Juliana Evans Menghitung Hari Untuk Bergelar Isteri?

Hiburan

Juliana Evans Menghitung Hari Untuk Bergelar Isteri?

Sekitar Disember tahun lalu, ada khabar angin mengatakan pelakon berdarah kacukan, Juliana Evans sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan bersama kekasihnya yang merupakan kerabat diraja Selangor – Johor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah . Mereka akan terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan.  Namun, Juliana menafikan berita tersebut.

Advertisement

Terbaru, menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, ada sumber mengatakan Juliana kini sedang menghitung hari untuk bergelar isteri. Khabarnya, majlis pernikahan beliau akan berlangsung tidak lama lagi dan ia diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak wartawan.

Seorang sumber mendakwa, Jue kini sedang menghitung hari untuk disatukan dengan buah hatinya itu. Khabarnya, majlis perkahwinan Jue akan berlangsung tidak lama lagi. Bagaimanapun, sumber enggan mendedahkan tarikhnya. Siapa tahu mungkin sebulan dua lagi.

Khabarnya, majlis pernikahan Jue dan kerabat berkenaan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman baik. Raja dengar wartawan pun tidak akan diundang kerana menghormati privasi keluarga. Yalah, kita kena faham, Jue bakal berkahwin dengan seorang kerabat jadi soal privasi tentu menjadi keutamaan.

Jika berita ini benar, kami harap segala persiapan perkahwinan Juliana dan Tengku Shariffuddin akan berjalan dengan lancar. Jangan lupa umumkan tarikh berita gembira anda dengan peminat. Benda baik haruslah dikongsi bukan?

Sumber Berita : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...