Jozan Bakal Bergelar Maharaja Lawak Yang Bermula Jumaat Ini?

Hiburan

Jozan Bakal Bergelar Maharaja Lawak Yang Bermula Jumaat Ini?

johan maharaja lawak

Kalau anda rasa Raja Lawak sudah boleh pecahkan perut anda, kini bersiap sedia untuk pecahkan usus anda sekali kerana Jumaat ini jam 10 malam Astro Warna dan Astro Prima (hanya untuk 2 episod pertama) bakal menayangkan rancangan Maharaja Lawak. Siapakah peserta dalam Maharaja Lawak ini? Pesertanya tak lain tak bukan Top 3 finalis Raja Lawak daripada musim pertama sehingga musim ke 5.

Advertisement

Antara nama besar dalam program Maharaja Lawak ini ialah Johan dan Zizan yang akan bergabung menjadi satu kumpulan iaitu Jozan. Sudah tentu Jozan menjadi team favourite untuk merangkul kejuaraan Maharaja Lawak ini. Tapi perlu diingatkan juga saingan daripada Nabil dan kumpulan Sepah. Kesimpulannya semua hebat-hebat belaka. Memang pecah usus dan pundi kencing dibuatnya.

johan maharaja lawak

Sekali lagi diingatkan, program Maharaja Lawak akan bermula Jumaat ini (1 April 2011) di Astro Warna dan Astro Prima. Astro Prima hanya akan menayangkan 2 episod terawal sahaja. Kalau nak tengok episod ketiga dan seterusnya, sila langgan Astro Warna. Oh ye, pengacara untuk program Maharaja Lawak ini ialah AC Mizal yang masih tak dapat lagi pangkat Datuknya.

Abang Nara rasa Jumaat ini confirm satu famili Abang Nara akan menempek depan TV tengok Maharaja Lawak ini. Anda pula bagaimana? Jangan lupa lawati laman web rasmi Maharaja Lawak dan Facebook Maharaja Lawak untuk info lebih lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...