Jom Sihat & Langsing Dengan London Weight Management

Hiburan

Jom Sihat & Langsing Dengan London Weight Management

“Gemuk”. Abang Nara benci sangat-sangat mendengar perkataan tersebut. Untuk kaum Hawa terutamanya mereka yang bergelar selebriti, gemuk bukan satu pilihan. Abang Nara memang kagum sangat dengan selebriti wanita yang berjaya “maintain” badan diorang. Bukan senang lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru lepas bersalin. Marion Caunter salah satu yang Abang Nara kagumi. Kurus macam anak dara lepas bersalin baru-baru ini.Kegemukan sememangnya satu isu sensitif untuk dibincangkan lebih-lebih untuk kaum Hawa. Bayangkan kalau berat anda ialah 104kg untuk hampir keseluruhan hidup anda? Kalau lelaki mungkin boleh rileks lagi, tetapi kalau perempuan mesti stress punya. Itu yang Abang Nara terkesima sebentar apabila tertonton program Diari Impian baru-baru ini. Salmawati (gambar di atas) telah mempunyai berat badan yang melampau sejak umur 8 tahun lagi. Berat paling tinggi yang pernah dicatatkan olehnya ialah 104kg. Memang overweight sangat-sangat!!!Antara makanan kegemaran Salmawati ialah pizza, ayam goreng, nasi goreng dan macam-macam lagilah. Abang Nara pun suka semua benda tue tapi tak adalah boleh makan banyak-banyak. Salmawati ini selamba je satu pan pizza dia boleh habiskan seorang diri. Memang masuk akallah badannya besar kerana pemakanan tidak dijaga. Apabila sejak kecil dah makan dengan kuantiti yang melampau, itu yang badan Salmawati membesar tanpa kawalan apabila dewasa. Abang Nara pasti ada antara kita yang mengalami masalah sebegini kan?

Advertisement

Setiap manusia tak kira lelaki atau perempuan pastinya mahu dicintai dan mencintai kan? Sayangnya kerana saiz badannya yang terlampau besar ini, tiada lelaki yang sudi mendekati Salmawati. Namun itu masih tidak menginsafkan dirinya. Sehinggalah satu hari Salmawati disahkan menghidap ketumbuhan ovari. Barulah Salmawati sedar yang saiz badannya bukan sahaja menjadi punca dirinya dipandang rendah oleh masyarakat (Salmawati pernah dihina kerana kegemukannya di dalam satu temuduga kerja), malah ia juga membahayakan diri daripada segi kesihatan. Inilah titik tolak kesedaran Salmawati untuk menguruskan badan demi tubuh badan yang lebih baik.Bermulalah pengembaraan baru Salmawati untuk mendapatkan berat badan yang ideal di London Weight Management. Bukan mudah untuk menguruskan Salmawati yang sudah mengalami obesiti sejak kecil, namun kepakaran London Weight Management tidak boleh dipandang rendah.  Pakar pelangsingan badan telah membuat program pelangsing yang khusus untuk Salmawati bermula dengan penyahtoksin dan pembuangan air terperangkap dalam badan. Setelah berat badan Salmawati mula menurun, barulah pemecahan dan pembakaran lemak dijalankan. Akhir sekali, apabila berat badannya telah turun ke nombor ideal, kaedah pembalutan dan penegangan agar bentuk badan Salmawati mantap dan kembali ramping.

Abang Nara masa tengok Diari Impian ini memang berfikir “tak ada harapan dah si Salmawati nie nak kurus. Besar sangat kot dia” Namun ternyata Abang Nara silap. Terlopong mulut ini apabila melihat seorang wanita kurus ramping muncul di dalam program ini. Itulah Salmawati yang telah berjaya mendapatkan badan idamannya menerusi program pelangsingan badan London Weight Management. Perbezaan memang macam langit dan bumi. Memang terkejut sangat Abang Nara dibuatnya. Terkebil-kebil mata Abang Nara melihat transformasi ini kerana ia bagaikan satu keajaiban.

Hebat kan? Siapa sangka transfomasi sebegini boleh dilakukan. Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih. Memang satu langkah yang bijak buat Salmawati kerana memilih London Weight Management yang sememangnya pakar dalam bab pelangsingan badan ini. Daripada 104kg turun kepada 55kg. Jumlah pengurangan yang berjaya dilakukan ialah 49kg. Awesome dan mantap sangat-sangat. Memang hebat!!!. Dalam tak sedar Abang Nara tertepuk tangan ketika melihat kemunculan Salmawati di program Diari Impian ini.

Tiada lagi jeans bersaiz XXL untuk Salmawati. Tiada lagi kritikan daripada masyarakat. Tiada lagi dipandang rendah oleh orang sekitar kerana kegemukannya. Perubahan ini adalah hasil usaha keras Salmawati dengan bantuan pakar pelangsingan badan London Weight Management. Paling menarik perhatian Abang Nara ialah apabila Salmawati menceritakan yang emaknya tidak dapat mengenali dirinya selepas mengalami transformasi ini. Kini Salmawati lebih yakin dan paling penting, lebih sihat dengan tubuh barunya. Awesome kan?

Khas buat pembaca BeautifulNara yang merupakan kaum Hawa dan berusia 22 tahun ke atas, sekiranya anda mahu menguruskan badan dan melakukan transformasi seperti yang telah dilalui oleh Salmawati, London Weight Management menawarkan satu sesi pelangsingan badan (5 jenis sesi rawatan) dan satu set produk yang bernilai RM468 secara PERCUMA.  Hasil jaminan pengurangan sehingga 3kg atau 8-22cm dalam sesi pertama. Program pelangsingan badan London Weight Management ini tidak menggunakan pil, tidak menggunakan pembedahan, tiada senaman berat dan tiada seksa lapar.

Untuk menebus promosi ini, klik http://tinyurl.com/mrp774g  atau hubungi hotline di +603-2614 1234. Untuk maklumat atau promosi terkini, like halaman peminat Facebook di https://www.facebook.com/londonweightmy. Selamat mencuba dan selamat menguruskan badan anda bersama London Weight Management.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...