Jualan TERHEBAT Digital Oleh Lazada

Hiburan

Jualan TERHEBAT Digital Oleh Lazada

Yahoo~~Promosi MENARIK dan TERHEBAT Lazada untuk tahun ini hampir tiba akhirnya. Abg Nara memang dah lama tunggu bilakah Lazada akan mengadakan GRAND SALE nya tahun ini. Yerlah, kalau hari-hari biasa pun Lazada sudah penuh dengan promosi, apatah lagi kalau tawaran akhir tahun Lazada ini.

Igor Pezzilli, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata,

Advertisement

“Kita telah mengadakan jualan Revolusi Online selama sebulan bermula November, tetapi saat-saat yang dinantikan bakal tiba. Dengan tawaran yang sukar ditandingi selama 24 jam pada 12 Disember, para pengguna pasti tidak dapat melupakan pengalaman membeli belah kali ini!”

Ya…hanya pada 12 Disember 2014 ini sahaja, Lazada akan menawarkan promosi menarik dan tawaran eksklusif untuk SEMUA KATEGORI selama 24 jam. Macam-macam ada, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan. Dan yang paling penting ialah, KHAS untuk pembaca Beautifulnara, Lazada akan memberikan potongan sebanyak RM25 bagi setiap pembelian RM100 dan ke atas. Hanya perlu masukkan “special voucher code” yang akan diberikan pada 12 Disember nanti.

Promosi akhir tahun Lazada ini bermula dengan tawaran Midnight Sale yang akan berlangsung di antara 12am – 8am, disusuli dengan tawaran harga menarik iaitu Flash Sales yang akan berlangsung setiap satu jam, bermula dari 8am-11.59pm. Memang dahsyatlah tawaran Lazada nie,kira tidak boleh terlepaslah tarikh 12 Disember 2014 nie.Sambil tu jom baca kenapa anda perlu membeli-belah di Lazada.

1. Tiada lagi Klaustrofobia!

 “Lebih ramai lagi orang daripada biasa akan membeli belah secara online pada musim cuti ini, kerana mereka tidak mahu bergelut dengan kepadatan pengunjung di pasar raya. Dengan pelbagai jenis produk yang ditawarkan di bawah bumbung digital, pengguna akan membeli belah dengan selesa di Lazada tanpa perlu keluar dari rumah.”

Jangan x tahu yang Lazada juga memberi PENGHANTARAN PERCUMA di Semenanjung Malaysia untuk pembelian yang melebihi RM75. Semuanya sampai dengan pantas. Barangan pun sama seperti yang ditawarkan. Siap boleh buat Cash On Delivery kalau tak nak bayar secara online. Wow~. Memang revolusilah Lazada nie.

 2. Pemberian untuk Semua

Abg Nara nie banyak anak saudara yang kecil-kecil tau. Di Lazada, semuanya ada dan sangat mudah hanya dengan beberapa klik sahaja, Abg Nara boleh dapatkan hadiah-hadiah yang bersesuaian untuk semua peringkat umur. Dengan pelbagai produk serta barangan daripada peralatan elektronik hinggalah barangan rumah, alat permainan, fesyen dan peralatan sukan.

3. Tawaran Menarik

Errm…Dahlah jualan pada harga istimewa ada pula berita baik kepada pemegang kad CIMB Kwik, debit dan kredit – TAMBAHAN DISKAUN sebanyak 15%. Wah…memang hebatlah tawaran akhir tahun Lazada nie. Oh ya, rangkaian lain yang turut memberikan promosi adalah Chatime, MBO Cinemas dan DiGi.

4. Fesyen untuk Asia Tenggara

Inginkan kelainan dan kejutan kepada yang tersayang? Jom dapatkan jenama-jenama terhebat dari UK dan US di Lazada. Atau pun jom cuba keluaran terbaru label fesyen LAZADA – “LZD” yang sememangnya menarik dan bersesuaian dengan cuaca tropika Malaysia.

5. Membeli belah sambil ‘bergerak’

Anda sedang bercuti ? Anda sibuk dengan kerja anda? Itu semua bukan alasan untuk terlepas tawaran terhebat Lazada ini. Download jer aplikasi Lazada di iOS atau Android untuk memudahkan anda membuat pembelian dalam apa jua keadaan!Pesanan Abang Nara, pastikan korang sentiasa melawat laman web Lazada dan jangan lupa LIKE Facebook Lazada atau INSTAGRAM Lazada pada 12 Disember ini. Sebelum tu dapatkan dulu “special voucher code” di Beautifulnara tau. Jangan nanti dah lepas, baru nak menyesal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...