Jom Temui Pelakon Drama ‘Raya Ni Mesti Kahwin’ Dengan Berbelanja Di Watsons

Hiburan

Jom Temui Pelakon Drama ‘Raya Ni Mesti Kahwin’ Dengan Berbelanja Di Watsons

Dulu masa bujang, setiap kali balik kampung dan berkumpul satu keluarga, antara soalan wajib yang ditanya kepada Abang Nara ialah “kau bila nak kahwin?”. Hehehe. Abang Nara percaya korang pun ada pengalaman macam ini terutamanya kaum Hawa. Itu yang bila Abang Nara tahu Watsons Malaysia bekerjasama dengan TV3 dalam drama ekslusif “Raya Ni Mesti Kahwin” sempena kempen Hari Raya. Mereka, terus secara automatik senyuman terukir di bibir. Teringat disoal bertubi-tubi oleh makcik-makcik ketika sedang enak memakan rendang. Hehehe.

watsons malaysia

Advertisement

Dibintangi oleh Azlee Khairi, Amar Asyraf dan Nina Iskandar, drama “Raya Ni Mesti Kahwin” menceritakan mengenai Nana (Nina Iskandar) yang cuak apabila housematenya nak kahwin 3 minggu lepas raya sedangkan dirinya pakwe pun tak ada lagi. Tidak mahu kelihatan seperti tidak laku, Nana berazam untuk mencari lelaki idaman dan berkahwin pada Hari Raya kali ini. Jeng, jeng, jeng.

Siapakah lelaki yang akan berjaya mencuri hati Nana? Adakah Nana akan menemui cinta sejati? Berjayakah cita-cita Nana untuk berkahwin di Hari Raya tercapai? Menarik kan drama ekslusif TV3 dan Watsons Malaysia ini? Ingin mengetahui cara untuk menjawab soalan kahwin, sekarang anda boleh saksikan drama Raya Ni Mesti Kahwin di TV3 pada setiap Sabtu dan Ahad pada 9.30 malam.

watsons malaysia

Bersempena dengan tayangan drama ekslusif “Raya Ni Mesti Kahwin” ini juga, Watsons Malaysia akan memberikan hadiah berupa pakej penginapan 3H2M di Holiday Villa Cherating dan pakej kecantikan dari Facial First dan Bizzy Body untuk dua orang dengan hanya memuat naik gambar bersama pasangan ke Facebook Malaysia Watsons atau Instagram dengan #watsonssiapanakkahwin. Letaklah gambar-gambar anda dengan suami/isteri yang romantik-romantik sikit. Kalau belum kahwin pun boleh join jugak. Menang nanti boleh terus berbulan madu kat Cherating.

watsons malaysia

Yang best sekali, bersempena dengan tayangan drama ini dan musim perayaan, Watsons akan mengadakan Jualan Raya Mega Sale sehingga 50% bermula sekarang sehingga 6 Ogos. Selain daripada itu, dengan pembelian RM30 dan ke atas, anda boleh mendapat Paket Raya Watsons eksklusif sementara stok masih ada.

Selain daripada itu, anda juga berpeluang bertemu pelakon-pelakon utama drama “Raya Ni Mesti Kahwin” dengan membelanjakan RM80 dan ke atas dengan jenama tertentu di Watson Malaysia. Peluang ini terhad kepada 1,000 orang sahaja dan juga mereka yang terpilih akan berpeluang memenangi voucher RM200 dan peluang membeli belah di Watsons Malaysia bersama dengan pelakon-pelakon drama ini. Best gak tue kan?

watsons malaysia

Jadi pastikan anda tidak terlepas menonton drama “Raya Ni Nak Kahwin” di TV3 setiap minggu, Sabtu dan Ahad pada jam 9.30 malam. Drama ni akan disiarkan sehingga 26 Julai sahaja. Jangan lupa juga untuk sertai peraduan #watsonssiapanakkahwin dan membeli-belah di Watsons Malaysia dengan harga diskaun 50% untuk peluang bertemu pelakon-pelakon drama ‘Raya Ni Nak Kahwin’. Maklumat lanjut singah di kedai Watsons terdekat anda atau layari Facebook Watsons Malaysia dan laman web Watsons Malaysia www.watsons.com.my.

Ada juga beberapa tips daripada Watsons Malaysia mengenai cara-cara penjagaan kesihatan, kecantikan, kulit dan keperibadian. Menarik informasi yang diberikan. Tengok video di bawah.

1. Kekal cergas dengan Watsons 

2. Tampil menarik dengan produk kosmetik dari Watsons

3. Kulit cerah berseri dengan Watsons

4. Serlahkan keyakinan diri dengan barang penjagaan peribadi bersama Watsons

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...