Jom Taekwondo Bersama Nestle Koko Krunch

Hiburan

Jom Taekwondo Bersama Nestle Koko Krunch

Membesarkan seorang anak lelaki bukanlah perkara mudah. Banyak benda selaku seorang ayah yang kita mahukan anak kita buat. Pandai main bola, pandai naik basikal, cekap main badminton dan macam-macam lagilah. Abang Nara ada list beberapa perkara yang Abang Nara inginkan si Aariz belajar kelak. Salah satunya ialah Taekwondo.

nestle koko  krunch

badan dah mantap dan gagah perkasa untuk belajar Taekwondo

Jadi apabila mendapat jemputan untuk majlis pelancaran 10th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship 2015, bersemangatlah Abang Nara bawak si Aariz sekali. Sayangnya bila sampai, Aariz tengah syok layan tidur dalam kereta. Terpaksalah wife Abang Nara tunggu di dalam kereta sementara Abang Nara masuk ke Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara untuk menyaksikan majlis pelancaran ini.

Advertisement

koko krunch

Sambil menunggu kehadiran para tetamu kehormat, Abang Nara sempat berposing dengan budak-budak comel yang memakai uniform Taekwondo. Abang Nara dah terbayang dah kehenseman Aariz bila pakai uniform Taekwondo nie nanti. Mesti kacak macam ayah dia jugak.

nestle koko  krunch

posing sikit dengan bebudak comel nie

Ada beberapa fakta menarik tentang Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship. Bermula pada tahun 2006 hanya di Lembah Klang, kini pertandingan ini sudah pun berkembang sehingga ke seluruh negara. Dijangka untuk tahun 2015 ini hampir 2,000 para peserta seluruh Malaysia akan menyertainya. Tambah menarik, salah seorang peserta Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship pada awal-awal penganjurannya iaitu Dwi Regina Ismail merupakan wakil Malaysia dalam Sukan SEA 2013. Power kan?

nestle koko  krunch

piala yang bakal menjadi rebutan ramai

Sesungguhnya penganjuran pertandingan seumpama ini oleh Nestle Koko Krunch adalah selari dengan pembangunan sukan Malaysia yang mahu menumpukan usaha mencari bakat bermula daripada kanak-kanak lagi. Banyak lagi fakta-fakta menarik yang telah dikongsikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar di dalam ucapannya ketika merasmikan 10th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship ini. Siapa sangka yang pertandingan ini kini sangat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak yang mempelajari Taekwondo.

nestle koko  krunch

seronok Abang Nara dengar ucapan Presiden Olimpik Malaysia ini

Selesai ucapan, beberapa orang kanak-kanak daripada kelab Taekwondo Viva telah tampil untuk memberikan demonstrasi. Hebat sungguh kanak-kanak ini. Ada seorang tue siap boleh terbang tendang 3 papan sekaligus sampai patah dalam satu gerakan. Tercengang Abang Nara dan para hadirin dibuatnya. Bergema satu dewan dengan tepukan menghargai kehebatan kanak-kanak tersebut.

nestle koko  krunch

tendangan mematahkan papan sambil melompat

Tidak mahu ketinggalan, Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar turut menunjukkan skill beliau mematahkan papan dengan tumbukan sebagai simbolik perasmian 10th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship 2015. Memang sempoi dan kena dengan tema.

nestle koko  krunch

nampak tak kayu papan tue patah

Sebelum tamat, semua kanak-kanak yang terlibat dan para tetamu kehormat yang hadir telah pun mengabadikan gambar kenang-kenangan di atas pentas. Siapa tahu satu hari nanti salah seorang daripada kanak-kanak ini akan memenangi pingat emas buat Malaysia di Sukan Olimpik? Sama-samalah kita doakan.

koko krunch

Buat ibu bapa di luar sana yang inginkan anak-anak mereka lebih aktif dalam gaya hidup mereka, bolehlah galakkan mereka untuk mempelajari Taekwondo sebab bukan sahaja anak-anak menjadi lebih sihat, malah keyakinan diri boleh dipupuk sejak kecil lagi.

Apa pun sebelum pergi ke kelas Taekwondo, jangan lupa bagi anak anda makan sarapan Koko Krunch. Barulah bertenaga kan? Tambahan pula, Nestle Koko Krunch ni produk buatan Malaysia (Chembong, Negeri Sembilan) – bolehlah kita sebagai rakyat Malaysia menyokong barangan buatan Malaysia :)

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Nestle Breakfast Cereals

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...