Pelakon Jue Aziz menghadapi ujian besar apabila keguguran sebanyak tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.
Boleh dikatakan, keguguran yang beliau alami agak rapat juga jaraknya. Berbicara mengenai kegugurannya itu, Jue Aziz mendedahkan satu perkara yang agak mengejutkan.
Menurut Jue Aziz, gangguan mistik adalah punca beliau kerap gugur dan sekaligus sukar unutk mendapatkan zuriat.
Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap mengalami keguguran.
Namun, sebelum ini Jue Aziz pernah memberitahu beliau redha dengan apa yang terjadi dan tetap tidak berputus asa untuk hamil lagi.
Hanya mereka yang pernah mengalami gangguan mistik sahaja akan faham apa yang dikatakan oleh Jue Aziz. Mungkin juga ia perbuatan khianat dan tidak puas hati seseorang. Walaubagaimanapun, jangan berhenti berdoa dan tetap tabah.