Kaka Azraff Nafi Bercinta Dengan Awi Rafael

Hiburan

Kaka Azraff Nafi Bercinta Dengan Awi Rafael

Sering keluar bersama dan kelihatan agak mesra, timbul gosip mengatakan penyanyi Kaka Azraff sedang hangat bercinta dengan Awi Rafael. Malah, peminat mereka sungguh gembira dengan khabar angin berkenaan sehingga mewujudkan hashtag #kakaWi di Instagram.

Advertisement

Enggan peminat terus salah faham, Kaka menerusi portal mStar Online menjelaskan hubungan beliau dan Awi hanya sekadar teman biasa.  Keakraban mereka itu disalah erti disebabkan penglibatan mereka berdua sebagai pasangan duet dalam program terbaru  Duo Star terbitan Astro.

Hubungan di antara kami tidak melibatkan soal hati dan perasaan dan apa yang diperkatakan sebelum ini tentang kami hanyalah salah faham.Apabila berkaitan dengan kerja saya seorang profesional dan tidak pandai mencampur-adukkan dengan perihal peribadi. Tiada putik-putik cinta dan hubungan kami hanyalah sekadar rakan biasa sahaja.

Walaubagaimanapun, Kaka akui beliau selesa berkawan dengan Awi kerana mereka sekepala dan mempunyai persamaan dalam banyak hal.

Awi pelawa saya menjadi pasangan duetnya dalam Duo Star dan selepas mengenalinya secara dekat saya dapati kami mempunyai keserasian yang cukup baik. Malah kami membawa objektif dan misi sama dalam pertandingan ini iaitu ingin mengekspresi sisi lain kami sebagai penghibur. Saya selesa berkawan dengannya dan berharap peminat juga akan menyukai gandingan kami itu.

Duo Star bakal bersiaran bermula 25 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...