Written by AbangNara | April 22nd, 2015

Satu ketika dahulu, Juliana Evans pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak. Namun ternyata perkhabaran itu palsu semata-mata. Mereka berdua hanyalah sekadar kawan baik. Seperti yang kita semua sedia maklum, kebelakangan ini nama Zizan Razak tak lekang-lekang dihimpit dengan kontroversi. Lepas satu demi satu. Kasihan juga memikirkan nasib kurang baik Zizan. Namun itu semua adat dan lumrah menjadi seorang selebriti.

juliana evans zizan razak

Diminta memberi pendapat terhadap apa yang terjadi kepada bekas kawan rapatnya itu, Juliana Evans berkata:-

Saya tidak mahu cakap banyak tentang itu walaupun kami pernah menjadi kawan rapat suatu masa dahulu. Lebih seronok rasanya kalau saya buat hal sendiri. Lagipun, itu masalah dia, kan?

Ya, saya memang kasihan dengan apa yang berlaku terhadap Zizan. Sebagai kawan siapa yang tidak kasihan walaupun saya tidak mengikuti perkembangannya selalu. Namun, saya tidak boleh komen apa-apa. Itu masalah dia, saya tidak mahu masuk campur. Gosip itu lumrah. Yang selalu bercerita tentang masalah Zizan pun, kawan saya.

Kahwin (berita kahwin Zizan) ? Saya memang ada terbaca. Baguslah untuk dia. Perkahwinan itu satu petanda baik buat Zizan. Sekurang-kurangnya ada orang akan jaga dia. Semoga dia berjaya dalam hidup dan kerjaya.

zizan dan juliana evans

Juliana Evans dan Zizan Razak masing-masing pun sudah menempuh haluan sendiri. Memang tidak wajar untuk mengaitkan nama mereka berdua lagi. Masing-masing sedang bahagia dengan pilihan sendiri. Biarlah dari kejauhan mendoakan kebahagiaan masing-masing. Tak gitu? Sumber Utusan Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 responses to Juliana Evans Kasihan Dengan Nasib Yang Menimpa Zizan Razak

  1. mutiara says:

    ermmm

    0

    0
  2. Anonymous says:

    boring statement ni.. next…

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    komen yg positif,buat ape lagi nak keruhkan keadaan..wartawan jer yg suke lebih2

    0

    0
  4. Kiah says:

    Saya suka dengan page BN, tapi boleh tak kalau saya nak bagi idea ke arah penambahbaikan page ni =p
    Selain gosip artis, apa kata page BN share pape fakta yang menarik macam contoh ‘Page oh bulan’ buat =)
    Pape pun all the best abg nara and belle =p

    0

    0
  5. Kiah says:

    Saya suka dengan page BN, tapi boleh tak kalau saya nak bagi idea ke arah penambahbaikan page ni =p
    Selain gosip artis, apa kata page BN share pape fakta yang menarik macam contoh ‘Page oh bulan’ buat =)
    Pape pun all the best abg nara and belle =p

    0

    0
  6. Zu Mohd says:

    Jawapan cerdik dari org educated. takyah campo sgt hal org

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku pon terpikir macam ni masa baca komen juliana evans ni…..takpayah nak bagi statement poyo…

      0

      0
  7. medusa says:

    dia nak kat ko dulu sebenanye…tapi ko pegi US pulak

    0

    0