Jom Tonton Perlawan Akhir Piala Dunia 2014 Bersama Diana Danielle & Elfira Loy

Hiburan

Jom Tonton Perlawan Akhir Piala Dunia 2014 Bersama Diana Danielle & Elfira Loy

Baiklah. Di pagi hari yang panas ini, Abang Nara ingin mengajak anda bermain teka-teki untuk melupakan seketika kelaparan yang sedang melanda. Senang je teka-teki Abang Nara nie. Pejam mata pun boleh jawap kot. Teka-tekinya ialah, apakah persamaan dua selebriti di bawah ini?

cheer with kia

Advertisement

Ok? Tahu tak? Selain daripada pernah menjadi awek Abang Nara, apakah lagi persamaan Diana Danielle dan Elfira Loy? Dua-dua memang cun, comel tetapi salah seorang dah kahwin ada anak manakala sorang lagi masih single mingle. Jadi kat situ dah tak sama dah. Tak tahu? Meh Abang Nara bagi klu sedikit. Persamaan mereka berdua ada kaitan dengan Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung sekarang ini.

cheer with kia

Baiklah, meh sini Abang Nara bagitahu jawapannya. Diana Danielle dan Elfira Loy akan turun ke Rasta TTDI untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung pada 14 Julai ini pada pukul 3 pagi. Inilah peluang anda untuk menyaksikan perlawanan yang dinanti-nantikan sambil melihat Diana Danielle dan Elfira Loy melompat, menjerit dan membuat muka ‘cute’ menyokong pasukan pilihan mereka. Abang Nara pun akan datang jugak tapi kalau dah ada Diana Danielle ngan Elfira Loy, mesti korang buat tak tahu je dengan kehadiran Abang Nara. Tak apa Abang Nara faham. Awek kena diutamakan. Tak gitu? Jangan korang tak tengok bola sebab mata tak lepas tengok Diana Danielle ngan Elfira Loy sudah lah.

cheer with kia

‘Viewing party’ ini dianjurkan oleh KIA yang merupakan penaja utama Piala Dunia 2014 bersempena dengan kempen #cheerwithKIA. Selain daripada ditemani Diana Danielle dan Elfira Loy, 50 orang terawal yang hadir ke Rasta TTDI (game start 3 pagi so pepandai la korang datang cepat) akan dapat air percuma sepanjang perlawanan. Bolehlah minum teh tarik, milo panas, air suam dan sirap limau sebanyak mana yang korang nak. Dan untuk 50 orang terawal ini, kalau pasukan pilihan korang menang, makanan yang korang tengah makan tu pun akan dibelanja oleh KIA. Untunglah wei!!! Selain itu akan diadakan juga peraduan seperti teka keputusan, soal jawab dan lucky draw. Ada rezeki boleh menang hadiah-hadiah best.

cheer with kia‘Viewing party’ #cheerwithKIA ini telah bermula sejak perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 di mana ia telah dianjurkan di Perak dan Pulau Pinang. Ratusan orang Ipoh telah memenuhi Restoran Nasi Vanggey untuk menyokong pasukan kegemaran mereka baru-baru ini. Lepas tu di Seberang Jaya pula Restoran Kasim Mustafa menjadi tumpuan orang ramai untuk turun bersorak bersama-sama dalam #cheerwithKIA ini. Untuk perlawanan semi final pula, #cheerwithKIA baru-baru ini menggegar orang Melaka, ramai yang sedih kerana Brazil kalah kepada Germany pagi ni. Sementara ini, #cheerwithKia akan ke Negeri Sembilan pulak. Seterusnya untuk perlawanan akhir, semestinya ‘viewing party’ #cheerwithKIA akan diadakan di Rasta TTDI, Kuala Lumpur seperti yang telah Abang Nara ceritakan tadi. Untuk mengetahui tempat terperinci, kenalah sentiasa perhatikan pengumuman di Facebook Kia Malaysia.

cheer with kia

Kalau korang tak tahu, KIA merupakan penaja utama Piala Dunia 2014 dan sangat aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tujuan menghantar mereka yang bertuah ke Brazil. Salah satu aktiviti menarik ialah Fuleco Friend Search di mana ibu bapa harus berkorban untuk menghantar anak mereka ke Brazil. Mencabar juga cabaran yang harus dilakukan. Nanti bila anak Abang Nara dah besar, confirm Abang Nara pun akan join aktiviti nie. Demi anak yang tercinta!!! Yang paling best, anak kepada pemenang Fuleco Friend Search akan berjalan di atas padang pada perlawanan separuh akhir kedua. Bangga wei!!! Jadi orang di Melaka yang akan menonton perlawanan separuh akhir bersama #cheerwithKIA nanti, pastikan korang sorak kuat-kuat apabila nampak kanak-kanak dari Malaysia ini.

Dan satu lagi pertandingan yang telah dianjurkan oleh KIA ialah Champs to Rio. Pemenang Champs to Rio telah mewakili Malaysia dalam ‘global futsal tournament’ di Brazil. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kerana mereka berjaya bergelar naib juara dalam pertandingan tersebut . Mereka juga telah berpeluang merasai pengalaman sekali seumur hidup menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 secara ‘live’ di stadium. Rezeki sungguh. Tunggu 4 tahun Abang Nara nak join lah. Sekarang ini masa untuk berlatih dulu.

cheer with kiaTerima kasih kepada KIA kerana memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyaksikan Piala Dunia 2014 secara ‘live’ di Brazil. Apa pun kita yang di Malaysia ini masih berpeluang merasai kemeriahan dan kehangatan Piala Dunia 2014 dengan menghadiri ‘viewing party’ #cheerwithKIA. Jangan lupa tarikh 13 Julai. Jumpa anda di Rasta TTDI!!! Maklumat lanjut layari Facebook KIA Malaysia.

cheer with kia

Kita jumpa nanti ye Diana Dan Elfira. Wait for me!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...