Written by Bella | August 6th, 2015

Kami memang hormat dengan artis yang pentingkan pelajaran meskipun mereka sudah popular dalam dunia hiburan. Iyalah, masa depan dalam dunia seni ini  tidak menjaminkan apa-apa dan selalunya tawaran tidak selalu datang bukan?

Pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dalam jurusan Komunikasi Massa ( Pengajian Median dan Perfileman) pada tahun 2012 sebelum pulang ke tanah air April lepas, Juliana Evans bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah.

Saya tidak pernah gembira dengan diri sendiri kerana banyak benda yang berlaku. Sejak sekolah, saya rasa diri tidak berkembang. Sebab itu, ambil keputusan untuk belajar ke luar negara dan mahu impian saya menjadi kenyataan. Inilah masa depan yang telah lama saya tunggu.

Saya mahu jadi pensyarah. Itulah cita-cita saya setelah mendapat sokongan ibu. Sekarang, langkahnya sedang dimulakan. Maksudnya, saya ada mendapat tawaran memberi ceramah motivasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Buat masa ini Juliana masih belum memikir dimana universiti ataupun kolej untuk beliau memulakan langkah untuk menjadi pensyarah. Juliana kini senang membuat kerja mengajar kelas lakonan secara separuh masa dan  tidak akan terus sepi daripada dunia seni sekiranya cita-cita beliau itu tercapai nanti.

Jika sudah ada pengalaman dan meminati satu bidang tersebut, kami pasti Juliana Evans akan cemerlang dalam apa yang dilakukannya. Kata orang, kita harus keluar daripada zon selesa untuk mencabar diri sendiri dan sejauh mana kemampuan kita. Beauty with brains.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

12 responses to Juliana Evans Punya Impian Untuk Bergelar Seorang Pensyarah

  1. Teddy Bear says:

    dulu study takde pun lecturer hot macam ni

    0

    0
  2. enot says:

    This is what progressive Malay should aspire to be instead of going to sekolah pondok dan belajar tafhiz. Pasal tu Melayu semakin mundur and losing competitive edge. To make matters worse, you have idiots like mufti Perak yg mengatakan bahawa orang Islam tak perlu pandai dan bertanyakan soalan. Pemusnah bangsa dan agama

    0

    0
    • tone23 says:

      cuba baca sejarah al-razi, ibn sina, al khawarizmi dan lain2. Mereka hafaz sebuah alquran sebelum menguasai Sains and look what they have contributed to the world of Science, so please open your eyes and reflect on your secular thinking.

      Thank you :)

      0

      0
  3. minah jambu nice girl says:

    kawin suda la ape nk sekolah sekolah…!

    0

    0
    • Anonymous says:

      amboiiiii..ilmu tu biar dituntut sampai bila2. kalau ilmu cukup, pergi lah mana2, tetap boleh hidup. duit tak ada, tp ilmu ada, banyak, boleh buat duit. buat diri berharga. typical mindset btl. bgslah tu dia ada usaha nak menimba ilmu wpun dah ada kerjaya sbg artis. tak mcm sesetengah artis tu, dah rs selesa berlakon, nyanyi apa semua..tak ada usaha nak lanjut pelajaran ke peringkat lbh tinggi.

      0

      0
  4. Mat kijang says:

    Respect artis mom ni. Talented & educated. Keep it up Juliana! Mcm azhar sulaiman is educated in architecture, Lisa surihani in law, plg aku suka Ramona zamzam sbb pandai ckp, tulis cina. We need more educated celebrity like these. Bkan yg blaja sekolah tak habis pastu nak glamer je..

    0

    0
  5. zaza says:

    bguslah. tp hati ko tahan ke? jasad berada dlm bilik kuliah tgh mengajar tp hati masih lg teringat kat set lakonan. dunia glamor. even seniwati mariani pon xmmpu nk tinggalkan inikan pulak ko.

    0

    0
  6. vvv says:

    mariani tak skolah tinggi….belakon je la kje dia smpai tua…

    0

    0
  7. ate komerrr says:

    biar jd artis yg ada ilmu…xde ler kuar statement yg bukan2 mcm arbaiyah…

    0

    0
  8. Mat K says:

    aku sanggup repeat subject dia tiap-tiap sem kalau ada lecturere ‘panas’ ini macam!

    0

    0