Jom Tonton Filem The Walk Lakonan Joseph Gordon-Levitt Bersama BeautifulNara 21 Oktober Ini

Hiburan

Jom Tonton Filem The Walk Lakonan Joseph Gordon-Levitt Bersama BeautifulNara 21 Oktober Ini

Salah seorang pelakon Hollywood kegemaran Abang Nara ialah Joseph Gordon-Levitt. Dah la muka hensem, lakonannya di dalam filem The Dark Knight Rises, 50/50 dan Inception pun boleh tahan hebat.

the walk

awek-awek confirm cair dengan mamat nie

Abang Nara teramatlah teruja apabila mengetahui filem lakonan terbaru Joseph Gordon-Levitt iaitu The Walk bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 22 Oktober 2015. Di dalam filem The Walk, pelakon kacak ini memegang watak Phillipe Petit, seorang pejalan tali tegang yang berasal dari Perancis, yang cuba untuk menyeberangi Twin Towers di World Trade Center pada tahun 1974. Filem ini adalah berdasarkan kisah benar.

Advertisement

the walk 2

Abang Nara tengok poster filem ini pun rasa gayat yang amat. Sesiapa yang gayat dengan ketinggian memang sesuai sangat tengok filem ini untuk mengatasi keseraman anda. Jom kita ushar trailer filem The Walk.

Gayat kan? Hehehe. Pasti ramai yang tak sabar hendak melihat aksi Joseph Gordon-Levitt merentasi bangunan hanya dengan menggunakan tali semata-mata. Perlu diingatkan tahun 1974 tak ada lagi alat-alat keselamatan yang canggih. Salah sikit, nyawa pasti melayang.

the walk 2

cuaknya la eh

Khas untuk anda semua, dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia, BeautifulNara bakal mengadakan satu sesi tayangan ekslusif filem The Walk. Abang Nara ada 45 pasang tiket untuk diberikan secara PERCUMA kepada anda. Siap ada barangan ekslusif lagi. Berikut ialah info tayangan filem The Walk ini:-

Tarikh: 21 Oktober 2015 (Rabu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: TGV 1 Utama
Jenis: 3D

the walk 2

awek kena ada sebagai pembakar semangat

Caranya senang sahaja. Anda hanya perlu mengisikan borang di bawah. Jangan lupa untuk lengkapkan slogan “Apakah perkara terakhir yang anda akan ucapkan/lakukan kepada yang tersayang sebelum anda melangkah melakukan aksi merentas tali seperti di dalam filem The Walk”.Siapa yang paling kreatif dan paling sempoi slogan akan menang tiket serta barangan ekslusif.

the walk 2

Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Sila hantarkan borang penyertaan anda secepat mungkin tarikh tutupnya ialah 20 Oktober 2015. Jangan lupa LIKE Facebook Sony Pictures Malaysia sebagai tanda terima kasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...