Written by AbangNara | April 13th, 2016

Yeah!!! Lama rasanya tidak menonton filem lakonan Kevin Costner yang cukup popular ketika Abang Nara kecil-kecil dahulu. Kini pelakon hebat ini muncul bersama hero zaman sekarang iaitu Ryan Reynolads di dalam filem Criminal yang mengisahkan tentang memori dan skill seorang agen CIA (yang dah mati) dimasukkan ke dalam tubuh seorang penjenayah.

criminal

Dengar pun dah macam best kan? Abang Nara dapat bayangkan aksi-aksi, mindgame, detik-detik mencemaskan dan konflik yang pasti timbul antara CIA dan penjenayah tersebut. Jom kita tengok sikit video trailernya.

Trailer pun dah superb sangat-sangat. Akan mula ditayangkan di Malaysia pada 21 April ini, Abang Nara ada 50 pasang tiket filem Criminal untuk diberikan kepada anda. Dapat tengok awal sikit berbanding rakyat Malaysia yang lain. Terima kasih kepada TGV Cinemas yang sudi menggembirakan hati para pembaca BeautifulNara. Berikut adalah infonya:-

TARIKH: 19 April 2016
MASA: 9 malam
TEMPAT: TGV Cinema 1 Utama

Macam biasa korang kena isi borang di bawah dengan melengkapkan slogan “Kalau saya jadi agen CIA saya akan…”. Yang paling kreatif, kelakar dan out of the box akan diberikan sepasang tiket. Untuk makluman, jumlah penyertaan untuk filem sebelum ini terlalu ramai. Jadi Abang Nara hanya akan pilih pemenang di dalam 100 penyertaan yang terawal. Tak larat nak baca banyak-banyak.

Selamat mencuba dan selamat menonton filem Criminal. Jumpa anda di hari tayangan nanti. Terima kasih sekali lagi kepada TGV Cinemas atas tiket-tiket ini.

2 responses to Jom Tonton Filem Criminal Lakonan Kevin Costner & Ryan Reynolds Bersama BeautifulNara 19 April Ini

  1. melati says:

    saya nak tunggu Filem Angan2 Mat Jenin..!!!! sebab dari tahun lepas anak Hartawan nk merisik Aqasha Senrose tak sampai2….jauh perjalanan anak Hartawan tu dh setahun tak sampai2., pastu lamer sgt tunggu anak Hartawan yg tak sampai2 tu Aqasha Senrose nk bertunang plak kat luar Negeri….kalau Negeri tu dekat tak per lew gak , takut Negeri tu jauh sampai Tua lew Aqasha tunggu..!!! pastu bercakap lew gan Kucing Aqasha Senrose ni…..hahahahahahahahahaha..kelakor lew Aqasha ni..

    0

    0
  2. nicky says:

    Tgok movie “criminal” dgn beautifulnara watpe?!hahaha

    0

    0