Jual Pakaian Muslimah Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Jana Pendapatan RM300,000

Hiburan

Jual Pakaian Muslimah Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Jana Pendapatan RM300,000

Bermula dua tahun lepas, kita boleh nampak yang artis Malaysia semakin rancak dalam bidang perniagaan dimana mereka memanfaatkan platfrom media sosial sebagai medium utama untuk mereka mempromosikan produk kepada pengguna.

Pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut tidak melepaskan peluang yang ada dan mula berjinak dalam bidang jualan pakaian secara atas talian tahun lepas dan hasilnya mereka telah menjana lebih daripada RM 300,000.

Advertisement

Mendapat reaksi positif daripada pengguna dan pulangan perniagaan yang agak memberangsangkan, pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk melebarkan sayap mereka dan membuka sebuah butik di Dataran Wangsa Melawati dengan jenama mereka sendiri iaitu Melylana.

Alhamdulillah. Saya sibuk dengan program-program motivasi dan isteri sibuk dengan bisnes sendiri. Hujung bulan ini kami akan melancarkan butik pakaian kami sendiri dengan jenama Meylana.

Tahun lepas melebihi RM300,000. Dari situlah kami kumpul modal untuk buka butik di Dataran Wangsa Melawati. Lagipun bila dah ada satu lokasi tetap ia memudahkan urusan dengan pelanggan.

Walaubagaimanapun, jelas Memey meskipun rezeki beliau dalam bidang perniagaan amat murah ia tidak bermakna beliau akan terus berhenti daripada lakonan.

Anak saya yang bongsu masih menyusu badan. Bisnes pun semakin berkembang jadi saya ambil keputusan berhenti sekejap berlakon. Tapi untuk mana-mana tawaran yang penggambarannya pendek atau satu hari sahaja, saya masih terima.

Alhamdullilah, murah rezeki Norman Hakim dan Memey Suhaiza, baguslah kalau sudah ada butik sendiri boleh lah pelanggan terus mendapatkan produk Melylana secara terus dengan rekaan terkini. Semoga perniagaan anda berdua terus maju dan mampu bersaing dengan produk muslimah lain.

Sumber Berita: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...