan says:

    Sempenan kemenangan besar yang amat amat besar di Sarawak.

    Dengan ini sudah pasti rokyat semua sukakan perubahan yang BN lakukan sekarang.
    Jadi semua tol, harga minyak, GST dan cukai2 yang lain akan dinaikkan lagi..

    Tahiniah semua..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Zaman aku dulu sape yg bole dpegang2 mcm ni tnpa ikatan yg sah org pggil bohsia..

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul anon 7.51 am, aku pun ada best fren lelaki tapi xpernah nak peluk2 gini, peluk atau mesra utk suami saja, ntah org skrg, kalau rapat mmg blh buat cam laki bini ker?

      0

      0
  3. Al Walid says:

    Kaka suara memang best… rupa pun memang lawa… Tapi sayang, suara best dan rupa menawan tu tak di seimbangkan dengan sikap.. Teguran ikhlas dari saya untuk saling mengingkatkan sesama kita, bukan nak downkan kaka tapi dahlah tak menutup aurat, membiarkan diri di sentuh apa lagi di peluk oleh lelaki yang bukan muhrim. Hem… harap tuhan membuka pintu hidayahmu kaka..

    0

    0
  4. bodopiang says:

    baru kawan.. dah boleh peluk2 mcm tu.. belem jadi bf .. belum jadi tunang.. kalau kawen.. apa yg tinggal,,../???

    0

    0
  5. tarabas says:

    da kena peluk dgn abg sado perut pun masih x hangat…

    0

    0
  6. Sam says:

    Alamak aihhh…dah berpeluk bagai still bukan boyfriend keeee. Habis tu apa lagi laki tu perlu buat untuk dapat title bf???? Ish ish ish.

    0

    0