Written by AbangNara | December 2nd, 2015

Pemergian Yus Jambu buat selama-lamanya masih mengejutkan orang ramai terutama rakan-rakan Allahyarham di bidang lawak. Untuk makluman, sebelum meninggal dunia, Allahyarham menyertai program Juara Parodi bersama Tauke dan juga Misha Omar. Ketiadaannya menyaksikan ramai peminat program tersebut memohon agar Juara Parodi tidak disiarkan minggu ini sebagai tanda penghormatan. Satu permintaan yang wajar dan harus dipertimbangkan.

juara parodi

Afdlin Shauki selaku penerbit eksekutif Vision Work dan juri tetap Juara Parodi menerusi akaun Facebooknya telah mengumumkan konsert minggu kelima Juara Parodi yang bakal berlangsung pada Jumaat ini akan ditukarkan kepada sebuah rancangan mengenang Allahyarham Yus Jambu. Thumbs up kepada Afdlin Shauki yang sensitif dengan pemergian arwah. Tulis Afdlin:-

Assalammualaikum, ramai yg terkejut dgn pemergian Pak Yus pulang ke rahmatullah baru baru ini dan ramai yg menghantar mesej kepada kami untuk menghentikan sebentar pertandingan juara parodi ini buat seminggu. Setelah berbincang dgn pihak Asto, mereka bersetuju yg minggu ini tidak ada pertandingan akan tetapi oleh kerana berberapa komitmen yg telah sedia ada, minggu ini rancangan diteruskan akan tetapi minggu ini Juara Parodi menjadi rancangan mengenang Allahyarham Yusri Edoo dan penglibatan beliau dlm bidang seni lawak di Malaysia yg bermula di Astro Warna.

Akan ada perkongsian dari rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, bacaan sajak dan sedikit tazkirah. Rancangan juga akan bermula dgn bacaan doa untuk Pak Yus. Sekali lagi, minggu ini Juara Parodi digelapkan untuk menghormati pemergian sahabat kami yg sangat kami sayangi. Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga Allah memaafkan segala dosa beliau dan letaklah roh beliau bersama golongan roh-roh org yg beriman. Ameen.

yus

Turut sama akan diadakan ialah majlis bacaan Yassin dan tahlil buat Allahyarham di Masjid Negeri Shah Alam pada hari Khamis ini. Buat mereka yang berkesempatan, bolehlah hadir. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah. Al-Fatihah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Juara Parodi Minggu Ini Ditukar Menjadi Rancangan Mengenang Allahyarham Yus Jambu

  1. Anonymous says:

    mengenang?…cakap je “tribute”….

    0

    0
  2. aksara says:

    Salam,

    Alahmdulillah..rezeki Pak Yus. Saya bukan lah peminat beliau selama ni..tp setelah pemergian beliau banyak cerita-cerita positif tentang beliau yg dikongsi oleh rakan2 artis dan peminat yang membuatkan saya kagum pd peribadi beliau. Sekaligus menjadikan saya meminatinya walaupun beliau telah tiada. Terima kasih Pak yus kerana menjadi inspirasi. Benarlah,seseorang itu tidak boleh dinilai hanya dengan luarannya sahaja dan tiada seorang pun yg layak menilai kecuali Allah s.w.t. Saya percaya Allah telah menyediakan tempat yg baik utk beliau. Terima kasih Pak yus kerana menghiburkan kami selama ini.. Rehatlah. Kita akan bersua lagi nanti dinegeri kekal abadi..aminn :)

    0

    0
  3. Mira says:

    INNALILLAH.. Arwah sebenarnya seorang yang baik hati dan penyayang.

    0

    0
  4. Joyah Pok Pek says:

    Abg Nara “Thumbs up kepada Afdlin Shauki yang sensitif dengan pemergian arwah”
    sensitif ke? atau sensitiviti? Apa2 pun Al – Fatihah di atas pemergian arwah

    0

    0
  5. jadore says:

    uittsss mana p cheqnya comment panjang lebaq td… adeiiiihhhhhh penat arr perah otak nak buat sajak utk arwah Pak Yus Jambu… apalah nara nih… aptb ehh!!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    moga2 sesi mengenang nnti dikurangkan elemen lagu dan hiburan wlpn ianya ringan dan bersesuaian dgn tema. Ad baiknya buat bacaan al-quran, tahlil dan selawat. Siapa yg tidak takut mati? semua org takut mati..krn diri ini masih belum bersiap dr sudut amalan, dosa pn bertingkat2. Ya Allah berilah hidayah dan kekuatan kepada kami…sesungguhnya kami ini hanya insan yg lemah..

    0

    0
  7. anon says:

    Dlm gambar, yg perempuan kat tengah tu gedik semacam je…,meluat pulak… Neway, takziah utk keluarga yus…..wlpn tak pernah tengok persembahan or rancangan dia…

    0

    0
  8. Al- Fatihah untuk Pak Yus… :(

    0

    0
  9. kalin says:

    Belum pernah Astro bagi sebegitu penghargaan kepada pelawak2 sebelum ini. Ternyata pemergian Pak Yus membuka ‘mata hati’ banyak pihak. Kami mendoakan semoga Pak Yus damai dan tenang di sana.

    0

    0
  10. Abang Man says:

    Tahniah & tq Astro..begitu ambil berat
    kebajikan anak seni yg bernaung di bawahnya..
    kepergian AY Pak Yus menceritakan segalanya..bahawa dunia nia terlalu singkat
    maka jdilah Pak Yus yg didalam diamnya banyak menyumbang & berbudi kpd banyak pihak..termasuk rakan taulannya ..rupanya seolah2 dia tahu bahawa dia menghampiri
    menemui panggilan- Nya..AllahuAkbar !

    0

    0