Written by Bella | June 21st, 2016

Pelakon Julia Ziegler mengesahkan beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang jurutera kimia yang dikenali sebagai Johan pada tahun ini.

Julia sudah menghadiri kursus kahwin dan kedua-dua belah keluarga juga sudah bertemu dan kini dalam proses untuk memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Mereka sebenarnya sudah lama berkenalan dan ia boleh dikatakan cinta pandang pertama. Untuk pengetahuan anda, Johan berasal dari Ampang, Selangor.

Insya-Allah saya akan berkahwin tidak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan tarikh yang sesuai belum ditetapkan lagi. Kami merancang untuk melangsungkannya pada tahun ini atau selewatnya awal tahun depan.

Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama.

Buat Julia, Johan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya dan lelaki itu juga seorang yang berbudi bahasa dan penyayang.

Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka. Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus.

Akhirnya Julia Ziegler bertemu dengan lelaki yang betul-betul sesuai dengan dirinya. Harapnya selepas ini beliau tidak terpalit lagi dengan kontroversi percintaan lagi. Semoga perancangan majlis perkahwinan Julia dan Johan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Insta Online

4 responses to Julia Ziegler Bakal Berkahwin Dengan Jurutera Kimia Tahun Ini

  1. lola says:

    itu ke johan nya..asal aku rasa macam dafi..kikiki

    0

    0
  2. Bukan aku tak hensem says:

    iyolah…first time tengok ingat Dafi..ke Dafi tu?

    0

    0
  3. anon says:

    terkejut tgk gambar die ngn Dafi tu..ingatkan tu orangnye..rupenyerr..

    0

    0
  4. loveDAFI says:

    kes nie same macam justin bieber. kat US diorang x mengaku entiti JB nie. kat malaysia nafi dafi. haha.

    0

    0