Juara Parodi Minggu Ini Ditukar Menjadi Rancangan Mengenang Allahyarham Yus Jambu

Hiburan

Juara Parodi Minggu Ini Ditukar Menjadi Rancangan Mengenang Allahyarham Yus Jambu

Pemergian Yus Jambu buat selama-lamanya masih mengejutkan orang ramai terutama rakan-rakan Allahyarham di bidang lawak. Untuk makluman, sebelum meninggal dunia, Allahyarham menyertai program Juara Parodi bersama Tauke dan juga Misha Omar. Ketiadaannya menyaksikan ramai peminat program tersebut memohon agar Juara Parodi tidak disiarkan minggu ini sebagai tanda penghormatan. Satu permintaan yang wajar dan harus dipertimbangkan.

juara parodi

Advertisement

Afdlin Shauki selaku penerbit eksekutif Vision Work dan juri tetap Juara Parodi menerusi akaun Facebooknya telah mengumumkan konsert minggu kelima Juara Parodi yang bakal berlangsung pada Jumaat ini akan ditukarkan kepada sebuah rancangan mengenang Allahyarham Yus Jambu. Thumbs up kepada Afdlin Shauki yang sensitif dengan pemergian arwah. Tulis Afdlin:-

Assalammualaikum, ramai yg terkejut dgn pemergian Pak Yus pulang ke rahmatullah baru baru ini dan ramai yg menghantar mesej kepada kami untuk menghentikan sebentar pertandingan juara parodi ini buat seminggu. Setelah berbincang dgn pihak Asto, mereka bersetuju yg minggu ini tidak ada pertandingan akan tetapi oleh kerana berberapa komitmen yg telah sedia ada, minggu ini rancangan diteruskan akan tetapi minggu ini Juara Parodi menjadi rancangan mengenang Allahyarham Yusri Edoo dan penglibatan beliau dlm bidang seni lawak di Malaysia yg bermula di Astro Warna.

Akan ada perkongsian dari rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, bacaan sajak dan sedikit tazkirah. Rancangan juga akan bermula dgn bacaan doa untuk Pak Yus. Sekali lagi, minggu ini Juara Parodi digelapkan untuk menghormati pemergian sahabat kami yg sangat kami sayangi. Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga Allah memaafkan segala dosa beliau dan letaklah roh beliau bersama golongan roh-roh org yg beriman. Ameen.

yus

Turut sama akan diadakan ialah majlis bacaan Yassin dan tahlil buat Allahyarham di Masjid Negeri Shah Alam pada hari Khamis ini. Buat mereka yang berkesempatan, bolehlah hadir. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah. Al-Fatihah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...