Juara Kilauan Emas 4 Akan Ditentukan Dalam Konsert Mega Akhir

Hiburan

Juara Kilauan Emas 4 Akan Ditentukan Dalam Konsert Mega Akhir

Ini memang kejutan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Semalam telah pun berlangsung konsert akhir Kilauan Emas 4 yang menyaksikan Zain, Ben, Arip, Nas dan Nordin berentap untuk membawa pulang gelaran juara. Namun peminat program realiti ini dikejutkan apabila diumumkan bahawa akan diadakan Konsert Mega Akhir antara Zain, Ben dan Arip bagi penentuan juara pada minggu hadapan. Hanya kedudukan tempat keempat dan kelima telah diumumkan semalam.

juara kilauan emas 4

Advertisement

Untuk anda yang tidak tahu, telah timbul sedikit kekecohan apabila penonton tidak dapat memasuki pentas konsert akhir Kilauan Emas 4 semalam. Ada la bergaduh sikit-sikit. Dashyat sungguh penangan “Otai Masih Berbisa” ini. Rasanya sambutan yang diberikan kepada Kilauan Emas 4 jauh lebih hangat berbanding program realiti nyanyian yang lain. Penganjuran Konsert Mega Akhir mungkin diputuskan oleh Astro kerana ingin memberikan kepuasan kepada para peminat program realiti ini.

juara kilauan emas 4

Siapakah antara Zain, Arip dan Ben yang bakal bergelar juara Kilauan Emas 4? Sama-samalah kita nantikan persembahan mereka minggu hadapan. Berlatih elok-elok dan berikan yang terbaik. Selamat berjaya!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...