Juliana Evans Akui Sedang Rapat Dengan Kerabat Diraja

Hiburan

Juliana Evans Akui Sedang Rapat Dengan Kerabat Diraja

Semalam, foto Juliana Evans bersama seorang jejaka kacak menjadi topik hangat di Internet terutama sekali di laman forum tempatan.

Advertisement

Ramai yang yakin bahawa jejaka tersebut merupakan kekasih Juliana kerana mereka tampak cukup mesra bersama dan difahamkan jejaka berkenaan bukan calang-calang orangnya dan dari kerabat diraja Johor.

Tidak mahu terus berahsia, Juliana akhirnya mengakui  rapat dan sedang kenal hati budi jejaka berkenaan dan tidak menafikan temannya itu adalah kerabat diraja.

Ya, saya akui sedang rapat dengan pemuda itu. Kami masih dalam proses mengenali hati budi.

Buat masa ini memang ya dialah pemuda yang dekat dengan saya. Namun maaf saya belum boleh kongsi siapakah namanya. Tetapi tumpuan utama saya ialah pada kerja.

Wah, memang betul tekaan orang ramai bukan? Pandai juga Juliana cari calon kekasih yang cukup tampan. Namun, rupa bukan ukuran, yang penting mereka berdua serasi bersama dan jejaka tersebut mampu untuk membahagiakan Juliana.

Sumber Berita : Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...