Written by Bella | March 25th, 2015

Minggu lepas, ramai yang memuji kemeriahan majlis malam berinai pelakon Sharifah Sakinah yang disertai oleh rakan artis ternama. Namun, Kaka Azraff yang sebelum ini menyertai rombongan Bridal Shower ke Bali tidak kelihatan pada majlis pada hari Sabtu yang lalu.

Kelibat Kaka yang tidak kelihatan pada majlis berinai telah menimbulkan tanda tanya dan ada yang mendakwa beliau telah diboikot oleh rakan artis kerana menjadi punca keretakan hubungan pelakon Tasha Shila dan kekasihnya Han Chen Wong.

Walaubagaimanapun, Kaka menjelaskan beliau tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana terikat dengan jadual yang padat dan bukanlah diboikot seperti yang digosipkan.

Pada masa itu saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dunia Generasi Baru menyebabkan saya tidak dapat hadir pada majlis itu. Cuma saya tak maklumkan pada Sakinah tak dapat hadir pada majlis itu.

Sebenarnya, Kaka tidak begitu rapat dengan Sharifah Sakinah dan rakan artis yang lain dan menghadiri majlis Bridal Shower sebelum ini kerana memenuhi undangan daripada pihak penaja.

Lagipun mereka (Sakinah dan kelompok artis) bukanlah kawan rapat saya seperti yang disangkakan walaupun saya turut hadir pada majlis Bridal Shower itu. Saya hanya memenuhi undangan penaja acara itu. Kawan baik saya dalam dunia seni hanyalah Juliana Evans.

Berbicara soal beliau adalah perosak hubungan Tasha Shila dan kekasihnya, Kaka enggan memberikan sebarang komen lanjut dan menganggap perkara itu adalah remeh.

Tidak ada di majlis tertentu, bukan bermakna Kaka Azraff diboikot bukan? Biasalah artis, jadual selalu penuh. Tapi jika benar beliau tidak mempunyai teman rapat, apa salahnya cuba untuk bergaul dengan Sharifah Sakinah dan rakan-rakan yang lain kan?

Sumber Berita: Berita Harian

15 responses to Kaka Azraff Diboikot Rakan Artis Kerana Hancurkan Hubungan Cinta Tasha Shila?

  1. tasha sheila majid says:

    bridal shower aritu kata dihadiri oleh kwn2 rapat/baik sharifah sakinah..

    ni ko kata skdar memenuhi undangan..
    kesian ko dik..
    ayat pujuk hati yer~

    0

    0
    • amoi says:

      sekali juliana evans ckp “saya bukan kawan baik Kaka Azraff” haaaaa…mengelupur nak tutup muka..hahahahaha…

      ala, x rugi pun ko x berkwn dgn org2 gitu…baik cari org2 yg leh bwk kebaikan..kan lebih bagus…ni kwn2 pun tergedik sana sini…tonjol dada sana sini…buat hape jadikan kawan…

      tapi kan, kalau xde angin, pokok boleh bergoyang x??? jeng jeng jeng…retis2 malaysia ni nafi nafi nafi..sekali kantoi, sendiri mau ingat laaaaa…

      0

      0
  2. hang tuah,lekir,kasturi says:

    abg nara x best la cite mcm ni,nape x update pasal anugerah DFKL haritu….ayda jebat bajet hot menang mlm tu pasu kalah di tgn amyra rosli….sedih katenyer

    0

    0
    • rora says:

      haaaa . yg tu best ! pastu si ayda pon sibuk nk beri ucapan ! kahkahkah !! kalau dh gedik , gedik jugak !

      0

      0
  3. Anonymous says:

    ala kna boikot la tu.. huhuuu klu x awat mlm berinai sakinah x pi?? alasan ada shooting alasan lapuk.. huhuu tula pasai pa dok rebut hat org punya?? bkn hensem sgt pun.. stakat sado dlm blom tentu cuci bersih huhuuu.. heran org la ni yg dah tau hat org tula dia dok pi rebut.. heran sgguh..

    0

    0
  4. Joyah Pok Pek says:

    Kah..kah lawak ayat dia kwn baik sya dlm industri hanya Juliana Evan..pasni gduh ngn Tasha hilang sudah nama dia..tolonglah jgnlah bg jwpan bodoh..bkn kwan baik,sekdr memenuhi jemputan penaja, kwn baik sy dlm industri si polan2..ckp jelah ada kerja sebab dh ikat kontrak lebih awal sblm mlm berinai Kinah, boleh rujuk pda syarikat sebagai bukti kalau tk percaya!!!

    0

    0
  5. Whatever says:

    kesian Tasha Shila Bf sendiri dah suka kt kaka, walaupun si kaka tak layan pastu keluar gossip mcmni nak tutup malu ke??..setakat pemain tomoi sendu tak hadap kot..hahahahahaa, kantoi main kt toilet pandai cover, itu lg laa bukan takde angin mase kan laa pokok boleh tercabut..sendu la gossip pasal Tasha & Hans ni… haritu dah putus konon belainan agama bla bla bla…tup tup tak mengaku pulak putus..Nampak tak siapa yg gebang publisiti kt situ..kekkekekeke.. come on bang nara sila buat cover story yg best sikit…

    kenapa tak Tanya Tasha shilaa betul ke si hans yg gilakan kaka and you sentap makan hati..Opsssss..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Selagi tak ada ikatan, kita bebas berkawan dengan sesiapa. Jangan letak kesalahan pada orang lain apabila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan.

    0

    0
  7. minah jambu sayang nenek says:

    padan muka kena boikot ngan kawan2 huh ! banyak2 jantan orang punyeeee jugak yg dia nkan n kasi putus ! tah apeee yg si kaka ni dh cakapkn ngan si mateair tasha si hans n mungkin kaka memberok2kan tasha ngan hans eeeeeeeee cam gini di katekn kawan rapat ke ???????????? tu la minah dh cakapkn kemarin jangan pecaya ngan kawan rapatttttttttttttttttt kalau ada mateair hensem pon jangan kasi kenal ngan kawan rapat bahayaaaaa ha cam gini la jadi nye si tasha ngan si hans n kaka penyebab nye eeeeeeeeeeeee macm sial prangai eeeeeeeeeeeee huh !! dh la muka tk cantek prangai pon burok huh !! tashaaaaa u sabar aje okkkkkk lov uuuu…..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Mcm muka indon si kaka nih..bukan indon yg jd artis, tp indon yg jd maid…

    0

    0
  9. An says:

    lol, her hairstyle is like 2ne1 Dara in their ‘Happy’ music video .

    0

    0
  10. me says:

    hairstyle mcm fka twigs gf baru robert pattinson

    0

    0
  11. Mak Limah says:

    Amboii…nak berkawan dengan org mcm Juliana Evans jer…entah2 dia pon x rapat sgt ngn ko

    0

    0