Written by Bella | June 18th, 2015

Apabila pelakon Shah Jaszle memuat naik foto beliau bersama kekasih Hanis Husna yang lengkap berpakaian seperti pengantin dengak kapsyen “finally” telah menimbulkan teka teki tentang status terkini pelakon tersebut.

Selepas itu, beberapa foto perkahwinan mereka telah tersebar di Internet  tetapi Shah masih lagi tidak mahu memberikan sebarang penjelasan berhubung perkara itu.

Terbaru menerusi akhbar Harian Metro, Shah telah tampil membuat pengakuan yang beliau sudah mendirikan rumah tangga bersama Hanis Husna pada 1 Mei lepas.

Betul, saya sudah berkahwin pada 1 Mei lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Sepatutnya kami berkahwin Disember lalu, tetapi menangguhkannya kerana arwah ayah sakit. Sekali lagi majlis ditangguhkan apabila ayah meninggal dunia pada Februari lalu. Selepas tiga bulan, barulah kami sepakat bernikah.

Jelas pelakon yang sedang hangat dengan drama Bidadari ini, beliau sama sekali tidak sengaja untuk merahsiakan perkahwinan beliau, tetapi ia atas permintaan keluarga yang mahu majlis pernikahan mereka dilakukan secara privasi.

Bukan sengaja merahsiakan hal ini, tetapi ia atas permintaan keluarga yang mahukan majlis kami berlangsung secara privasi. Tambahan pula kes mahkamah (tangkap khalwat) saya masih berjalan. Selepas nikah saya ada buat majlis makan-makan. Insya-Allah majlis di sebelah isteri juga akan ada selepas ini.

Pasangan Shah Jaszle dan Hanis Husna selamat dinikahkan tepat jam 9 pagi di Masjid Kampung Ara, Damansara de­ngan bersaksikan keluarga terdekat.

Sekarang segala teka teki dan spekulasi telah terjawab, tidak terlalu lambat untuk kami ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Shah Jaszle dan Hanis Husna. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.Sumber Berita: Harian Metro
shah jaszle

P.S: Dapatkan segera koleksi terbaru Telekung Cotton Exclusive keluaran khas GudangMY! Beserta dengan beg bagi memudahkan utk dibawa ke mana2! Telekung Cotton Exclusive mempunyai design yang menarik dan juga FREE SIZE sesuai utk semua golongan! Harga hanya RM79 free postage seluruh Malaysia! Telefon/SMS/Whatsapp ke 019-2361986 atau LIKE Facebook GudangMY.
 

19 responses to Kahwin Secara Senyap Kerana Mahukan Privasi – Shah Jaszle

  1. Lovelyvic says:

    Wife skang dah berapa bulan yek??

    0

    0
    • Anonymous says:

      x habis2 orang2 islam sendiri menghina bulan ramadan bulan mulia ni. patutnya di bulan ni kita berhenti seketika membuka aib orang, mengkutuk dan lawak bodoh yg xde hasil nye. penat je menahan lapar dan dahaga tersugkur dlm surau lepas zohor…kan? korang tahu ke zohor tu apa??? :(

      0

      0
      • xx says:

        bukan “berhenti seketika” bila-bila pun bulan puasa ke bulan apa ke memang takboleh bukak aib ke kutuk ke apa . ok? :)

        0

        0
  2. bubur lambok says:

    malas nk kutuk2 bulan Ramadhan ni.
    Tahniah ya… Biasalah retis… Time becinta kecoh sedunia time kawin senyap je…

    Semoga berbahagia & jangan nakal2 lagi nooooo

    0

    0
  3. melati says:

    Bagus lah tk yah nk Show off , cam Artis2 sebelom ni…

    0

    0
  4. cik mek molek says:

    Kenapa gmbr masa nikah ,gmbr ppuan tu pelik je …..bju besar ke.mmg gemuk ke cmne?
    ok ramadhan. Xnak ckp jahat *insaf. haha

    0

    0
    • Anonymous says:

      Agaknya lah mengandung mungkin….kalau tidak manalah si Jazzel ni mau kahwin secepat itu…

      0

      0
  5. aku says:

    ADE AKU KESAHHHH

    0

    0
  6. yeah says:

    takpe lah….janji dah selamat nikah…itu yg penting…

    0

    0
  7. tahppetah says:

    dah mcm rupe benji lak mamat jakel ni..eh silap jazel…jaszel…

    0

    0
  8. mulut celupar says:

    wife shah ni mengandung ke? cam besar je baju tu. bukan mengumpat, ambil berat..

    0

    0
  9. abang yang tak bangang says:

    nasib diorang tak jemput aku. kalau tak aku g salam ucap “tahniah baby bump”. netizen sume tak sabar baby kau keluar jakel, dh siap calculator ni nak tulung kira kot2 terlebih bulan.

    0

    0
  10. MERAH JINGGA says:

    seiras Aida Jebat ..

    0

    0
  11. Kak Sally says:

    Sempat lagi korang komen yek bulan puasa ni…buka puasa kang masak apa? Biarlah…orang dah nikah. Kita doakan yang baik-baik ajelah.

    0

    0
  12. anon says:

    Alah….kalau nak privasi wat ape di upload gambar, nak publisiti lah tu.Yelah sb dah lama takde berita psl dia kan…… Kenapa pengomen2 kat sini takut sngt nak komen? Bulan puasa je ke kena buat baik. Bulan2 lain wat hati busuk…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Baju pinjam ker? Baju silap ukur ker? Baju ikut perut ker? Cam pelik jer baju dia pengantin ppuan tuuu….cam tergesa gesa cari baju jer…..huhuhuhu…artis yg dh tak laku….aku mmg tk minat dgn mamat ni sejak mula.dia berlakon lgi…skrg lgi le tk minat…buruk bebenor mukanya dh skrg…..

    0

    0
  14. ubi says:

    baby tu xbersalah..yg berdosa mak bapak dia yg berzina..apapun dorang dah kawen..kita doakan yg baik2 je utk dorg..

    dosa berzina amalan kita tidak diterima selama 40tahun..tu baru sekali berzina, kalau banyak kali?? hanya dgn izin ALLAH shj lah yg dpt memberi keampunan dosa zina iaitu dgn taubat nasuha..

    0

    0
  15. Joyah says:

    Ya Allah, peliharalah hati kami dari syak wasangka, umpat keji, fitnah dan bersihkan jiwa kami dibulan yg penuh barakah ini. Amin

    0

    0