Written by Bella | December 26th, 2016

Beberapa hari lepas, sebuah portal melaporkan pelakon cantik, Juliana Evans bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan kerabat diraja Selangor, Tengku A pada tahun depan.Gosip berkenaan mula timbul apabila ada yang mengatakan Juliana sudah mula membuat persiapan perkahwinan termasuk menempah kain pasang untuk baju perkahwinannya nanti.

Difahamkan, Juliana juga enggan melangsungkan pertunangan dan terus bernikah nanti.

Walaubagaimanapun, Juliana yang terkejut mendengar khabar angin berkenaan menafikan beliau bakal mendirikan rumah tangga.

Saya terkejut apabila cerita ini keluar. Sejujurnya, saya tidak membuat sebarang persiapan perkahwinan bahkan tentang kain pasang itu juga adalah tidak benar sebab saya tidak memilih apa-apa kain untuk majlis perkahwinan.

Semua cerita tersebut tidak benar. Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita tersebut. Sudah tentu saya ingin mengikat tali pertunangan dulu dengan pasangan.

Menurut Juliana, jika beliau benar-benar ingin berkahwin, pasti beliau tidak akan mengumumkan berita gembira tersebut.

Sumber Berita : Kosmo

6 responses to Juliana Evans Nafi Bakal Berkahwin Dengan Tengku A

  1. nok gebuzzz says:

    npk mmg sesuai dan sepadan…..
    taaaapi….laki ni npk mcm playboy jer…maaf ye juliana,pandangan mata aku jer kot.

    3

    0
  2. minah jambu suka sahara yaakop says:

    mengaku aje kan senang pada sembunyi2 nafi2 jodoh dh nak datang tu terima aje kalau dh suka sama suka …kalau tk jadi tu bermakna itu bukan jodoh u..jangan asek asek nafi nafi nafi…tak jadi betol2 nanti baru tau…!

    1

    2
  3. Maya babe says:

    Kenapa muka macam zayn malik ???

    0

    0
  4. muzaku says:

    Semoga lancar aje kalau nak berkahwin nanti! :D

    0

    0
  5. kwn tengku e says:

    kwn aku kerabat jgk, harap company bapak dia jelah utk hidup. kawen dgn artis. skrg aku tgk asyik2 bercuti london paris milan.. yg perempuan pulak acah2 royalty lifestyle, asal ada event d palace mesti masuk ig dia padahal sblm dorg kawen, kwn aku ni mana tunjuk2, sbb bini je la turutkan, sbb bini mau kasi tunjuk d ig dia, laki dia kerabat dan shopping d eropah, tengku ni pun ig fb takde ye sbb low profile. aku terkejut ternmpk muka dia d ig bini dia setiap saat ada update. artis sakai kerabat ke kerabat sakai artis

    0

    0

Leave a Comment

Optional