Written by Bella | May 16th, 2017

Pelakon Juliana Evans akui kehidupan beliau kini sudah berbeza selepas beliau sah bergelar isteri kepada seorang kerabat diraja Johor – Selangor, Tengku Sharuffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj. Merupakan seorang wanita yang berdikari dan melakukan hampir setiap perkara seorang diri sebelum ini, Juliana akui beliau merasa kekok apabila setiap langkah beliau kini diawasi oleh pengawal peribadi.

Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa. Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang diri.

Sedang membiasakan diri juga dengan pembantu rumah di kediaman beliau, Juliana bagaimanapun mahu suaminya merasa sendiri air tangan beliau. Setakat ini, beliau sudah sempat untuk menyediakan sarapan buat suaminya.

Berbicara mengenai perkahwinan beliau pula, Juliana akui ia dirancang dalam waktu yang agak singkat.

Sebenarnya kami tidak begitu merancang dan majlis itu dilakukan dalam masa yang singkat. Saya rasa memang sudah sampai masanya untuk saya bina sebuah kehidupan baru. Saya mahu ada orang di sisi dan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Juliana memberitahu beliau masih akan aktif dalam bidang lakonan meskipun sudah berkahwin. Juliana bersyukur kerana suami dan keluarga mertua menyokong dan memahami kerjayanya dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online

30 responses to Juliana Evans Akui Kekok Pergerakan Diawasi Oleh Pengawal Peribadi

  1. lara tak lara says:

    untung la
    best nya
    bila nak bertiga pula?

    3

    6
    • Polis Bukit Aman says:

      Don’t you get it ppl?
      Org2 kaya / kerabat / socialite semua ni kalau cari bini mmg akan pilih yg sexy2.
      Cth dah ada, si juliana ni.
      Korg tgk la tgku chanela jamidah tu, ezurin khyra ke apa tah, byk gila kerabat2 yg sexy2, n most of them mmg mcm tu.
      Kalau tk sexy pun, msti jnis urban minded gila.
      Korg ngutukkkkk diorg ni manjang, at the end of the day, jnis pompuan2 sexy ni juga yg dpt rezeki byk.

      8

      0
      • mimos says:

        aku dah google tengok ezurin khyra tu perghhhhhh… dia ni mmg menyesal dilahirkan sbg melayu islam.. dia nk jd minah sallh ni… sekali tetek tu dpt breast cancer baru kau nak insap…

        0

        2
      • wawa says:

        Pernah dgr tak apa itu Istidraj? Ianya adalah rezeki,keuntungan,kemewahan dan kecantikan yg diberikan sementara sahaja di dunia. Apalah nak di jeleskan dgn bodyguard,darjat,cntik dan sexy..dlm kubur mati berulat juga. Di akhirat kekal abadi..lagi kasihan ada bila difikirkan mereka ini…doakanlah mereka2 yg beragama Islam ini mendapat hidayah..
        P/S: x perlu jdi malaikat cukuplah jadi HambaNya

        0

        0
  2. wekkkkkkk says:

    “Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa.”.

    Dah itu pilihan hidup kamu JE, kawen kerabat, …tak perlu byk kekok sanasini. Kalau x nk kekoksanasini diiringi guard,..tak perlulah kawen kerabat..
    Dah kawen baru kp…masa blum kawen ada gi tau suami tak..adakah lepas kawen…saya akan ada peg…peribadi……google lah kt suami sbelum kawen.

    10

    4
    • Lol says:

      Ramai je kerabat lain yg bergerak without bodyguards. Pilihan masing2 la. Bukannya wajib. Dan kau tu bukannya Kim Kardashian or Victoria Beckham yg paparazzi asyik nak kejar or fans yg menggila nak kejar nak bergambar!

      36

      0
  3. 23 says:

    juliana looked selekeh!!

    15

    3
  4. x says:

    belajarlah dari geng U…
    Sarimah Ibrahim..
    bak kata pepatah…
    ada dua kandang…
    lembu..
    kambing..
    bunyi berbeza..
    so suit yourself…
    ikut protocol..
    dah tak boleh..
    ikut rentak artis…
    gila2…

    12

    0
  5. lplo says:

    pglmn bila ada maid dlm rumah mmg sgt kekok.. tu bukan kerabat je rasa, rakyat biasa pn rasa.. spt ada org luar dlm rumah.. jadi kebebasan hubungan suami isteri terbatas.. nk bergaduh, berbicara manis segalanya terbatas.. tu belum lg maid yg cuba mengorat suami, belum lg bab2 mencuri.. kadang2 maid yg dtg tu baik, laki pulak gatal.. xpun bini plak garang benor

    30

    0
  6. Anonymous says:

    juliana evans kekwat sgt ats pentas smlm. dh jadi che puan lah katakan.. farid kamil bt lawak pun, mcm malas nk layan. kekwat sgt

    28

    0
    • roke says:

      dah mmg x lawak pun farid kamil wat lawak, amende la tu pun nak jadi isu. zzzzz

      23

      5
    • anonymous says:

      Habis tu takkan nak dia tergedik2 kat atas tu? Rata rata orang semua suka je pembawaan diri dia. Kahwin kerabat kenalah lebih composed dan calm..

      22

      3
    • Anonymous says:

      at least respon lah apa member tu cakap kan.

      19

      0
    • anon 1 says:

      Banyak pulak karats FK kat sini. Puteri Aishah tu pun macam malas2 nak reply pertanyaan FK tu .. Dia terus baca from the cue card

      4

      3
  7. nok gebuzzz says:

    dah kawin ngan kerabat kenalah jaga kekelasannyer….xkan nak tegedik2 pulak..mau kena kecam pulak nnty…jadi mcm che puan muda khaleeda (johor) low profile jer..

    20

    0
  8. Bobo says:

    Pelik nauu atas stage. Ape salahnya buat biasa je.. bukanlah suh gedikk.

    3

    0
  9. Eyeee says:

    Dah kawen ni harapnya lepas ni pemakaian tu akan lebih sopan dan classy.
    Jangan nak seksi2 sgt..
    jaga nama baik kerabat tu..
    Sekian.

    16

    0
    • Fidot says:

      Hmn…x semua kerabat pakai sopan2 yek. ni mesti x pernah tgk Malaysia Tattler. Bagus cepat2 setuju kawen, kalau tunggu lama2 nti melepas. Semoga berbahagia JE!

      4

      1
  10. Ada2 jer says:

    Sempat buat sarapan je? Kehkehkeh

    1

    0
  11. zz says:

    mcm bangla je aku tgk laki dia. ke mate aku salah. tpi sesuai je bangla pun handsome muke internasional

    7

    0
    • wekkkkkkk says:

      itu hri msa nikah..byk natizen ckp handsome…tapi hri ini mcm bangla lak…tapi pda pndapt saya, laki dia ni pandang sisi je …bru nmpk kacak…pndg depn, biasa jele…

      mcm laki aku..pndg sisi aku suka, pndg dpn…lain je…

      ..siapa lagi nk puji jika bkn diri sndiri.

      9

      0
  12. Anonymous says:

    Dok bnyak songeh g tu cerai la ko x lma..

    0

    6
  13. Ros says:

    Yeah. Berita mcm ni lah nak baca. Something new. Ini balik2 dua betina murahan dok begaduh over majlis jakel yg kualiti kain level paria tu. Well, kerabat selangor ni x berguna sesen pun, in fact semua kerabat x guna sesen pun, itu pasal dieorg hanya layak jaga benda yg semua org boleh jaga sendiri-agama dan kedaulatan bangsa lah kononnya. Elok la hang dapat mamat ni walaupun ko bakal masuk penjara yg ko bina sendiri drpd kawen ngan zizang-hanya glamer dan berduit sementara. Cuma jgn carik pasal lah, gi mana court pun confirm kalah kalau ade masalah ye (sila rujuk azrina mazhar hakim utk keterangan lanjut). Cing.

    3

    0
  14. Tengku terpuji says:

    Itu pun nak citer ke? Cuba la dah kawen tu low profile sikit. Tak pyah nk citer luar dalam. Baru kawen mmg la terasa semua nk puji bagus. Teringat hadis nabi saw, perempuan baik utk lelaki yang baik….

    0

    1
  15. IKA says:

    mak mulai hari ni aku nak seksi seksi la, mana tahu dapat anak tan sri ke, kerabat diraja ke kan.

    1

    0
    • wekkkkkkk says:

      klau nk seksi mana2 pun boleh buat…tapi kalau seksi nk goda anak mcm yg u inginkn tu “IKA”…mmg kena byk mlabur…ada wang x.
      Maksudnyer…
      Ika kena…google mana anak2 VIP dn kerabat lepak….kedai mamak rasanye x ada depa ni.
      Ika kena lawa.
      Jalan2 kt tmpt mewah je…semua $.
      Penmpilan msti upto date….yg murhpun x apa/dn ada jnama sikit.
      Pndai sikit…jgn pndai byk…

      sbb apa saya ckp mcm tu…sbb IKA bukan retis yg jdi tumpuan mata.
      kalau retis…ada pakej dn ada kpintaran sikit…retis tu yg di kejar oleh vvvvvvv & kerabat.

      1

      0
      • IKA says:

        hehe saya memang putih hidung mancung, berkejaya juga. tapi “wekkkkk” ika dah kahwin dgn org berada pun. anak sorang dah pun :) tq untuk cadangan u. saje2 memeriahkan ruangan gosip. tapi cadangan u memang bernas untuk anak-anak gadis di luar sana yg impikan hidup mcm cinderella ikut step-step dari u.

        0

        0
        • wekkkkkkk says:

          ckp psl nama “IKA”…wekkkkkkk ada pyewa dulu masa sewakn bilik rmh wekkkkkk…mmg cantik la, hidung mancung, mak melayu kelantan, bapak khan PAK dia ckp…mmg x jemu pndg dia..lawalah…
          suami wekkkkkkk pun PAK jugk…dia ckp nasib baik “IKA” tu dh nk kawen, kalau x , suami wekkkkkkk ckp, boleh ke…wekkkkkk kenlkn …
          aku wekkkkkkk terus ketawa…kehkehkeh..ada hati rupanyer ya..nasib baik suami wekkkkkk ckp depn2 wekkkkkkk…cuma gurau je..

          0

          0

Leave a Comment

Optional