Kahwin Lari Tanpa Restu Keluarga, Fazurina Guris Hati Keluarga

Hiburan

Kahwin Lari Tanpa Restu Keluarga, Fazurina Guris Hati Keluarga

Ibu bapa mana yang mahukan si anak berkahwin tanpa pengetahuan mereka. Jadi apabila berita perkahwinan pelakon drama Trilogi Cinta Siti Fazurina, 30 tahun tersebar, habis terkejut seisi keluarga terutama ibu kepada si pelakon ini.

fazurina kahwin lari

Advertisement

Perkahwinan yang telah berlangsung Khamis lepas di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang menggunakan wali bapa saudaranya yang turut diminta merahsiakan pernikahan tersebut. Menurut Harian Metro, Fazurina telah mengenali suaminya 2 tahun yang lepas tetapi tidak mendapat restu keluarga dalam perhubungan mereka. Salah seorang ahli keluarga Fazurina berkata kepada Mstar Online:-

Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita. Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya. Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu. Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki.

fazurina kahwin lari

Sukar untuk memberikan pendapat kerana kita tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi sehingga Fazurina mengambil keputusan untuk berkahwinan tanpa memohon restu daripada ibu bapanya. Apa pun Fazurina sudah pun selamat bergelar isteri kepada seseorang. Mungkin selepas ini mereka berdua dapat bertemu dengan keluarga Fazurina untuk membaiki apa yang patut.

P.S: Pakai high heel dan tergolek dok di subway station.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...