Written by AbangNara | March 10th, 2012

Tajuk di atas memang agak lain daripada yang selalu Abang Nara tulis. Ini semua kerana artikel yang telah ditulis menerusi ruangan Soseh Soseh. Pada mulanya SS menulis apabila mendapat info daripada si pengacara tersebut, namun baru-baru ini tuan puan syarikat sudah pun membuat kenyataan balas. Berikut adalah tulisan SS yang pertama yang bertajuk kahwin meriah, hutang tak bayar:-

MALAS rasanya SS nak mendengar kisah seorang artis yang hebat dengan empayar perniagaannya ini kerana sudah banyak kali SS mendengar orang menyampaikan kisah ‘liat’ bayar hutang mereka.

Dulu hanya kisah gaji pekerja yang tidak dibayar dan sistem bayar separuh-separuh saja, kali ini SS dengar sampai ke seorang pelakon popular pula tidak dibayar selepas siap membuat kerjanya.

Kisahnya seorang pelakon comel ini khabarnya menjadi pengacara untuk sebuah program televisyen terbitan syarikat artis tadi.

Sampai nak pengsan dengarnya si pelakon cantik tadi menyiapkan semua kerjanya mengikut kontrak. Bukan saja menjadi pengacara, malah si pelakon tadi siap membuat kajian dan penyelidikan sendiri sebelum mengendalikan program televisyen tadi.

Tapi apabila sudah siap dan program itu ditayangkan, sampai ke sudah bayarannya tidak diterima. Macam-macam alasan yang diberikan oleh artis tadi yang juga seorang penyanyi dan pelakon.

Padahal yang kelakarnya, si artis yang susah nak membayar hutang tadi baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan gilang-gemilang. Bukan main lagi meriahnya majlis itu.

Tapi nak bayar duit orang yang sudah bekerja alasannya tiada duit lagi.

Kononnya dana yang sepatutnya diperuntukkan untuk program itu masih belum masuk. Sampai ke hari ini dengarnya si pelakon jelita tadi tidak dapat duit kerjanya.

SS pun terkejut kerana berani sungguh si artis yang memang terkenal dengan perniagaannya itu tidak membayar duit artis lain sedangkan dia tahu yang cerita sebegini dengan cepat boleh diketahui orang lain.

Tapi memang SS pun susah nak cakap apabila menyentuh mengenai artis ini kerana sejak dulu memang sudah macam-macam cerita yang disampaikan. Bergaya dengan kereta mewah dengan deretan filem yang bukan main kutipan tiketnya, tapi masih kekal dengan sikap yang ‘liat’ nak bayar duit dan gemar sekali meminta harga murah.

SS harap si pelakon yang sudah pun menjalankan kerjanya itu tidak berdiam diri.

Pergi minta duit sendiri atau ugut saja untuk memberitahu kepada pihak media.

Biar takut sikit si artis tadi dengan adik-beradiknya yang kedekut dan berkira.

Kalau betul hebat berniaga, mustahil tidak tahu etika orang menjalankan sesebuah perniagaan.

Dan ini adalah tulisan SS yang kedua selepas mendapat informasi daripada big boss syarikat tersebut dengan tajuk usah jadi kacang lupakan kulit:-

GARA-GARA tersiar coretan SS kelmarin mengenai seorang artis cantik yang tidak puas hati dengan sebuah syarikat tempat dia bekerja dulu berhubung soal bayaran tugas menjadi hos, SS terus mendapat maklum balas daripada pihak satu lagi.

Cerita dalaman SS dengar itu datang daripada staf bekerja di syarikat produksi berkenaan. Apa yang SS dengar, lain pula versinya berbanding dengan apa artis itu cakap.

Bagi SS, tak perlulah SS ulas panjang lebar apa berlaku tapi tindakan artis itu memang mengaibkan bekas bosnya yang SS ibaratkan macam kacang lupakan kulit.

Difahamkan, apabila pemilik syarikat produksi itu dengar gosip mengenai kononnya artis itu tidak dapat bayaran lebih kurang sebulan lalu, dia sendiri cuba hubungi artis itu untuk mendapatkan pengesahan. Namun peliknya, telefon artis itu sendiri tidak berjawab dan SMS pun tak berbalas.

Sumber itu beritahu SS, mengikut kontrak, semua bayaran sudah dibayar jadi bos itu pun tidak faham apa kes pula dikatakan dia tidak dapat bayaran?

Rupa-rupanya, artis itu ada buat permintaan dengan produser rancangan itu untuk naikkan harga tugas jadi hos bagi beberapa episod terakhirnya.

Produser itu pula tidak maklumkan kepada pemilik syarikat produksi itu mengenai permintaan bayaran dikeluarkan dan hanya berpandukan kontrak asal semata-mata.

Yang dikesali, apabila artis itu dulu ada masalah sampai kena halau dari hotel daripada satu majlis, bos syarikat itu yang sungguh-sungguh membantu menyelamatkan maruah dan membersihkan namanya dengan pihak media.

SS difahamkan lagi, syarikat produksi itu sebenarnya ada hak untuk kenakan komisen untuk kerja lakonan sepanjang kontrak setahun dia bersama syarikat itu tapi mereka tidak pernah ‘ambik pot’ atau tidak pernah mengam?bil sebarang komisen pun sebab fikirkan setakat komisyen RM seribu, dua, apalah sangat.

Biarlah artis cari duit sebab dia pun nak cari makan.

Soalnya di sini, artis itu sendiri kenalah faham soal kontrak yang sudah ditandatangani dan tidak seharusnya memperbesarkan perkara ini kepada media.

SS sedar syarikat itu bukan calang-calang dan menggajikan lebih 100 staf dan 1,000 pekerja bebas (freelance) setiap tahun. Jumlah peruntukan gaji dan elaun pekerja mereka khabarnya mencecah lebih RM8 juta setahun jadi kalau artis profesional, dia boleh jumpa bekas bosnya itu dan berbincang elok-elok. Malah silap haribulan, lebih pula jumlah yang dia dapat daripada jumlah yang dia dakwa masih tertunggak itu.

SS bukan apa, dalam industri ini kita saling memerlukan. Jangan sampai hati orang terguris sebab di masa depan, kita tidak tahu apa akan terjadi. Kalau artis cantik itu tahu mengingat budi, mungkin dia akan ditawarkan berlakon atau menjadi hos lagi dengan syarikat itu. Jangan sampai orang tutup pintu hati. Fikirkanlah sendiri.

Agak panjang entri kali ini namun Abang Nara rasa anda semua tahu siapa yang dimaksudkan. Senang sangat klunya. Hanya 1 sahaja majlis perkahwinan yang gilang gemilang telah diadakan baru-baru ini. Namun Abang Nara tak berani nak sebut nama. Kang tak pasal-pasal kena saman. Tapi agak pelik sebab satu pihak claim tak dapat bayaran dan satu pihak lagi kata dah bayar. Siapa salah siapa benar ?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

95 responses to Kahwin Meriah, Hutang Tak Bayar Dan Usah Jadi Kacang Lupakan Kulit

  1. sengal... says:

    jeng jeng jeng….siapakah dia?…..

    0

    0
    • sang says:

      siapa artis yang kono ss kata comel tuh?

      0

      0
    • Mizz says:

      yang pihak syarikat tu macam boleh teka la.. tapi yang si retis tu sape erk? blurr la.. sesape tau, ce bagi kite klu je.. (xyah cakap nama, kang kena saman lak kang.. :D)

      0

      0
    • makcik k-pop says:

      aku kan… paling myampah jenih cerita mcmni… nk menulis/ nk bgtau org tapi sorokkan nama… buat kita pembaca ni tertanya2… aku klu cerita mcmni mmg aku tak tau dan takleh teka… ko ckp je la sapa kan senang…

      0

      0
    • kejora says:

      ni msti artis ni syok dgn boss dia…. ks frust le ni… jeles x dpt kwen dia burukkan bos dia….

      0

      0
      • huhu..kan? tak pun saje nak hangatkan nama yg dah ala2 suam sbb filem re-make dia tu tak laku. si artis ni mmg bajet faymes sgt punn selama ni. nama mmg org kenal tp bkn sbb bakat, sbb kontroversi2 mcm ni la. hmm. kalau mcmni la, mmg tak ke mana la wei.

        0

        0
    • miss ann says:

      SS ni mest jeles sbb tak dapt kawin dgn yusri kannnnn sbb tu hangin je ayt dia. Stoopid.!

      0

      0
      • ??? says:

        lalang sungguh ss ni.patutnye, dapatkan cter sahih dulu dari k2 belah pihak, then baru publish. ni x, hari ni sokong a. esok, dgr cter b, sokong b plak.. hmm.. sial sungguh (SS)

        0

        0
      • watever says:

        Sokong ???..ss pttnye dgr cter dua2 pihak br tulis cter..ni cam lalang..ade gak manusia camni.

        0

        0
    • apa pun tk leh says:

      sebenonye dia dengki sbb tk dapat kawin ngan si pengantin lelaki kot.. manusia ni mmg suka mengaibkan org kan..??

      0

      0
  2. Dr. Fazeley says:

    Hmm… Yusri???? Jeng jeng jeng…

    0

    0
  3. syafrieza says:

    mungkinkah yang sedang berhoneymoon kat europe tu???????????

    0

    0
  4. nurelle says:

    ermm…gossip2 dari si SS ni…baca boleh..percaya jgn..sbab yg betul nya.. 0.0000003% je…huhukhuk

    0

    0
  5. syafrieza says:

    mungkinkah yang sedang berhoneymoon kat europe tu?????????????????

    0

    0
  6. Perlu kew says:

    Sapa ya artis tu….erm….

    0

    0
  7. john carter says:

    fuck,..ak bru nk try komen first..sebok la ko org

    0

    0
  8. kiki says:

    first!!

    0

    0
  9. oitt says:

    yg menulis tu pun lalang…semak sungguh…sendiri bikin dua2 pihak panas…memula pro A pas tu pro B..apa raa…

    0

    0
    • Norma Jean says:

      Aku pun fikir benda yg sama. First article tu, bukan main lagi meluat dgn pihak produksi tu la, dah byk kali dgr story tak best la, bukan main lagi dikutuknya, siap cakap kedekut la, apa la.

      Tetiba second article cakap artis tu plak salah la, itu la, ini la. LALANG!

      0

      0
    • ohni says:

      ala, wartawan nak cari rezeki yang tak tahu halal atau tak caranya. nak kipas mengipas lettewww! nyampah! ibarat siapa berak emas, dia akan diburu.Jarang aku tengok wartawan malaysia yang tegas pendirian, selidik dalam2, mintak pandangan semua pihak, sahihkan dulu. ni main terjah then sebarkan.

      0

      0
  10. konkrito jem says:

    hahaha…bdohnyalh artis yg bekerja bawah dia…tuuuu…dh tahu cmtu…mintalh hitam putih klu men mulut jaaa…xleh jadi bukti;p…cm xreti2 jaaa hahaha…dh 2 xreti nk bawa dri dh tahu prangai org yg xreti byar gji cmtu…

    0

    0
  11. wakaka says:

    jual lambo biru la bayar hutang..haha..

    0

    0
  12. kelakar baca sbb cerita 1 jauh sgt contra dgn cerita 2. nampak sgt yg sebok canang cerita tak tau cerita sebenar tapi still jugak nk mencanang. kalau tak sahih, tak ke jadi fitnah?? senang sgt orang boleh agak siapa dia. yusry kan???? tapi betul ke tidak dia berperangai begitu??? ke fitnah semata2? biasa lah bkn semua org gembira yg dia baru je kawin. nak ckp gilang gemilang, rasanya wedding tu jauh lebih simple drpd his first marriage. jadi ape yg nak didengki kan sgt ntah. KRU terkenal dgn sifat profesional dorg. nama dorg besar n gah. takkan la sebodoh tu nak palit taik kat nama sendiri dgn tak mbayar gaji staf?? pernah ke dgr benda buruk psl KRU? ni yg first kot so mmg nampak sgt ade unsur2 yg boleh diragui. pada yg suka sgt berblog, sila lah jgn sebok canang cite yg tak sahih. amik contoh kes wan shades hari tu dah la, nnt kena saman baru padan!

    0

    0
    • akuler says:

      pernah ke dgr benda buruk psl KRU?
      **penah…diorg penah xbyr duit KWSP pekerja smp masuk mahkamah…kes tu disiarkan kat buletin utama…

      0

      0
    • besuara says:

      Aku ni nk hadap gosip tiap2 hari xla jgk. Tp arini terlebih2 godek,tebaca la bnda ni.yg aku hangin skit sbb bca 1st post tu apsal la pnulis ni write something yg agak kasar utk dibaca? Ke anti jgk dgn syrkt tu…alih2 2nd post reti plk nk gosok2 belah syrkt tu plk..unfair glerr..if xtau crta sbnr, slidik ar dl smpai hbis bru la buat post.bongok!!

      0

      0
    • loli says:

      bukan bukan please…

      0

      0
  13. Adibah says:

    aduhai..mcm2 artis skrg ni ;(

    0

    0
    • kihkih says:

      sian ko Adibah..komen ok pn orang dislike, aku rase jln terbaik adelah tukar ko punye pic profile tu..hehe

      0

      0
      • peah says:

        kan?aku pown layan blog nie sebab si dibah nie..selalu sgt jadi mangsa hentaman org..tapi die tak pernah mengalah..SHE IS SUPERWOMAN!!

        0

        0
  14. ekin says:

    SS tue mmg bodoh! fitnah tue mmg hobi dia..x cy, bc info2 HANGIT dia yg lepas2..

    0

    0
  15. aku kesah? says:

    perhatian!!..ss and metro n de gang..bace boleh..percaya jangan..nk melariskan akhbar je dorg 2..ntah ape2..meluat aku suke tokok tambah cerita yg x wujud..contoh br2 ni ade girl yg kne bunuh kt taiping 2 yg dicampak ke kolah mandi 2..kne bunuh je okey..x kena rogol..tp dapat metro ni pandai2 ckp rogol dan bunuh..ntah ape2..propa no 1..

    0

    0
    • abu says:

      bapak aku pon penah kene fitnah ngan metro… xsebut name, tapi tau la sape.. aku simpan lg artikel tu..name reporter gile tu pon ade.. bongok x ingat…

      0

      0
  16. lili says:

    yang baru kawin yusry la..weh..kru tu,berlambak2 pekerja sume..kenapa yg sorg ni jek yg x kene byr..jgn main2 dgn KRU,org bsr dlm industry..kalau diorg liat byr gaji xde saper nk keje dgn dorg la..ini org berebut2 nk keje dgn KRU tu….SS ni TALAM DUA MUKA…jelas giler..

    0

    0
    • one of them says:

      sorry to say…KRU mmg liat nak bayar gaji… tanya laa sesaper yg penah kerja kt KRU production..mesti akan kata yg sama. Org luar jer yg nampak gah kalo pandang dr mata kasar…hakikatnyer mmg pernah pekerjanyer dpt separuh-separuh and tak bayar langsung seperti yg dinyatakan di atas. Kes KWSP tu pun pernah masuk berita kan? Tapi bab siapa pengacara tu tak tau…

      0

      0
      • aku rase la... says:

        pengacare ti neelofa klu xsilap..
        sbb korg igt x kes die penah kena halau kat otrl dulu2..time memula die masuk industri..
        kan neelofa jd pengacara utk “paparazzai” under KRU kat tonton..

        korang rase betul ke?ni aku dapat teka sbb dr ape yg SS tulis la..
        kebenaranyye…Wallahualam…
        dgr dr 2 pihak lg bagus..semuke je

        0

        0
      • Anonymous says:

        #ortl = otel..

        0

        0
  17. otomen says:

    Member aku penah kerje dgn depa tp depa elok ja bayak gaji member aku tu..

    0

    0
  18. wooot says:

    ni mesti neelofa ngan yusri ni…

    0

    0
    • arita says:

      emmm..saya rasa pun mcm 2 jg coz neelofa saja yg menjadi pengacara tetap program Papparazi di KRU TV dan juga merupakan ikon kepada KRU TV…

      0

      0
  19. bukan lisa says:

    neelofa+yusri= lisa

    0

    0
  20. jamal ibrahim says:

    sorry to say… nampak sangat si pengkritik nie bajet bagus..
    cerita pertama bukan maen kutuk produser tu, alih2 citer kedua
    kutuk artis tu pulak.. klu bagus sangap xperlu pakai ss.. pakai je nama betul.
    nampak sangat pandai buat cerita tapi penakut..puuihh..

    0

    0
    • peah says:

      kan?memang SS nie..geram lah..kenapa ada org yg boleh tulis something like that,yg totally two different stories,and got published.diorg tak review dulu ke?

      0

      0
  21. Anonymous says:

    sepanjang yg biasa nampak di mahkamah mmg berkenaan dengan hal ehwal gaji pekerja dan caruman kwsp..kalau tanya pekerja mahkamah pun muka abang sulungnya memang kerap datang mahkamah berkenaan dua tuntutan tersebut..tp akhirnya kes diselesaikan dan ditutp sebab akhirnya akan bayar…tp dalam perniagaan adatlah duit yg ada dirolling untuk perkara yang lain dahulu..bagi perkara yg boleh dikemudiankan ..akan diselesaikan kemudian..sepanjang pengetahuan, akhirnya “mereka” akan jelaskan juga tuntutan mahkamah yg dikenakan atas empayar mereka tu…

    0

    0
  22. Kura kura says:

    Rasanya artis tu neelofa and kru. Knp nelopa ni sikit sikit nk report kt media. Nk publisiti murahan ler tu. Bukan dia ker yg penah kena halau dr hotel dulu. Kalau tk silap ler

    0

    0
    • arita says:

      yup…neelofa saja yg menjadi pengacara program Papparazi di KRU TV dan juga merupakan ikon kepada KRU TV…tp adakah dia artis yg dimaksudkan diatas???? tepuk dada tanya hati….

      0

      0
    • HANYA MEMERHATI says:

      pahal pla neelofa pernah kena halau dr hotel???xtau pung.
      co citer ckit…

      0

      0
  23. ali says:

    my ex wife la tu. m**a kar**.

    0

    0
  24. momoi says:

    Nie pasal propaganza ke? Host program ni marsha n reZa. Uhmm. . Propaganza kerjasama astro n kru.

    0

    0
    • arita says:

      program 2 masih baru dan xda kena mengena dgn ” prosedur naikkan harga tugas jadi hos bagi beberapa episod terakhirnya”…so bukan marsha la…..

      0

      0
  25. dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    tk bekenan lah minah jambu pasal cerita macm ni nyampah !!!!

    0

    0
  26. aznaini says:

    aku rase bkn yusry atau kru la…cte mcm ni sape2 blh buat…kru kalo nk byr staff anytime la…

    0

    0
  27. Karawalek says:

    Memang KRU lah. Tau sangat perangai diorg. Cousin aku penah kerja ngan recording studio diorg, memang jenis liat nak bayar.

    0

    0
  28. peah says:

    SS ni memang kau masuk neraka lah….suka sgt mencanang cerita org..benci nak baca ruangan gosip dekat local paper..ntah pape tah gosip die..lagi2 dekat surat khabar melayu..surat kahbar omputih nye lagi lah..gosip dah berkurun baru nak siar..yg dekat surat khabar melayu pulak,kdg2 tak masuk akal,nak jugak tulis..angkara manusia2 durjana nie,habis hilang kredibiliti wartawan dekat malaysia..

    0

    0
  29. zaza says:

    klu dia artis tu pernah dihalau dari sebuah hotel? okay. aku dah google.memang ada banyak berita hiburan keluar pasal benda ni.ok,ni artis yg dimaksudkan
    Banyak cerita tersebar tentang kerenggangan hubungan antara dua pelakon jelita, Fazura dan Neelofa biarpun mereka kini sedang berkerjasama dalam sebuah drama bercorak ketuhanan, Tahujjud Cinta.

    Ada yang mengatakan hubungan mereka tidak berapa baik selepas Neelofa dikaitkan dengan sedang bermain cinta dengan seorang kerabat raja yang mana kerabat raja itu juga pernah dikaitkan bercinta bersama Fazura.

    Bertemu Neelofa di majlis pelancaran drama Tahajjud Cinta di Sri Pentas semalam, dia menafikan ada persengketaan antara dia dan Fazura sekarang ini.

    “Setakat ini saya tidak ada sebarang babak bersama dengannya, jadi saya rasakan tidak ada sebarang masalah antara kami.

    “Saya tidak pernah mengganggu sebarang hubungan sesiapa dan setakat ini apa yang dilaporkan itu kebanyakkannya tidak benar,”jelasnya yang menafikan pernah dihalau daripada sebuah hotel kerana dikatakan cuba mengganggu seorang kerabat baru-baru ini.

    Menerima populariti secara mendadak, Neelofa tidak menafikan namanya sering terkena tempias buruk dan sering terpalit dengan kontroversi, namun, dia tidak pernah berputus asa untuk terus berada dalam industri ini.

    “Sudah tentu saya tidak pernah gembira bila membaca macam-macam cerita mengenai perkara-perkara sebegini, dan masa awal-awal dahulu saya memang hampir berputus asa, tapi, bila fikirkan semula, saya memang tiada kuasa untuk menghalang semua ini berlaku.

    “Tawaran lakonan semakin banyak datang membuatkan saya berfikir positif tentang perkara ini, kini saya langsung tidak pernah rasa mahu tinggalkan dunia ini dan tidak mahu ambil kisah jika ada sesiapa yang dengkikan kerjaya sekarang,”jelas Neelofa tegas.

    0

    0
    • Ehem.... says:

      Aku tau Neelofa tu mmg ada kn mengena ngan kekasih kaya Fazura tu lps puas ngan Fazura dia beralih kat Neelofa plak kwn aku keje kat hotel 5 bintang kat bkt bintang selalu nmpk neelofa ngan org kenamaan tu (tkt nk ckp sape kang kn saman lak)public figure cam dia apa dia bt mmg le org akn perhatikn bajet baik je…

      0

      0
  30. wawa says:

    nak maampus dah agaknye ss ni………lain kali..siasat dl..benda tu btl ke x..ni main hentam jek..aku nak knl sgt ss ni..muka mcm ner,,,,,,,mcm iblis agaknye……………….lain kl pakai otok,bkn pakai lutut..

    0

    0
  31. normy says:

    nape la lepas kahwin si artis pompuan ni nak bkk cite plk…sebelum kahwin senyap je…mesti sbb kecewa kan

    0

    0
  32. Anonymous says:

    pandai SS..artikel yg petama dia hentam kompeni tu liat byar la siap suh pngacara tu buat repoart kt adik bradik tu kononnya kompeni tu dh lama dgr byk msalah..artikel yg kedua dia spin plk..blh plk backin upnyer pgacara tu yg prblem..yg bes ayat nie “SS sedar syarikat itu bukan calang-calang dan menggajikan lebih 100 staf dan 1,000 pekerja bebas (freelance) setiap tahun. Jumlah peruntukan gaji dan elaun pekerja mereka khabarnya mencecah lebih RM8 juta setahun jadi kalau artis profesional, dia boleh jumpa bekas bosnya itu dan berbincang elok-elok. Malah silap haribulan, lebih pula jumlah yang dia dapat daripada jumlah yang dia dakwa masih tertunggak itu.”..huhu puji plk..bangang nyer SS…takut kene saman jugak upanayer ye..len kali jgn jadi batu api nk melaga2kan org yek wartawan semua

    0

    0
  33. yanky doodle says:

    bukan neelofa rasanya cause dia cakap pelakon yg juga penyanyi..neelofa pernah jd penyanyi ke??

    0

    0
    • I love fasha sandha says:

      Ko ni xbace bebetol ke kt artikel tu? Dah bute ke? Yg dimaksudkan penyanyi n pelakon tu tuan punya syarikat. Yg artis kononnya xdibyr gaji tu hnya pelakon dan pengacara program utk tuan punya syarikat. Hadoy

      0

      0
  34. […] Tajuk di atas memang agak lain daripada yang selalu Abang Nara tulis. Ini semua kerana artikel yang telah ditulis menerusi ruangan Soseh Soseh. Pada mulanya SS menulis apabila mendapat info daripada si pengacara tersebut, namun baru-baru ini tuan puan syarikat … Continue reading → […]

    0

    0
  35. Ada jugak yg macam ni..tak tau nak kata apa lerr..:D

    0

    0
  36. SAYA says:

    gatalnya kepala aku..ade kutu ke ehh?

    0

    0
  37. pasha sendat says:

    Rancangan: 24-7.. Pengacara: Neelofa.. Produksi: KRU

    0

    0
  38. Anonymous says:

    ss ni ntah ape2. mase taw cerita dr belah sini, buruk kan yg belah sana lebih-lebih, lepastu dpt tahu dr belah sana, cakap yang dekat sini pulak. apa ni? lalang gila!

    0

    0
  39. lantakpilah says:

    gosip nak menjahanamkan orang… bagus2. dpt dosa kering. panggg!!!

    0

    0
  40. hazel says:

    hurmm semua ni nk buat kontroversi murahan la ni…job dh xde….
    huhuhuhhuu

    0

    0
  41. ahkak gile glam says:

    kalau betul la Yusry KRU, alangkah malunya. kawin meriah bagai, honeymoon oversea, keta lamborghini tp liat nk byr?? Apakah???

    0

    0
  42. sapa salah says:

    yang sebarkan gosip yang salah

    0

    0
  43. agaknya says:

    2 tahun lepas ada kuar kat berita pasal syarikat KRU tak bayar EPF pekerja. kena denda rasanya. tapi rasanya dah settle kut. tu dulu la. company tempat aku kerja pun camtu, liat tak bayar epf pekerja. kena blacklist ngan epf. apapun harap pihak bertanggunjawab tu bayar le. jgn la aniaya pekerja. pekerja kat Malaysia ni selalu tak banyak songel, kekadang sampai 3 bulan tak bayar masih diam lagi. fikirkan periuk nasi org cari rezeki. n untuk wartawan, kalau bagi berita atau gossip tak betul, camner eh gaji nkorang. halal tak.. fikirkan, termasuk aku sendiri.

    0

    0
  44. wawa says:

    semua yg dicakapkan di atas tu adalah BENARR…

    0

    0
  45. SS says:

    senang jer yang paling buruk tulisan adalah si SS sendiri. siap kutuk bagai ujung ayat, lepas tue dah dapat info dari pihak satu lagi takde mintak maap ape terus jer tulis macam dia sokong pihak satu lagi. Ntah pape lah kau Soseh Soseh.

    0

    0
  46. Adoi says:

    Yg tengah honeymoon tu cam soyal.sebelum kahwin tak kira bini orang pun ko nak…publish tak kisah janda la..kekasih 21thn la…sial la lu

    0

    0
  47. adoi says:

    cuba nara tanya si yusry tu..2009 kekasih 21 thn tu bini orang

    0

    0
  48. adoi says:

    penipu besar punya yusry kru.gadis singapura konon.org jb la wei.bini aku.ko siap paksa dia mtk cerai.jahanam la lu

    0

    0
  49. adoi says:

    bila celebrity berlaku sumbang dilihat mulia dan mansa di kata psiko

    0

    0