Written by AbangNara | September 7th, 2017

Bakal mengikat tali pertunangan dengan Elfira Loy pada 6 Oktober ini, Sufian Suhaimi mengakui sudah mula berasa tertekan dengan komen dari netizen yang mempersoalkan hubungannya dengan pelakon itu.  Ada pihak yang kurang senang dengan keputusan Sufian Suhaimi untuk berkahwin dengan Elfira Loy pada usia muda, sekaligus membunuh kariernya yang baru ingin memuncak. Untuk makluman, Sufian berusia 25 tahun sementara Elfira Loy pula berusia 23 tahun.

elfira loy

Sebenarnya, mereka yang berpendapat sebegitu semuanya cemburu kerana Sufian Suhaimi berjaya mengorat Elfira Loy. Biasalah dalam hubungan percintaan, memang akan ada pihak yang dengki. Nanti lepas bertunang lagi banyak cabaran dan dugaan. Lepas kahwin lagilah macam-macam yang akan mendatang. Selaku seorang lelaki, Sufian kena bersikap matang, tenang dan rasional. Pedulikan kata-kata orang luar. Kata Sufian:-

Saya tak rasa itu sebagai ujian bertunang tetapi ujian untuk buat benda baik. Kadang-kadang tertekan juga dengan komen netizen tetapi tidak apalah, tak semua manusia itu sempurna jadi kami tidak mahu ambil pusing akan hal itu. Mujur keluarga dan rakan-rakan menyokong keputusan saya untuk berkahwin awal dan mendoakan yang baik-baik untuk hubungan kami.

Bukannya pelik berkahwin awal dan ramai sebenarnya menamatkan zaman bujang pada usia muda.Keputusan itu juga tidak akan membunuh karier nyanyian saya kerana itu semua rezeki daripada Tuhan. Sebagai anak seni saya akan terus berkarya kerana muzik itu misteri, kalau lagu yang dihasilkan bagus tentu orang suka

elfira loy

Bab rezeki itu memang Abang Nara bersetuju dengan Sufian. Kahwin bukan menutup pintu rezeki, malah akan membukanya lagi. Insya Allah nanti lepas kahwin rezeki akan mencurah-curah tiba. Lepas tue bila dapat anak, lagilah banyak rezeki. Itu semua dah dijanjikan olehNya. Yang penting kita kena terus berusaha keras. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

23 responses to Kadang-Kadang Tertekan Juga Dengan Komen Netizen – Sufian Suhaimi

  1. ANON says:

    Semoga hubungan kekal bahagia hingga ke Jannah! =)

    5

    1
  2. anon says:

    kau fikir ko nya tetekan je
    kau tak fikir pulak tekanan kitaorg
    belum bertunang ….dah nak kecoh ..
    kalau tak nak netizen komen
    ko dedua ekor tak yah semak2 nak share hal ” persiapan pertunangan ” tak habis2

    28

    0
  3. nabilcapang says:

    tak tawu knp tak minat tgk pian ni..mcm xde aura gitu..yg el ni plk bkn lawa sgt pn..tp act mcm lawa sgt..

    36

    0
  4. melati says:

    Semuga kekal abadi…janji jgn jd Penipu mcm ALF 2 13 hari kutipan 13 juta…wakakaakakakakaaka..nanti jadi bahan lawak ….!!

    2

    0
  5. piangatai says:

    ok…jangan wechat2 lagi tawww

    5

    0
  6. shopia lorren says:

    Buat derkk je lh ngan warganet nie…
    Tu lh bayaran lau nk jadi public figure…jgn byk songeh…
    Tutup telinga celik mata dan hati dah le…
    Sekian.

    1

    1
  7. Anonymous says:

    kenapa la hati masih menidakkan untuk mempercayai dorang berdua ni couple dan nak kawin..tetap tak sangka el memilih dia
    jodoh itu rahsia tuhan…

    4

    0
  8. Anonymous says:

    “…..semuanya cemburu kerana Sufian Suhaimi berjaya mengorat Elfira Loy.” – Nara

    Kemon nara, takat elfira tu, takde sape heran la. Netizen menyampah belum bertunang, dah kecoh sekampung, itu yg sebenarnya :D

    19

    0
  9. ada aku kesah says:

    tak salah diknon korang nak kawin awal ke apa pun tapi tak perlu la sampai semuaaaaa benda nak dikecohkan. belum apa2 lagi pun dah kecoh. esok2 hal dalam kelambu pun dikecohnya. belajar tengok pengalaman orang lain. yang baik ikut. nak kawin awal tak salah asalkan pembawakan diri tu biar betul. takat tunang2 baru dah nak kecoh macam apa. hakak tak jeles diknon. biar humble sikit plis panjang lagi jalan korang ni aduhmak

    7

    0
  10. namasayaloyah says:

    alahiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitengok berapa tahun boleh tahannnnn… 2 years panjat tangga mahkamah syariah!!! bakal laki loyah ni propa lebihhhhhhhhhhhhhhhhh mahu tak poya..tiba tiba kahwin ngan artis yang ada 2 caterpillar mengantikan kening kahahhahhahhahhhahhahha aku gelak sampai nak terkencing

    2

    2
  11. Anonymous says:

    Blog abg nara ni dh membosankan. Sehari dlm 2 3 entri aja

    6

    0
  12. Anonymous says:

    Sorang nerd.. sorang katik.. sepadanlah tu.

    5

    0
  13. Anonymous says:

    Cute je pasangan ni. Kurangkan sikit budaya bergambar poyo acah budak sekolah menengah tu. Dah nak masuk jadi bapak org..

    2

    0
  14. Mimi says:

    Aku trtekan tgk news dorg dua ni lagi..adoi,,,plz gosip laen..bosan dgn dua ketul ni..im visiting dis blog of course la nk tahu prkmbgn dunia hburan..tp dah jadi cam juz prkembgn dorg je yg up..career ke laut..huhu..bosan baik gosip fazura nk duet international ..wlupon die x pro sgt nyanyi …its even better coz its about career.

    3

    0
  15. rynia says:

    terlalu banyak mendedahkan/overexposed hal2 peribadi menyebabkan berita tersebut menjadi jemu/jelak/boring.

    0

    0
  16. Anonymous says:

    sedap mulut komen major looser kt org bujet fashionista.

    1

    0

Leave a Comment

Optional